Dato' Sugumaran Raman
DMIJ, SMJ, PSI, P*S, AMN, PPPP, PJPN, PSPP
Serving the community with integrity, experience and heart.
07/06/2026
Menghadiri program "Project 10" yang dianjurkan oleh NJS Consultancy pada petang 6hb Jun 2026 bertempat di The Grand Paragon Hotel Johor Bahru memberikan satu perspektif yang sangat bernilai mengenai kepentingan memperkasakan celik kewangan dan pemikiran berstruktur dalam kalangan masyarakat kita. Program ini membuktikan bahawa kejayaan ekonomi yang mampan tidak lahir daripada jalan pintas, sebaliknya bersandarkan kepada disiplin, analisis mendalam, dan pemahaman yang jelas terhadap ekosistem pasaran.
"Kerajaan yang stabil adalah asas kepada kemajuan negara."
Fakta ini diterjemahkan secara nyata di negeri kita. Sebagai bukti kukuh, dalam tempoh 4 tahun kepimpinan YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi selaku Menteri Besar Johor, kerajaan negeri telah berjaya membawa masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang luar biasa bernilai RM110 bilion ke dalam Negeri Johor.
Di bawah kepimpinan dinamik YAB Menteri Besar, Negeri Johor terus menikmati kestabilan politik dan limpahan ekonomi yang kukuh. Iklim kestabilan inilah yang mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta membuka ruang seluas-luasnya bagi penganjuran program berimpak tinggi untuk membina modal insan yang bijak merancang masa depan.
Saya amat mengagumi dedikasi penceramah utama, En. V. Nyanasegaran (Coach Nyana), seorang Penganalisis Teknikal Bertauliah dan Pakar Ekonomi dengan pengalaman lebih 25 tahun. Komitmen mendalam beliau dalam mendidik dan memperkasakan tahap celik kewangan, khususnya bagi merancakkan ekonomi komuniti India kita, adalah satu usaha yang amat mulia.
Syabas diucapkan kepada Coach Nyana dan NJS Consultancy atas penganjuran inisiatif yang luar biasa ini dalam membina minda masyarakat yang berdaya saing, sabar, dan berpandangan jauh demi kemakmuran bersama Bangsa Johor.
-----------------
Attending the "Project 10" program organized by NJS Consultancy at The Grand Paragon Hotel Johor Bahru was an eye-opening experience. The session offered incredible insights into why financial literacy and structured thinking matter so much for our community today. It served as a powerful reminder that sustainable economic success isn't built on shortcuts; it requires discipline, deep analysis, and a clear understanding of the market ecosystem.
"A stable government is the bedrock of progress."
We are seeing this truth play out in real-time right here in our state. A clear testament to this is the leadership of YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi. In his four years as Menteri Besar, the state government has successfully attracted a staggering RM110 billion in Foreign Direct Investment (FDI) into Johor.
Under his dynamic leadership, Johor continues to enjoy both political stability and a thriving economy. This stable environment does more than just create new jobs; it opens the doors wide for high-impact programs designed to help our people build the skills they need to plan smartly for the future.
I have immense respect for the dedication of the keynote speaker, Mr. V. Nyanasegaran (Coach Nyana). As a Certified Technical Analyst and Economist with over 25 years of experience, his commitment to teaching financial literacy, especially in uplifting the economic standing of our Indian community, is truly commendable.
Huge congratulations to Coach Nyana and NJS Consultancy for putting together such an exceptional initiative. Programs like this are exactly what we need to foster a competitive, patient, and forward-thinking mindset for the shared prosperity of Bangsa Johor!
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar HRH Crown Prince of Johor Onn Hafiz Ghazi
03/06/2026
Ahad lalu, suasana di IOI Mall Kulai cukup meriah apabila saya berpeluang meluangkan masa bersama anak-anak muda dan komuniti setempat dalam program Malam Irama India 2026 anjuran Kelab Belia Senai.
Majlis yang sungguh bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Haji Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Permai.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Tn. Sivapresaad CN Nair selaku pengasas kelab, serta seluruh pasukan penganjur atas dedikasi dan usaha keras mereka memastikan kelancaran dan kejayaan acara yang hebat ini.
Mengambil kesempatan di majlis yang penuh bermakna ini, saya mewakili Yayasan Sultanah Rogayah (YSR) turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 13 orang penerima bagi membantu meringankan bebanan harian mereka.
Di bawah kepimpinan inklusif YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh inisiatif akar umbi bagi memastikan perpaduan Bangsa Johor terus utuh dan tiada yang tercicir.
Maju Johor!
-------------------
Last Sunday evening, I had a wonderful time celebrating with the youth and the local community at the Malam Irama India 2026, organised by Kelab Belia Senai at IOI Mall, Kulai.
The event was also graciously attended by YB Dato' Haji Mohd Jafni Md Shukor, Johor State Exco for Housing and Local Government, and ADUN for Bukit Permai.
My heartiest congratulations and deepest appreciation go out to the organiser, Tn. Sivapresaad CN Nair, and his dedicated team for their outstanding effort in making this grand event a massive success.
Taking the opportunity at this meaningful event, representing Yayasan Sultanah Rogayah (YSR), I also had the great honour of presenting welfare assistance to 13 recipients to help ease their daily burdens.
Cultural and youth empowerment programs like this are vital for fostering unity. This is perfectly in tune with the vision of His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, and HRH Tunku Mahkota Ismail, Regent of Johor. Under the inclusive leadership of Menteri Besar YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, the State Government remains fully committed to supporting grassroots initiatives, ensuring the unity of Bangsa Johor remains strong and no one is left behind.
Keep up the great work, Kelab Belia Senai!
Maju Johor!
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar HRH Crown Prince of Johor Onn Hafiz Ghazi Mohd Jafni Md Shukor
02/06/2026
Sabtu lalu, saya berkesempatan mengiringi YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, dalam Program Jalinan Kasih Bersama Masyarakat India Daerah Tangkak.
Saya amat mengagumi komitmen dan keprihatinan berterusan YAB Menteri Besar yang sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan. Kepimpinan beliau yang rajin turun padang diterjemahkan menerusi penyerahan Bakul Kasih Johor untuk membantu keluarga-keluarga masyarakat India yang memerlukan di kawasan tersebut.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada YB Puan Sri Hajah Khairin-Nisa binti Ismail atas keprihatinan beliau turun padang dan menyantuni masyarakat India kita menerusi program ini. Turut bersama-sama menjayakan program ini ialah barisan Ketua Komuniti India setempat yang sentiasa berganding bahu untuk memastikan kebajikan komuniti terus terbela.
Bagi menyokong inisiatif murni Kerajaan Negeri ini, saya mewakili Yayasan Sultanah Rogayah (YSR) turut berbesar hati menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM2,000 kepada 12 orang pemohon dari komuniti India yang telah dikenal pasti bagi membantu meringankan bebanan harian mereka.
Segala usaha bersepadu ini merupakan cerminan langsung kepada visi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, serta DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa menitikberatkan kesejahteraan hidup setiap Bangsa Johor agar tiada masyarakat India yang tercicir.
Semoga usaha-usaha murni di bawah inisiatif Bantuan Kasih Johor dan YSR ini terus memperkasakan komuniti India di negeri ini.
Maju Johor!
-----------------------
Last Saturday, I had the opportunity to accompany the Menteri Besar of Johor, YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, at the Program Jalinan Kasih Bersama Masyarakat India in Tangkak.
I truly admire the continuous commitment and care of the Menteri Besar, who always prioritises the welfare of the people. His hands-on leadership is reflected in the distribution of the Bakul Kasih Johor to assist Indian families in need within the area.
I would also like to express my deepest gratitude to YB Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail for her care in going to the ground to support our Indian community through this program. Also present to ensure the success of this event were local Indian community leaders, who consistently work hand in hand to safeguard the community's welfare.
In support of this noble State Government initiative, representing Yayasan Sultanah Rogayah (YSR), I had the great honour of presenting financial assistance totalling RM2,000 to 12 identified applicants from the Indian community to help ease their daily burdens.
All these integrated efforts are a direct reflection of the vision of His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, and HRH Tunku Mahkota Ismail, Regent of Johor, who constantly emphasise the well-being of every Bangsa Johor, ensuring that no one from the Indian community is left behind.
May these noble efforts under the Bantuan Kasih Johor and YSR initiatives continue to empower the Indian community in this state.
Maju Johor!
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar HRH Crown Prince of Johor Onn Hafiz Ghazi
02/06/2026
கடந்த 31 மே 2026 அன்று, ஜொகூர் பாரு, தெலுக் ஜாவாவில் அமைந்துள்ள இந்து கருமகிரியை மையத்திற்கு வருகை தந்த ஜொகூர் மாநில முதல்வர் மாண்புமிகு டத்தோ ஆன் ஹாபிஸ் காசி அவர்களை, மாண்புமிகு திரு. ராவன் குமார், சுல்தானா ரொகாயா அறக்கட்டளையின் (YSR) இயக்குநர் வாரிய உறுப்பினர்கள், மலேசிய இந்து சங்கம், மற்றும் உள்ளூர் இந்தியச் சமூகத் தலைவர்களுடன் இணைந்து நான் வரவேற்றேன்.
இவ்வருகையின் போது, மாநில முதல்வரை இவ்மையத்தின் சுற்றுப்புறங்களுக்கு அழைத்துச் சென்று பார்வையிடச் செய்ததோடு, இதன் கட்டுமானப் பணிகள் மற்றும் கடந்த 2026 மார்ச் 20 முதல் இவ்வளாகம் இந்து சமூகத்தினரால் பயன்படுத்தப்பட்டு வரும் விதம் குறித்தும் ஒரு சுருக்கமான விளக்கத்தை வழங்கினேன்.
ஜொகூர் இந்து இந்தியச் சமூகத்தின் சார்பில், இவ்வளாகத்தின் கட்டுமானத்திற்காக நிலம் வழங்கி அருளிய மாண்புமிகு மாட்சிமை தங்கிய மலேசியப் பேரரசர் சுல்தான் இப்ராஹிம் அவர்களுக்கும், ஜொகூர் இளவரசரும், ஜொகூர் தற்காலிக சுல்தானுமான துங்கு மஹ்கோத்தா இஸ்மாயில் அவர்களுக்கும் எனது மனமார்ந்த நன்றியையும் பேரன்பையும் தெரிவித்துக் கொள்கிறேன்.
மேலும், நிதி ஒதுக்கீடு மற்றும் ஜொகூர் மாநில அரசின் ஆதரவிற்காக மாநில முதல்வர் மாண்புமிகு டத்தோ ஆன் ஹாபிஸ் காசி அவர்களுக்கு எங்களது கோடான கோடி நன்றிகளையும் பாராட்டுதலையும் தெரிவித்துக் கொள்கிறோம்.
மாநில அரசு எப்போதும் மக்கள் நலனில் அக்கறை கொண்டுள்ளதையும், 'பங்சா ஜொகூர்' எவரும் புறக்கணிக்கப்படாமல் இருப்பதை உறுதி செய்வதையும் அவரது தலைமைத்துவப் பண்பு நிரூபிக்கிறது.
இத்தகைய சிறப்பம்சங்களைக் கொண்டு முதன்முறையாக உருவாக்கப்பட்டுள்ள இந்த மையம், ஜொகூர் மாநில இந்து சமூகத்திற்குப் பெரும் பயனளிப்பதோடு மட்டுமல்லாமல், மலேசியாவின் மற்ற மாநில அரசுகளுக்கும் ஒரு சிறந்த முன்மாதிரியாகவும் வழிகாட்டியாகவும் திகழ்கிறது.
மாஜு ஜொகூர்!
----------------------
Pada 31hb. Mei 2026, saya bersama YB Tuan Raven Kumar, Ahli Ahli Lembaga Pengarah YSR, Malaysia Hindu Sangam, dan Ketua Komuniti India setempat telah menerima kunjung YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, dalam lawatan kerja rasmi ke Kompleks Upacara Terakhir Hindu di Teluk Jawa, Johor Bahru.
Semasa lawatan tersebut, saya telah membawa YAB Menteri Besar meninjau sekitar kawasan kompleks dan memberi taklimat ringkas mengenai proses pembinaan, dan penggunaan Kompleks oleh Komuniti beragama Hindu sejak pembukaan operasi dari 20hb March 2026.
Mewakili Komuniti India yang beragama Hindu, saya telah mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan DYAM HRH Crown Prince of Johor, Pemangku Sultan Johor atas kurniaan tanah bagi pembinaan kompleks ini.
Juga jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YAB Dato' Onn Hafiz Ghazii atas peruntukan kewangan dan sokongan padu Kerajaan Negeri Johor.
Kepimpinan beliau membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan memastikan tiada Bangsa Johor yang tercicir.
Kompleks pertama seumpamanya ini bukan sahaja memberi manfaat yang amat besar kepada komuniti India berugama Hindu di Negeri Johor Darul Takzim malah turut menjadi rujukan dan panduan kepada Kerajaan Negeri Negeri lain di Malaysia.
Maju Johor!
----------------------
On May 31, 2026, I, alongside YB Tuan Raven Kumar, Board Members of the Sultanah Rogayah Foundation (YSR), Malaysia Hindu Sangam, and local Indian community leaders, had the honour of welcoming the Right Honourable Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar of Johor, during his official working visit to the Hindu Final Rites Complex in Teluk Jawa, Johor Bahru.
During the visit, I guided the Right Honourable Menteri Besar on a tour of the complex and briefed him on the construction process as well as its active utilization by the Hindu community since commencing operations on March 20, 2026.
On behalf of the Hindu Indian community, I express our deepest gratitude and utmost appreciation to His Majesty Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, and His Royal Highness Tunku Mahkota Ismail, Regent of Johor, for the benevolent contribution of land for the construction of this complex.
Our heartfelt thanks and appreciation also go to YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi for the financial allocation and the unwavering support provided by the Johor State Government.
His leadership is a clear testament to the State Government's attentiveness and commitment to ensuring that no member of the "Bangsa Johor" family is left behind.
As the first of its kind, this complex not only provides immense benefits to the Hindu community in Johor Darul Ta'zim but also serves as a landmark model and guide for other state governments across Malaysia.
Maju Johor!
01/06/2026
Saya, mewakili barisan Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja Yayasan Sultanah Rogayah (YSR), mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Dato' Daing Abdul Malek Daing Abdul Rahman atas penganugerahan darjah kebesaran Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N). yang membawa gelaran Tan Sri.
Penganugerahan berprestij ini dikurniakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Pengiktirafan ini adalah satu penghormatan yang amat bermakna dan bukti jelas atas segala jasa bakti, dedikasi, serta sumbangan cemerlang yang telah Tan Sri curahkan kepada masyarakat dan negara selama ini.
Kami sentiasa mendoakan agar Tan Sri terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat, dan beroleh kejayaan berterusan pada masa hadapan.
01/06/2026
Saya, mewakili barisan Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja Yayasan Sultanah Rogayah (YSR), ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Dato' Avinderjit Singh Virk.
Sesungguhnya, pengiktirafan ini adalah satu penghormatan yang sangat bermakna dan mencerminkan segala jasa bakti, dedikasi, serta sumbangan cemerlang yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Avinderjit Singh Virk selama ini kepada masyarakat dan negara.
Kami sentiasa mendoakan agar Tan Sri Avinderjit Singh Virk terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat, dan sentiasa beroleh kejayaan dalam setiap langkah serta perancangan pada masa hadapan. Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi buat kita semua.
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Daulat Tuanku!
Kedaulatan Raja, Kesejahteraan Rakyat.
29/05/2026
இன்று மதியம், மலாக்கா மாநில அரசு தூதுக்குழுவினரை தெலுக் ஜாவாவில் உள்ள இந்து இறுதிச் சடங்கு வளாகத்திற்கு வரவேற்பதில் நான் பெருமகிழ்ச்சி அடைகிறேன்.
இந்தத் தூதுக்குழுவிற்கு, மலாக்கா மாநில செயற்குழு உறுப்பினர் மாண்புமிகு டத்தோ ஹஜி ராய்ஸ் பின் டத்தோ வீரா யாசின் மற்றும் மலாக்கா மாநில இளைஞர், விளையாட்டு மற்றும் தொண்டு நிறுவனங்களின் செயற்குழு உறுப்பினர் மாண்புமிகு டத்தோ வி.பி. சண்முகம் ஆகியோர் மலாக்கா மாநில அரசின் உயர் அதிகாரிகளுடன் இணைந்து தலைமை தாங்கினர்.
இந்த வளாகத்தின் மேலாண்மை நடைமுறைகள் மற்றும் கட்டுமானப் பணிகளைக் கற்றறிந்து, மெலக்காவிலும் இதேபோன்றதொரு திட்டத்தைச் செயல்படுத்துவதே இந்த வருகையின் முக்கிய நோக்கமாகும். ஜோகூர் சுல்தானா ரொகாயா அறக்கட்டளை (YSR) சார்பில், இத்தகைய நாட்டின் முதல் தனித்துவமான வசதியை உருவாக்குவதில் நாங்கள் எதிர்கொண்ட அனுபவங்கள், சவால்கள் மற்றும் கடந்து வந்த பாதைகளை அவர்களுடன் பகிர்ந்துகொண்டோம்.
ஜோகூர் மாநிலம் இன்று பிற மாநிலங்களுக்கு முன்மாதிரியாகவும் வழிகாட்டியாகவும் திகழ்வது, பேரரசர், இளவரசரும் மற்றும் பிரதிநிதியுமான அவர்களின் அக்கறைக்கும் சான்றாகும்.
இந்த வளாகம் வெற்றிகரமாக அமைய முழு ஆதரவையும் நிதி ஒதுக்கீட்டையும் வழங்கிய ஜோகூர் மாநில முதலமைச்சர் மாண்புமிகு டத்தோ ஆன் ஹஃபிஸ் காசி அவர்களுக்கு எனது மனமார்ந்த நன்றிகள். ஜோகூர் மாநில அரசின் தலைமைத்துவம் அனைவரையும் உள்ளடக்கியதாகவும், அக்கறையுள்ளதாகவும், சமுதாயத்தின் அனைத்துத் தரப்பு மக்களின் நலனைப் பேணுவதில் எப்போதும் ஒரு படி முன்னே இருக்கும் அரசு என்பதை இது மீண்டும் நிரூபிக்கிறது.
இன்றைய அறிவுப் பகிர்வு, எதிர்காலத்தில் மெலக்கா வாழ் இந்திய சமூகத்தின் நலனுக்குப் பெரும் பயனுள்ளதாக அமையும் என நம்புகிறேன். மாஜு ஜோகூர்!
-------------
Petang tadi, saya berbesar hati menerima Lawatan Penanda Aras dari delegasi Kerajaan Negeri Melaka ke Kompleks Upacara Terakhir Hindu, Teluk Jawa.
Delegasi ini telah diketuai oleh YB Datuk Hj Rais Bin Datuk Wira Yasin (Exco Kanan Perumahan & Kerajaan Tempatan Melaka) dan YB Datuk VP Shanmugam (Exco Belia, Sukan & NGO Melaka), bersama para pegawai kanan kerajaan negeri Melaka.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mempelajari tatacara pengurusan, serta proses pembinaan kompleks ini bagi membolehkan inisiatif yang sama dilaksanakan di Melaka. Kami di Yayasan Sultanah Rogayah (YSR) Johor turut berkongsi pengalaman, cabaran, serta liku-liku yang telah kami harungi dalam merealisasikan projek fasiliti pertama seumpamanya ini.
Fakta bahawa Negeri Johor kini menjadi rujukan dan penanda aras bagi negeri-negeri lain adalah bukti kejayaan wawasan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan keprihatinan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Jutaan terima kasih sentiasa dititipkan kepada YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, atas sokongan penuh dan peruntukan yang diberikan bagi menjayakan kompleks ini. Kepimpinan Kerajaan Negeri Johor terbukti inklusif, prihatin, dan sentiasa selangkah ke hadapan dalam menjaga kebajikan setiap lapisan masyarakat.
Semoga perkongsian ilmu pada hari ini dapat memberi manfaat yang besar kepada kelangsungan kebajikan komuniti India di Melaka kelak. Maju Johor!
-------------
This afternoon, I had the honor of welcoming a benchmarking delegation from the Melaka State Government to the Hindu Last Rites Complex in Teluk Jawa.
The delegation was led by YB Datuk Hj Rais Bin Datuk Wira Yasin (Senior Exco for Housing & Local Government of Melaka) and YB Datuk VP Shanmugam (Exco for Youth, Sports & NGOs of Melaka), alongside senior officials from the Melaka state government.
The primary objective of this visit was to study the management procedures and construction processes of this complex, enabling a similar initiative to be implemented in Melaka. We at the Sultanah Rogayah Foundation (YSR) Johor also shared our experiences, challenges, and the journey we traversed in bringing this first-of-its-kind facility to life.
The fact that the State of Johor has now become a point of reference and a benchmark for other states is a testament to the successful vision of His Majesty Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, and the profound care of His Royal Highness Tunku Mahkota Ismail, the Regent of Johor.
My heartfelt gratitude is extended to YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar of Johor, for his unwavering support and budget allocations to ensure the success of this complex. The leadership of the Johor State Government has proven to be inclusive, compassionate, and always one step ahead in safeguarding the welfare of all segments of society.
May today's knowledge-sharing session bring great benefits to the future welfare of the Indian community in Melaka. Maju Johor!
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar HRH Crown Prince of Johor
29/05/2026
இன்று காலை, நானும் எனது குடும்பத்தினரும் குளுவாங் ஸ்ரீ ஜெய சுப்பிரமணியர் ஆலயத்தில் நடைபெற்ற மகா கும்பாபிஷேகப் பெருவிழாவில் கலந்துகொள்ளும் பாக்கியத்தைப் பெற்றோம்.
இப்புனித வழிபாட்டின் மூலம் இறைவருள் பெற்றதோடு மட்டுமல்லாமல், எனது அன்றாடப் பணிகளுக்கு மத்தியில் சிறிது நேரம் ஓய்வெடுத்து, குளுவாங் மக்களுடன் அன்போடு கலந்துரையாடி மகிழ்ந்தேன். நாம் இன்று அனுபவித்து வரும் மத நல்லிணக்கமும் மத சுதந்திரமும் 'வங்சா ஜொகூர்' (Bangsa Johor) ஒற்றுமை உணர்வின் உண்மையான சான்றாகும்.
நமது சமூகத்தின் நல்லுறவும் ஒற்றுமையும் என்றும் வலுவடையட்டும். மாஜு ஜொகூர்!
-------------------------
Pagi tadi, saya bersama keluarga telah berkesempatan menghadiri upacara Maha Kumbabishegam di Kuil Sri Jeya Subramaniar Alayam, Kluang.
Selain mendapat berkat dari upacara keagamaan ini, saya amat gembira dapat mengambil sedikit masa untuk berehat sebentar dari jadual harian dan beramah mesra bersama penduduk setempat di Kluang. Sesi perjumpaan santai sebegini amat bermakna buat saya untuk terus mendekati dan menyelami nadi komuniti di peringkat akar umbi. Keharmonian dan kebebasan beragama yang kita kecapi pada hari ini adalah cerminan sebenar semangat perpaduan Bangsa Johor.
Semoga ikatan silaturahim dan perpaduan komuniti kita terus utuh. Maju Johor!
-------------------------
This morning, my family and I had the opportunity to attend the Maha Kumbabishegam ceremony at the Sri Jeya Subramaniar Alayam Temple in Kluang.
In addition to receiving blessings from this sacred religious ceremony, I was incredibly happy to take a brief moment away from my daily schedule to rest and mingle with the local community in Kluang. Such casual interactions are deeply meaningful to me, as they allow me to remain close to the grassroots and understand the pulse of our community. The harmony and religious freedom we enjoy today are a true reflection of the unified spirit of Bangsa Johor.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar HRH Crown Prince of Johor Onn Hafiz Ghazi
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha to all my Muslim friends!
Wishing you and your loved ones a blessed, peaceful, and joyous celebration. May this meaningful day bring happiness, harmony, and prosperity to your homes.
Warmest wishes from me and my family.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
IBU PEJABAT DAERAH SERI ALAM
Masai
81750