Percha Artspace
A hub for stimulating arts activities/movements in Manjung district with exhibitions and public programmes showcasing modern and contemporary art within
10/04/2026
Ilham Alam Artisans founded by Ashira Fahra, brings together artisans from various backgrounds, united by a shared love for ecoprint and natural dye. Each piece is inspired by nature, creating uniquely authentic handmade works. Come and bring your family to Pasar Seni of Temu Seni, Program Asal Tanah at National Art Gallery Kuala Lumpur from 10-12 April 2025. Jumpa di sana!
06/12/2025
WACANA III: KELESTARIAN SENI VISUAL DAN EKONOMI SENIMAN: DIALOG ROYALTI SENI*
Pentas Pertandingan Seni Kontemporari Luar Biasa (Extraordinary Contemporary Art Competition Platform)
Tajuk: Wacana III: Kelestarian Seni Visual dan Ekonomi Seniman: Dialog Royalti Seni
Tarikh: 06 Disember 2025 | Sabtu
Masa: 02.00 petang - 05.00 petang
Tempat: Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang, Kuala Lumpur
Panel 1:
En Najib Ahmad Bamadhaj
Artis Seni Visual
Panel 2:
Dr Mohd Syaufiq Abdul Latif
Pegawai Undang-Undang, MyIPO
Panel 3:
En Ahmad Hafiz Zubir
Peguam, Hafiz Zubir & Co
Panel 4:
En Hasmi Hashim
Penulis Lirik
Moderator:
Pn Haryany Mohamad
Pengarah Lembaga Muzium & Balai Seni Lukis, Negeri Pulau Pinang
Dijemput semua untuk sama-sama menyertai program siaran langsung yang akan dikongsikan oleh panel-panel profesional. Semoga program ini dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua di dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan pembudayaan ilmu.
MALAYSIA MADANI
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
19/11/2025
Menyorot kembali acara Bazar Seni Amal Harapan yang dianjurkan oleh Nadi Seni Resources (NSR) bertempat di Galeri Shah Alam (GSA) pada 7-9 dan 14-16 Oktober 2025, Percha Artspace kali ini membawa kolektif tiga studio artisanal iaitu Percha, Manik Kapas dan Batik Buana mengambil bahagian dalam aktiviti ini sebagai vendor dengan menampilkan hasil seni Ecoprint. Selain itu, bengkel asas Ecoprint juga dibuka kepada para pengunjung dan peminat seni untuk belajar dan mencuba sendiri cara cetakan menggunakan sumber alam ini.
Menerusi aktiviti ini kami dapat mengembangkan lagi ilmu ecoprint kepada komuniti. Dengan adanya tenaga-tenaga mahir di dalam bidang ini, harapan kami agar akan dapat terus menyumbang ilmu ini kepada mereka yang berminat.
Walaupun kami cuma dapat mengikuti aktiviti bazar hanya pada minggu pertama sahaja (6-7 Oktober), namun ia telah memberi impak positif dan mendapat sokongan daripada orang ramai, pihak GSA dan NSR sendiri.
Pameran Rupa, Derana dan Bazar Seni Amal Harapan ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul dana dari hasil jualan karya-karya seni dan gerai-gerai jualan bagi membantu ibu-ibu tunggal serta wanita-wanita berdikari dari golongan berpendapatan rendah untuk meringankan beban mereka.
Tahniah dan terima kasih kepada Nadi Seni Resources, Galeri Shah Alam dan rakan-rakan strategik serta para penyumbang yang bersama-sama menjayakan program dan aktiviti bermanfaat ini. Sehingga berjumpa lagi dan selamat maju jaya.
01/10/2025
Pameran & Bazar Seni Amal Harapan 2025
📅 3 – 16 November 2025
📍 Galeri Shah Alam
⏰ 10 pagi - 6 petang
Nadi Seni Resources bersama Galeri Shah Alam & rakan-rakan strategiknya kali ini berkolaborasi dalam menganjurkan sebuah acara yang menggabungkan Pameran Seni & Bazar Seni bertujuan untuk menggerakkan Tabung Amal Harapan bagi menyokong ibu-ibu tunggal, wanita golongan kurang berkemampuan dan keluarga mereka.
Pengunjung akan disajikan dengan:
🖼️ Pameran Rupa - Pilihan karya-karya Amron Omar (selain dari Siri Pertarungan) Dari Koleksi Pakha Sulaiman
🖼️ Pameran Amal Derana - Karya-karya artis berkumpulan dan pengumpul seni tempatan
🛍️ Bazar Seni Amal Harapan* - Jualan barangan seni dan kraf, aksesori, fesyen serta makanan dan minuman, termasuk manisan, kopi dan sebagainya.
*Jadual Bazar Seni Amal Harapan:
📆 7–9 November & 14–16 November 2025
📍 Ruang legar Galeri Shah Alam
⏰ 10 pagi - 6 petang
Selain daripada itu beberapa acara menarik juga disediakan untuk pengunjung dan peminat seni seperti bengkel seni dan kraf, persembahan & aktiviti komuniti, sudut kreatif & kanak-kanak, cabutan bertuah dan banyak lagi!
Mari sama-sama hadir meraikan seni tempatan sambil memberi sumbangan.
Seni & amal bertemu dalam satu acara.
Save the date & join us
.asia .artspace
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Percha Artspace, No. 5, Pusat Kraf, Terminal Jeti, Waterfront Lumut
Lumut
32200