IKRAMTeens TM/Machang

IKRAMTeens TM/Machang

Share

Menyerlah Jauh Daripada Biasa 💪

07/01/2026

... "Oghe napok doh. Nok pehe agama ni xleh tengok pada 1 benda Jah. Kena tengok secara keseluruhan" - Ungkap salah seorang daripada mereka usai ziarah sang murabbi
Alhamdulillah. Berkesempatan bertentang mata dengan Akhuna Ustaz Hilmi sambil sambung sembang isu 'al-fahmu' dalam beragama.
Walaupun santai sambil2 minum air, banyak sentuhan2 hikmah dari Sang Murabbi berjaya merungkai beberapa persoalan yang bermain dalam fikiran mereka.
.."Ustaz,lagumano Nak faham agama?"...

"Proses"

Ringkas, padat dan penuh makna disebalik satu jawapan ringkas yang keluar dari mulut Sang murabbi... "Ustaz bila lagi join usrah?"...
Lama dah dari Form 4 lagi semasa di asrama. ( p/s: Sang murabbi dah nak pencen setahun lagi)
.. "Wah, kiranya usrah ni dah lama lah ada"..

Ya. Dari zaman Rasulullah SAW lagi

Alhamdulillah inilah sebahagian dari intipati sembang kami kali ini.

Masih banyak yang ingin disembang tapi singkat dengan masa yang ada.

Moga sentiasa diberkati masa dan kehidupan untuk semua sang murabbi yang terus thabat mendidik ummah 🤲

P/s: Ini adalah sebahagian adik2 yang telah mengikuti program remaja di bawah kendalian IKRAM Teens Tanah Merah/Machang dan sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat IPT.

CM
7/1/2026

Photos from IKRAMTeens TM/Machang's post 29/12/2025

Machang, 29 Dis 2025- MABIT MEGA REMAJA MUKMIN~Penutup tirai program remaja Ikram Teens untuk tahun 2025.

Alhamdulillah ini merupakan MABIT remaja kali ke-4 untuk tahun ini sekaligus menjadi mabit penutup.

Seramai 40 peserta dari Akademi Remaja Mukmin (Mukmin FC) telah menyertai mabit kali ini. MABIT merupakan program pembangunan rohani dan sahsiah untuk para peserta.

MABIT MEGA kali ini agak Istimewa kerana dilaksanakan di lokasi yang berlainan iaitu Dhuha Homestay bersempena dengan penutup tirai dan Meraikan kejayaan pasukan bola Mukmin FC U14 menjuarai Liga Bola sepak anjuran KBSS.

Perlaksanaan aktiviti ice breaking yang dilaksanakan sendiri oleh sesama kumpulan memberikan pengalaman baru kepada mereka mengendali aktiviti dalam skali kecil.

Sebelah malam diisi dengan aktiviti BBQ, solat berjemaah, bacaan al Mathurat. Juga, qiamullail sebagai agenda utama dan pengisian rohani oleh Ustaz Alwi Abdullah, mudir Sri Aman Machang.

Akhir kalam. Selamat Tahun Baru 2026. InshaAllah moga tahun depan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua.

TikTok · IKRAMTEENS MACHANG/TM 19/03/2025

Ihya Ramadan bersama 3R ( RemajaRaikanRamadan). Alhamdulillah ini kali ke-2 dianjurkan oleh IKRAMTeens TM/Machang bersama Masjid Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan ❤️❤️❤️

TikTok · IKRAMTEENS MACHANG/TM Check out IKRAMTEENS MACHANG/TM’s video.

Want your school to be the top-listed School/college in Machang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Machang