Cocktailicious by NaAish

Cocktailicious by NaAish

Share

Nothing refreshes me more than this drink.

25/01/2023

3 Kebaikan Buah Pisang🍌

Assalamualaikum semua. Harini kami nk share pasal kebaikan buah pisang yang ramai tidak tahu🤔

1. Menurunkan tekanan darah
-Oleh kerana buah pisang mengandungi kandungan kalium yang tinggi, ianya mampu untuk menurunkan tekanan darah. Kalium merupakan mineral yang akan menyebabkan saluran darah untuk mengembang lalu menurunkan tekanan darah. Selain itu, kandungan natrium di dalam buah pisang juga sangat rendah dan sangat sesuai untuk diambil oleh pesakit hipertensi.

2. Mengatasi masalah sembelit
-Tahukah anda bahawa buah pisang mampu untuk mencegah masalah sembelit ataupun kesukaran untuk membuang air besar. Hal ini kerana kandungan serat yang tidak terlarut yang terdapat di dalamnya seperti cellulose, hemicellulose dan alpha-glucans. Serat tidak terlarut adalah serat yang tidak akan tercerna oleh badan lalu akan menyumbang kepada penambahan isipadu najis lalu mencegah sembelit.

3. Memberikan rasa kenyang
-Buah pisang yang kaya dengan kandungan serat mampu untuk memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Hal ini kerana serat melambatkan proses pengosongan perut lalu membuatkan kita berasa kurang lapar. Pengambilannya sebelum memakan hidangan utama boleh mengurangkan pengambilan makanan.

25/01/2023

Cara mengeratkan hubungan kekeluargaan 👨‍👩‍👧‍👧❤️

1. Menyambut hari penting bersama

Menyambut hari penting setiap ahli keluarga adalah cara mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak. Dengan menyambut hari penting bersama, ia merupakan satu aktiviti yang sememangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Hari penting yang dimaksudkan adalah hari lahir, hari ibu, hari bapa, hari kesyukuran dan sebagainya. Walau bagaimanapun, perkara ini semakin dilupakan oleh sesetengah keluarga disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya faktor pekerjaan yang membuatkan mereka lupa akan hari-hari penting.

2. Beriadah bersama
Aktiviti riadah ini sangat sesuai dilakukan bersama keluarga bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping dapat meluangkan masa bersama dan melakukan aktiviti bersama, ia dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.

Aktiviti riadah di hujung minggu amat digalakkan bagi setiap keluarga supaya dapat mengeratkan lagi hubungan dan bagi membantu mengurangkan masalah stress di tempat kerja. Apa kata anda beriadah bersama keluarga selepas ini!

3. Memberikan pujian
Tidak salah untuk memuji sesama ahli keluarga sendiri bagi mengeratkan hubungan. Hal ini demikian kerana secara semulajadinya pujian tersebut akan membuatkan anak-anak merasa gembira. Diri juga akan terasa dihargai selain mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.

Anda boleh memuji mereka disaat mereka melakukan sesuatu seperti mengemas rumah, memasak, berusaha untuk belajar dan sebagainya. Oleh itu, memuji mampu mengeratkan lagi hubungan dan dapat menenangkan hati tatkala sedang marah,sedih atau kecewa.

24/01/2023

Feedback dari customer kesayangan kami 😍thank you order dari kami Cocktailicious by NaAish💓

24/01/2023

Khasiat avokado untuk kecantikan💓🌸

Avokado juga kaya dengan antioksidan seperti karotenoid, flavonoid dan asid lemak tak tepu yang baik untuk kulit. Jom semak manfaat avokado kepada kesihatan dan kecantikan kulit.


1. Mencegah kerosakan kulit

Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2011, keputusan menunjukkan bahawa avokado mengandungi sebatian yang boleh membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan matahari dan radang.
Seperti yang anda tahu, sinaran ultraviolet (UV) pada kulit boleh menyebabkan kedutan serta tanda-tanda penuaan lain dan kanser kulit.

Selain itu, kajian juga telah menunjukkan bahawa kedua-dua vitamin C dan vitamin E yang terdapat dalam avokado memainkan peranan penting dalam membantu melindungi kulit daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh matahari dan faktor persekitaran yang lain.

2. Meningkatkan keanjalan kulit

Dalam satu kajian yang dimuatkan di dalam Jurnal Pemakanan British pada 2010 mendapati terdapat hubungan antara keadaan kulit dan pengambilan lemak dan mikronutrien antioksidan. Kajian ini melibatkan lebih 700 orang wanita.

Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa pengambilan lemak yang tinggi - terutamanya lemak tak tepu tunggal yang sihat, seperti lemak yang terdapat dalam avokado membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan penampilan kedutan.

3. Menghaluskan dan melembapkan kulit
Nutrisi yang terkandung di dalam pupur avokado sangat banyak dan salah satunya adalah steroline yang diketahui dapat menghaluskan dan melembapkan kulit wajah.

Selain itu, kandungan vitamin E dalam avokado juga dapat melembapkan kulit, sekali gus meningkatkan produksi kolagen.
Jadi tunggu apa lagi jum makan avokado 😘🥑

23/01/2023

Untuk customer kami yang setia, kami telah membuat menu cocktail terbaru iaitu cocktail strawberry special🍓🍓 wahh bestnyaaa 😍 jum grab satu !

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Machang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Bukit Ilmu
Machang
18500