Masjid Riyadzussolihin
Kariah Padang Lalang, Langkawi Sumbangan anda boleh disalurkan melalui pautan : https://masjidriyadzussolihin.com/borang-kutipan-dana/
25/04/2026
25/04/2026
Hebahan Program Bual Bicara LZNK
Tema: Negeri Kita, Kita Bangun
Tarikh: 26 April 2026 (Ahad)
Waktu: Selepas Maghrib
Lokasi: Masjid Padang Lalang, Langkawi
Jamuan makanan disediakan selepas program.
Sama-sama kita hadirkan diri untuk manfaat ummah. Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir!
17/04/2026
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidilfitri 1447H anjuran Masjid Riyadzussolihin telah selamat dilaksanakan dengan penuh meriah dan bermakna pada malam tadi, 16 April 2026 bersamaan 27 Syawal 1447H.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid, para jemaah, penduduk setempat, serta para dermawan yang sudi hadir memeriahkan majlis serta menyumbangkan tenaga dan rezeki. Semoga segala kebaikan dan kemurahan hati tuan-puan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Sekalung penghargaan juga buat anak-anak yang telah menceriakan majlis dengan senyuman dan gelak tawa. Semoga sumbangan duit raya yang diberikan menjadi pembuka lembaran ceria buat mereka. Tidak lupa, terima kasih kerana menyertai solat Maghrib dan Isyak berjemaah, bacaan Yasin, serta sesi bergambar yang mengeratkan lagi ukhuwah kita.
Walaupun Syawal hampir melabuhkan tirainya, ikatan silaturahim yang terbina di perkarangan masjid ini semoga kekal mekar sepanjang masa.
"Minat Aidil Wal Faizin, Maaf Zahir & Batin"
Semoga Allah menerima amal ibadah kita sepanjang Ramadhan dan Syawal ini. Mohon maaf atas segala kekurangan dalam penganjuran majlis.
Jumpa lagi di program-program Masjid Riyadzussolihin yang akan datang, Insya-Allah!
18/02/2026
Imam Tarawih Ramadan 1447H /2026M
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the place of worship
Address
Kampung Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat
Langkawi
07000
Opening Hours
| Monday | 05:29 - 21:30 |
| Tuesday | 05:30 - 21:30 |
| Wednesday | 05:30 - 21:30 |
| Thursday | 05:30 - 21:30 |
| Friday | 05:30 - 21:30 |
| Saturday | 05:30 - 21:30 |
| Sunday | 05:30 - 21:30 |