Cikgu Razak
🏆 Ahli Majlis Zon 4, MPM
🏆Ketua Cabang Keadilan Lumut
🏆SU Pengelola Keadilan Perak Maklumat lanjut sila hubungi 012-5690584 dan 012-5679063
04/05/2026
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗼𝗺𝗯𝗮 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲
Sempena 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗼𝗺𝗯𝗮 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 yang disambut pada 4 Mei setiap tahun, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗼𝗺𝗯𝗮 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 diraikan bagi mengenang jasa, keberanian dan pengorbanan anggota bomba yang sentiasa bersedia menyelamatkan nyawa, harta benda dan masyarakat ketika kecemasan.
Tugas bomba bukan sekadar memadam api. Mereka hadir ketika kemalangan, banjir, bencana dan pelbagai situasi bahaya demi keselamatan rakyat.
Seperti firman Allah SWT dalam 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗠𝗮’𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗮𝘆𝗮𝘁 𝟯𝟮 yang bermaksud 𝒔𝒆𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒏𝒚𝒂𝒘𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒔𝒆𝒐𝒍𝒂𝒉-𝒐𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒂 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂. 𝑰𝒏𝒊 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒅𝒆𝒌𝒂𝒕 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒏𝒊𝒍𝒂𝒊 𝒕𝒖𝒈𝒂𝒔 𝒂𝒏𝒈𝒈𝒐𝒕𝒂 𝒃𝒐𝒎𝒃𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒕𝒂𝒓𝒖𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒅𝒆𝒎𝒊 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏.
Terima kasih kepada seluruh warga bomba atas keberanian, keikhlasan dan pengorbanan yang tidak ternilai.
𝗕𝗼𝗺𝗯𝗮 𝗧𝗼𝗻𝗴𝗴𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.
Ikhlas daripada,
CLR Hj Abdul Razak bin Nazri
Ketua Cabang KEADILAN Lumut
Ahli Majlis Perbandaran Manjung
4/5/2026
22/03/2026
UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI
Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Perak
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Aidilfitri.
Alhamdulillah, setelah melalui madrasah Ramadan yang penuh keberkatan, kita dipertemukan dengan Syawal yang membawa erti kemenangan, keinsafan dan penyatuan.
Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Perak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat, anggota dan penyokong KEADILAN di seluruh negeri Perak.
Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi saat untuk kita memperbaharui hubungan sesama insan, menguatkan ukhuwah serta terus menanam nilai kasih sayang, hormat dan perpaduan dalam masyarakat.
Semoga semangat Ramadan yang telah kita lalui menjadi kekuatan untuk kita terus berkhidmat kepada rakyat dengan penuh amanah, keikhlasan dan tanggungjawab.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.
Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Manjung
Lumut