Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah ditubuhkan pada 15 September 2022.
26/05/2026
Jom Meriahkan Program Infineon Week @ UTeM 2026
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua warga UTeM,
Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE) dengan kerjasama fakulti-fakulti dan kelab pelajar bakal menganjurkan Infineon Week @ UTeM 2026. Program berimpak tinggi ini merupakan satu kolaborasi strategik dua hala antara UTeM dan syarikat semikonduktor antarabangsa, Infineon Technologies (M) Sdn Bhd.
Pelbagai acara menarik telah diaturkan sepanjang tempoh Infineon Week 2026 dari 8 hingga 13 Jun 2026 (Isnin - Sabtu) yang akan berlangsung di Kampus Induk & Kampus Teknologi, UTeM, seperti:
· Industrial Visit to Infineon
· Knowledge Sharing Transfer Program (Harnessing the Power of AI and Human Collaboration)
· Interview Clinic for Final Year Students
· Interview Session for UTeM Students
· Innovation Project Competition (Decarbonization & Digitalization)
· JomChat with Senior Vice President & Managing Director
· Fun Run
· E-Sports Competition
Sila kongsikan maklumat ini kepada para staf dan pelajar, terutamanya bagi slot perkongsian ilmu, klinik kerjaya, dan sesi temuduga bersama pihak Infineon. Kehadiran dan sokongan padu daripada semua amatlah dihargai! Sebarang pertanyaan boleh hubungi Dr. Nik Syahrim ([email protected]) atau En Azmin Fadli ([email protected]).
Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Pelaksana Infineon Week @ UTeM 2026
Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE) UTeM
23/05/2026
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
RDICE Syndications Session
Chatterbox, HIVE 5, MRANTI Park
Rabu, 13 Mei 2026
Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka terus melangkah ke hadapan dalam memperkasakan agenda inovasi negara. Baru-baru ini, Pengarah RICE UTeM-Melaka telah hadir ke Sesi Sindikasi RDICE anjuran Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).
Sesi strategik ini telah menghimpunkan Pejabat Pemindahan Teknologi (TTO) dari seluruh Universiti Awam serta pihak berkepentingan industri untuk satu misi besar iaitu memperkukuhkan ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan, dan Keusahawanan (RDICE).
Apa yang menariknya tentang penglibatan RICE UTeM-Melaka kali ini?
🔹 Merangka Standard Pengukuran Baharu
Bukan sekadar perkongsian idea, UTeM bersama universiti awam lain kini terlibat secara kolaboratif untuk co-develop (sama-sama membangunkan) satu pendekatan standard yang lebih seragam dalam mengukur kejayaan pengkomersialan hasil kajian. Selepas ini, penilaian impak komersial akan menjadi lebih telus dan berimpak tinggi.
🔹 Mempercepat Pemindahan Teknologi
Melalui platform ini, RICE UTeM-Melaka mencadangkan agar pelarasan dapat dibuat bagi memastikan hasil penyelidikan dan ciptaan inovatif warga universiti tidak sekadar kekal di dalam makmal, sebaliknya dipercepatkan proses pemindahannya ke pasaran sebenar.
🔹 Merapatkan Jurang Akademia & Industri
Kolaborasi strategik ini membuka ruang yang lebih luas untuk membina jaringan terus dengan pemain industri, sekaligus memastikan penyelidikan yang dijalankan adalah berorientasikan pasaran dan menyelesaikan masalah realiti.
Komitmen padu RICE UTeM-Melaka dalam sesi sindikasi ini adalah bukti kesediaan universiti untuk terus menyokong aspirasi Malaysia MADANI dan memacu agenda pembangunan teknologi negara ke tahap yang lebih tinggi.
Sekian, terima kasih.
Pengarah dan pasukan
Pusat Pengurusan Kolaborasi, RICE UTeM-Melaka (RICE)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Universiti Teknikal Malaysia Melaka , Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal
Melaka
76100
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |