LAHAD DATU KINI - Makluman Awam

LAHAD DATU KINI - Makluman Awam

Share

Makluman & kemaskini awam yg memberi kesan terus kpd penduduk LD. � bukan gosip � bukan sensasi

Photos from LAHAD DATU KINI - Makluman Awam's post 13/05/2026

LAHAD DATU, 13 Mei — Datuk Mizma Appehdullah menerusi wakilnya, CDO UPPM N62 Silam, Puan Norintan Andi Amier menyampaikan sumbangan peribadi kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap golongan pelajar dalam membantu persiapan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Beliau turut berharap para pelajar terus berusaha mencapai kejayaan serta mengharumkan nama keluarga dan masyarakat pada masa hadapan.

Photos from LAHAD DATU KINI - Makluman Awam's post 08/05/2026

LAHAD DATU, 8 Mei — Ybhg Datuk Mizma Appehdullah hari ini mengadakan lawatan ke gelanggang tenis di daerah ini bagi meninjau sendiri keadaan fasiliti sukan yang memerlukan penambahbaikan.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Mizma melihat keadaan grand stand gelanggang tenis yang didapati sudah uzur dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan demi keselesaan serta keselamatan pengguna.

Datuk Mizma berkata, kemudahan gelanggang tenis di Lahad Datu ketika ini amat terhad dan perlu diberi perhatian agar pembangunan sukan di daerah ini dapat terus diperkasakan.

Katanya, penyediaan fasiliti sukan yang lebih baik bukan sahaja memberi manfaat kepada atlet dan belia, malah dapat menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan gaya hidup sihat.

Turut serta dalam lawatan itu ialah beberapa wakil berkaitan yang bersama-sama meninjau keadaan semasa fasiliti berkenaan.

05/05/2026

JUALAN RAHMAH MADANI DI LAHAD DATU

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Jualan Rahmah Madani yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📍 Lokasi : Dewan Perdana, Lahad Datu
📅 Tarikh : 06 Mei 2026
⏰ Masa : 11.00 pagi – 4.00 petang

Program ini dianjurkan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat dengan menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

Ayuh hadir beramai-ramai dan manfaatkan peluang ini.
Rahmah itu Berkat!

Photos from LAHAD DATU KINI - Makluman Awam's post 01/05/2026

Prihatin & Menyentuh Hati ❤️
SILAM - 01 MEI 2026

Datuk Mizma Appehdullah hari ini meluangkan masa menziarahi seorang warga kampung yang kini terlantar akibat strok sebelah badan. Lawatan ini bukan sekadar hadir melihat keadaan, tetapi membawa semangat dan harapan buat pesakit serta keluarga.

Turut bersama dalam lawatan ini ialah CDO Puan Norintan Andi Amier, penyelia Tuan Shahruddin Tahir, pemaju mukim Tuan Ronijam Hajem bersama isteri Puan Ermah, Al Amin Manhaj serta Tuan Salih Nasip

Dalam suasana penuh keinsafan, Datuk Mizma menitipkan nasihat agar pesakit terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Beliau juga menyampaikan sumbangan peribadi dan mengingatkan pentingnya menjaga pemakanan serta tidak lupa mengambil ubat seperti yang disarankan.

Semoga lawatan ini sedikit sebanyak memberi kekuatan dan sinar harapan buat pesakit serta keluarga. Dalam kesusahan, kehadiran dan sokongan seperti ini amat bermakna. 💛

Photos from LAHAD DATU KINI - Makluman Awam's post 30/04/2026

LAHAD DATU — Kerja-kerja pembaikan jambatan kayu di Kampung Sharif Nipah telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada petang ini.

Pembaikan tersebut dilaksanakan susulan lawatan yang diadakan sebelum ini oleh wakil Datuk Mizma Appehdullah , iaitu Penyelia UPPM Tuan Shaharuddin Tahir bersama Pemaju Mukim Tuan Ronijam Hajem , yang mendapati keadaan jambatan berkenaan telah uzur dan membahayakan keselamatan penduduk.

Sehubungan itu, Datuk Mizma Appehdullah telah menyalurkan sumbangan kayu papan dan beruti bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan segera.

Semasa lawatan dan penyerahan sumbangan, beliau diiringi oleh Penyelia UPPM Tuan Shahruddin Tahir, Pemaju Mukim Tuan Iswandy Johan, Tuan Ronijam Hajem Daengku syahrizan serta Al Amin Manhaj

Sumbangan tersebut telah diterima oleh pemimpin masyarakat, Tuan Abd Kahar Sagoyo bagi pihak penduduk kampung.

Usaha pantas ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan serta keselamatan penduduk setempat sentiasa menjadi keutamaan.

Photos from LAHAD DATU KINI - Makluman Awam's post 29/04/2026

Datuk Mizma Appehdullah di wakili Penyelia UPPM Tuan Shahruddin Tahir dan Pemaju Mukim Tuan Ronijam Hajem telah mengadakan lawatan ke jambatan kayu di Kampung Sharif Nipah bagi meninjau keadaan semasa yang memerlukan pembaikan segera.

Hasil pemerhatian mendapati keadaan jambatan berkenaan sudah uzur dan boleh membahayakan keselamatan penduduk setempat. Sehubungan itu, Datuk Mizma telah mengarahkan agar kerja-kerja pembaikan dilaksanakan dengan kadar segera demi memastikan kemudahan tersebut selamat digunakan oleh orang ramai.

Photos from LAHAD DATU KINI - Makluman Awam's post 29/04/2026

LAWATAN TAPAK PERMOHONAN SMJ DI MUKIM SILAM

Mukim Silam — Penyelia UPPM kawasan 62 Silam, Tuan Shaharuddin Tahir bersama Pemaju Mukim Ronijam Hajem telah mengadakan lawatan ke tapak permohonan SMJ di Mukim SILAM

Lawatan ini bertujuan untuk menilai keadaan sebenar pemohon serta memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima bantuan di bawah inisiatif SMJ. Selain itu, ia juga membantu pihak pelaksana mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keperluan pemohon di lapangan.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan pihak UPPM dalam memastikan setiap bantuan disalurkan secara telus, adil dan tepat kepada golongan sasar.

28/04/2026

LAHAD DATU — Dengan penuh keprihatinan, Datuk Mizma Appehdullah memanfaatkan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, YAB DSP Hj. Hajiji Noor untuk menyampaikan sendiri suara dan keadaan masyarakat di Mukim Silam.

Pertemuan tersebut bukan sekadar perbincangan, tetapi membawa harapan besar masyarakat yang menginginkan perhatian dan pembelaan terhadap keperluan harian mereka.

Beliau meluahkan keyakinan bahawa kepimpinan negeri sentiasa mendengar dan akan terus berusaha mencari jalan terbaik demi kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

27/04/2026

🌿 PROGRAM GOTONG-ROYONG VOL. 2.0🌿

📅 Tarikh: 09 Mei 2026
📍 Tempat: Padang Taman Aman
⏰ Masa: 6.00 Pagi

Ayuh warga Lahad Datu!
Mari kita bersama-sama menjayakan program gotong-royong demi kebersihan dan kesejahteraan kawasan kita.

✨ Aktiviti Menarik:
✔️ Gotong-royong kebersihan
✔️ Sukan rakyat
✔️ Senamrobik

Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam komuniti.

👥 Bersama:
Datuk Mizma Appehdullah
Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.62 Silam

💚 Penduduk taman, jom hadir beramai-ramai!
🔥 Lahad Datu Bersih, Tanggungjawab Kita Bersama!

Want your business to be the top-listed Media Company in Lahad Datu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


LAHAD DATU DISTRICT
Lahad Datu
91100