LKIM Negeri Johor
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ditubuhkan di bawah Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971
01/07/2026
LAWATAN KERJA KE DAERAH PONTIAN DAN JOHOR BAHRU
Lawatan kerja telah diadakan bagi meninjau pelaksanaan program serta perkembangan projek-projek di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di daerah Pontian dan Johor Bahru.
Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung pelaksanaan inisiatif pembangunan sektor perikanan, di samping meneliti keperluan semasa komuniti nelayan agar setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan memberi impak yang optimum kepada golongan sasar.
Selain sesi taklimat dan lawatan ke tapak projek, perbincangan turut diadakan bersama pihak berkaitan bagi memperkukuh kerjasama strategik serta menyelaras tindakan susulan dalam usaha memperkasakan industri perikanan dan meningkatkan sosioekonomi komuniti nelayan.
Diharapkan lawatan kerja ini dapat memperkukuh komitmen semua pihak dalam memastikan agenda pembangunan sektor perikanan negara terus diperkasakan selaras dengan aspirasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Malaysia MADANI demi kesejahteraan komuniti nelayan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Larkin
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:00 - 17:30 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:30 |