Ab Rauf Yusoh
Ketua Menteri Melaka Ke 13
ADUN Tanjung Bidara
22/06/2026
ππππππ ππππππ ππππππ
22 Jun 2026 - Rezeki kita kongsi bersama. Alhamdulillah musim durian kali ini saya minta Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri Melaka, Datuk Muhammad Ahyad Abdullah bersama Skuad Tok Rauf untuk tolong edarkan durian Melaka di beberapa lokasi terpilih.
Kali ini Skuad saya jamu durian dengan komuniti di Rumah Pangsa Lereh; Madrasah Pondok Darul Ulum Al Arabiyah Al Islamiyyah Pulau Gadong; Rumah Pangsa Kampung Padang; Rumah Pangsa Al Ehsan Tengkera; Rumah Pangsa Pantai Peringgit serta Medan Selera Taman Cempaka.
Bagi saya, melihat senyuman anak-anak tahfiz, warga komuniti dan keluarga yang menikmati βraja buahβ ini sudah cukup menggembirakan hati saya.
Semoga perkongsian kecil ini dapat mengeratkan silaturahim dan membawa keceriaan kepada semua yang menerimanya. Insya-Allah, selagi ada ruang dan kesempatan, saya akan terus bersama rakyat, mendengar denyut nadi mereka dan berkongsi rezeki seadanya.
Tok Raub Sayang Rakyat,
Melaka Sayang Rakyat! β€οΈ
21/06/2026
πππππππ ππππππππ ππππππππ πππππππ ππππ & ππππππππ ππππππππ β€οΈ
21 Jun 2026 - Alhamdulillah, hujung minggu ini saya dan isteri YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Hajah Zuriyah Ab. Aziz meraikan majlis perkahwinan anak kepada Puan Zaleha Adam di Villa DβAcqua Resort, Kampung Pulau, Masjid Tanah.
Buat anak saudara saya, Haireen Azia Jamilluddin dan pasangannya, Muhammad Bakhtiar Mustapa, saya mengucapkan selamat pengantin baharu.
Semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat, dilimpahi rahmat dan kasih sayang yang berpanjangan. Amin.
Tahniah Haireen Azia dan Muhammad Bakhtiar! β€οΈ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Lubok China