IKRAM Tanah Merah

IKRAM Tanah Merah

Share

Malaysia Negara Rahmah

04/04/2026

TAHNIAH KEPADA BARISAN PIMPINAN IKRAM MUDA KAWASAN TANAH MERAH SESI 2026–2028

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tanah Merah, 4 April 2026 — Alhamdulillah, Mesyuarat Agung IKRAM Muda Kawasan Tanah Merah yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini menyaksikan pemilihan barisan Jawatankuasa (JK) baharu bagi sesi 2026–2028.

Pemilihan ini menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh gerak kerja anak muda di peringkat kawasan, khususnya dalam usaha membina kepimpinan yang berwibawa, berdaya saing serta berorientasikan solusi kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama, setinggi-tinggi tahniah turut diucapkan kepada IKRAM Muda Tanah Merah atas pencapaian bersejarah sebagai sayap IKRAM Muda Kawasan pertama yang rasmi di negeri Kelantan. Pencapaian ini diharap menjadi pemangkin kepada perkembangan lebih luas gerakan anak muda di seluruh negeri.

Semoga barisan kepimpinan yang dilantik dapat menggalas amanah dengan penuh dedikasi serta terus komited dalam memperjuangkan agenda pembangunan belia berteraskan nilai, ilmu dan khidmat kepada masyarakat.

"Anak Muda Menjana Solusi"

04/02/2026

Malam ni usrah kami "pindah" suasana sikit. Duduklepak sejenak, bincang pasal iman.

Memang tenang vibe kat sini, kafe konsep hipster tapi dalam suasana kampung yang damai. Bunyi mesin kopi berselang-seli dengan suasana malam, memang kena sangat untuk bincang topik yang berat tapi menyentuh jiwa. ​Sambil hirup kopi, ini antara 4 pengisian yang kami bincangkan tadi:

​1. BERDAMAI DENGAN TAKDIR

Kadang kita penat sebab kita sibuk "berperang" dengan apa yang Allah dah tetapkan. Bila sesuatu tak jadi macam kita nak, kita mula tanya "Kenapa aku?". Tapi malam ni aku belajar, ubat paling tenang ialah buang perkataan "kalaulah..." dan ganti dengan "ini takdir Allah".

​Nabi SAW pesan: "...Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah berkata: 'Kalaulah aku buat macam ni, tentu jadi begini'. Tapi katakanlah: 'Ini takdir Allah (Qadarullah) dan apa yang Dia kehendaki, Dia lakukan'..." (HR. Muslim)

​2. KAYA HATI (QANA'AH)

Susah nak rasa cukup bila kita asyik tengok "kelebihan" orang lain di media sosial. Tapi sebenarnya, orang paling kaya ialah orang yang hati dia rasa cukup dengan apa yang ada di depan mata. Bila hati qana’ah, dunia takkan mampu buat kita rasa miskin.

​Sabda Nabi SAW: "Kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda, tetapi kekayaan yang sebenar adalah kekayaan jiwa (hati)." (HR. Bukhari & Muslim)

​3. CABARAN MENDIDIK ANAK DI MASA HADAPAN

Paling terkesan bila bincang bab mendidik anak zaman sekarang. Masa depan mereka penuh dengan cabaran teknologi dan AI yang kita sendiri pun kadang tak terkejar. Tugas kita bukan sekadar bagi makan, tapi nak pastikan iman mereka tak hanyut dalam dunia digital.

​Allah ingatkan kita: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..." (Surah At-Tahrim: 6)

​4. ALAM KITA TIDAK SENDIRIAN

Akhir sekali, kami sembang pasal alam di sebalik mata. Bukan nak takut-takutkan, tapi nak sedar yang kita ni ada alam sebelah yang ghaib. Jangan lupa bentengkan keluarga dengan zikir sebab mereka ni memerhati kita dalam diam.

​Firman Allah: "Sesungguhnya dia (Syaitan) dan kaumnya (Jin) melihat kamu dari satu arah yang kamu tidak dapat melihat mereka..." (Surah Al-A'raf: 27)

​Bila dah nak balik ni, rasa macam bukan setakat perut yang kenyang dengan kopi, tapi hati pun "full".

Kedai kopi ni mungkin bagi kita ruang yang selesa, tapi perkongsian ilmu macam ni lah yang bagi jiwa kita "kick" yang sebenar untuk terus kuat menghadap kehidupan.

​Moga Allah pelihara kita semua.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Machang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Machang
18500