PAUZ LAHAD DATU

PAUZ LAHAD DATU

Share

Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin Lahad Datu mula ditubuhkan secara rasmi dan berdaftar di ROS pada 20 Julai 2020.

Photos from PAUZ LAHAD DATU's post 11/03/2026

11 Mac 2026 | World QuranHour | Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Lahad Datu

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, atas izin limpah dan karunianya Pertubuhan Amal Ummah Zuyyin telah menerima jemputan daripada Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu melalui Puan Saharia binti Latif, selaku Ketua Cawangan untuk menghadiri Program World Quran Hour.

Seramai 30 orang Sahabat Zuyyin telah hadir bagi memeriahkan program ini, sekali gus menunjukkan komitmen dalam menghidupkan budaya membaca, memahami dan menghayati Al Quran dalam kehidupan.

Program dengan tajuk "membentuk manusia sebelum membina dunia" ini telah diadakan dengan penuh keberkatan dengan membaca dan tadabbur Surah Al-Muzzammil ayat 1 hingga 20 yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Yunus bin Abu. Penyampaian tadabbur tersebut memberi penghayatan mendalam tentang seruan Allah SWT kepada hambaNya agar memperkuatkan hubungan dengan Al Quran, memperbanyakkan qiyamullail serta bersabar dalam perjuangan dakwah.

Dalam majlis yang sama, pihak perpustakaan juga telah menyerahkan sumbangan kepada 5 orang penerima asnaf yang mana senarai tersebut telah di amanahkan kepada pertubuhan untuk menyenaraikannya.

Semoga program seperti ini terus memperkukuhkan hubungan antara masyarakat, institusi dan pertubuhan kebajikan dalam usaha memartabatkan Al Quran serta menyantuni golongan yang memerlukan.

Terima kasih kepada pihak Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu atas jemputan dan kerjasama yang sangat bermakna.Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

-Admin

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Lahad Datu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Jalan TUNGKU/LAHAD DATU
Lahad Datu
91100