MARZ Computer Melaka
We do computer sales,repair,services,supply,offices maintenance,server & networking, Contract IT staff,web design and hosting. Hotline 012-6768750
24/07/2017
Cuba taip : soulcolor.me/nama (nama korang)
Nanti keluar aura color korang ๐๐
Hello Nama, Your Aura Color Is Orange Click here to find out more about your Aura Color!
16 Nama Syaitan Dan Tugasnya
Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam.
1. Zalitun โ Tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.
2. Watin โ Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.
3. Aโawar โ Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak s**a mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.
4. Hafaf โ Tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, s**a minum khamar dan berfoya-foya.
5. Murrah โ Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan p**a para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.
6. Masud โ Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, s**a berdendam sesama manusia.
7. Dasim โ Tugasnya memecahkan suami isteri agar s**a bergaduh dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.
8. Walahan โ Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu mengambil wuduk.
9. Lakhus โ Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.
10. Sabrum โ Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.
11. Miswat/Maswat โ Tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan s**a kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.
12. Zaktabur/Zaknabur/ Zalanbur โ Tugasnya menimbulkan raja ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.
13. Khinzab โ Tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan manusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama islam yang dianutinya.
14. Laqnis โ Tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.
15. Abyadh โ Syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.
16. Khannas โ Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, adanya perkara-perkara samโiyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingati Allah sepanjang masa.
Biar renungan org Yg berniaga:
------------
*SELIMUT TURKI*
Seorang lelaki tua, pakaian lusuhnya menampakkan jelas kefakiran yang dialaminya. Ia memasuki sebuah toko megah untuk membeli selimut. Dia memerlukan 6 helai selimut untuk keluarganya di musim sejuk ini. Tapi wang yang ia miliki hanyalah 100 riyal. Kata pakcik itu "wahai tuan, adakah tuan menjual 6 helai selimut yang berharga 100 rial?".
Pemilik kedai berkata: "Oh ada pakcik, saya ada selimut bagus buatan Turki, harganya juga murah, hanya 20 riyal sehelai. Kalau pakcik beli 5 buah akan mendapat percuma 1 helai."
Lega... Terpancar kegembiraan diwajah lelaki tua itu. Segera ia menghulurkan lembaran wang 100 riyal miliknya. Dengan wajah berseri sambil membawa selimut ia berlalu pergi.
Teman si pedagang yang sejak tadi duduk memperhatikan ini berkata: "Engkau ini aneh sekali, bukankah kelmarin engkau mengatakan selimut itu jenis selimut termahal di tokomu ini, kalau tidak salah kelmarin engkau menawarkan nya kepadaku seharga 350 riyal sehelainya ?"
Pedagang itu menjawab: "Benar sekali, kelmarin aku menjual kepadamu 350 riyal tidak kurang sedikitpun. Kelmarin aku berdagang dengan manusia. Hari ini aku berdagang dengan ALLAH. Aku ingin keluarga lelaki tua tadi dapat terhindar dari kedinginan di musim sejuk yang akan datang tidak lama lagi. Aku berharap ALLAH menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka di akhirat nanti. Demi ALLAH, kalaulah tidak karena menjaga harga diri lelaki tua tadi, aku tidak ingin menerima darinya wang sedikitpun. Aku tidak ingin ia merasa menerima sedekah sehingga merasa malu di hadapan kita di sini."
***
Saudaraku, sesungguhnya untuk bermuamalah yang benar kepada ALLAH, memerlukan seni dan akhlaq yang tinggi. Semoga kita boleh mencontoh akhlaq dari pedagang tersebut.
Semoga Bermanfaat.. Jadikan inspirasi hidup kita untuk menggapai kebahagiaan di negeri akirat yang kekal abadi.
Dari Abu Hurairah dia berkata; *Rasulullah SAW telah bersabda: _"Barang siapa membebaskan seorang mukmin dari suatu kesulitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari suatu kesulitan pada hari kiamat. Barang siapa memberi kemudahan kepada orang lain yang berada dalam kesulitan, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan di dunia dan di akhirat."_* (HR Muslim) Kitab Fadhilat Sedeqah.
Wallahuโalam
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Marz Computer Melaka, No 10 Jalan Pandan Jaya, Taman Pandan Jaya
Malacca City
75250