SK Kelibang Rasmi
SK KELIBANG
18/05/2026
Ahad | 18 Mei 2026
Tapak Perhimpunan SK Kelibang
Sehari yang penuh senyuman, gelak tawa dan kenangan indah bersama insan bergelar guru.
Sambutan Hari Guru 2026 kali ini memang meriah dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan busana terbaik, sesi tukar hadiah, persembahan murid dan guru serta sukaneka yang penuh sporting dan mencuit hati..😄
Bertemakan “Guru Bitara, Nadi Negara”, sambutan kali ini bukan sahaja menceriakan suasana sekolah, malah menjadi tanda penghargaan buat semua guru yang sentiasa mendidik dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.
Terima kasih cikgu-cikgu SK Kelibang kerana sentiasa menjadi inspirasi buat anak-anak didik.
Pautan ke Tiktok TVPSS:
https://vt.tiktok.com/ZSx67wBqo/
https://vt.tiktok.com/ZSx67oAVG/
https://vt.tiktok.com/ZSx6vYG1C/
26/04/2026
Minggu PPDA SK Kelibang.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Sekolah telah berjaya dilancarkan pada 19 April 2026 (Ahad) yang lalu. Pelancaran ini menjadi titik permulaan kepada pelaksanaan Minggu PPDa yang berlangsung dari 19 April hingga 23 April 2026.
Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SK Kelibang dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Langkawi.
Sepanjang minggu tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menyemai kesedaran dalam kalangan murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan v**e. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:
🔹 Tahap 1
• Pertandingan Mewarna bertemakan anti dadah
🔹 Tahap 2
• Penghasilan Buku Skrap Anti Dadah & V**e
🔹 Aktiviti Umum
• Senamrobik bersama warga sekolah
• Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah
• Ceramah kesedaran anti dadah
• Kuiz Spontan PPDa yang interaktif dan mencabar
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat membentuk jati diri murid yang lebih berdisiplin, berpengetahuan serta mampu membuat pilihan yang bijak dalam kehidupan seharian. Usaha ini juga selari dengan matlamat melahirkan generasi yang sihat, bebas daripada gejala negatif dan berakhlak mulia.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru serta seluruh warga sekolah yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Langkawi
07000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |