Politeknik Merlimau - PMM

Politeknik Merlimau - PMM

Share

Politeknik Merlimau Melaka (PMM) adalah politeknik ke-14 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Photos from Politeknik Merlimau - PMM's post 05/06/2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐌𝐌 π’π„π‘π“π€πˆ πŒπ€π‹ππ“π€π€π‚ πŸπŸŽπŸπŸ”, ππ„ππ“π”πŠ π–πˆπ‘π€ πŒπ”πƒπ€ ππ„π‘π‰πˆπ–π€ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπŠ πŸ‡²πŸ‡Ύ

Seramai 39 orang pelajar Politeknik Merlimau Melaka (PMM) bersama lima (5) orang jurulatih yang terdiri daripada pegawai PMM menyahut cabaran menyertai Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri Ke-17/2026 yang berlangsung di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh pada 1-15 Jun 2026.

Leftenan Kolonel Norizam bin Sekak, Pengarah Politeknik Merlimau Melaka merangkap Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah turut hadir memberikan sokongan kepada kontinjen PMM agar terus komited dan menjaga nama baik PMM sepanjang program berlangsung.

Penyertaan ini bukan sekadar latihan ketenteraan, malah menjadi medan pembentukan jati diri, disiplin, kepimpinan dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar TVET.

Melalui pelbagai latihan dan cabaran yang menguji ketahanan fizikal serta mental, para peserta didedahkan dengan pengalaman berharga dalam membentuk karakter pemimpin masa hadapan yang berintegriti, berdaya tahan dan berwawasan.

Program hasil kerjasama strategik antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Pasukan Simpanan (PS), Markas Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini menjadi platform terbaik untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang teknikal, malah memiliki semangat cintakan negara yang tinggi.

PMM sentiasa komited dalam melahirkan modal insan holistik yang bersedia memimpin, berkhidmat dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen PMM!

βΈ»

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE! ✨

Facebook: politeknikmerlimaumelaka
Instagram: politeknikmerlimaumelaka
TikTok: politeknikmerlimaumelaka
YouTube: politeknikmerlimaumelaka

Photos from Politeknik Merlimau - PMM's post 04/06/2026

π’πˆππ„π‘π†πˆ πŸππƒ ππŽπ‹π˜π‚π‚ πŒπ€π‹π‚πˆπƒπ€π‚ πŸπŸŽπŸπŸ” πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŠπ€π–π€πƒ πŠπ€πŠπˆ 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐏𝐔𝐑 πŒπ„πƒπ€π

Politeknik Merlimau Melaka (PMM) selaku tuan rumah dan pengelola bagi 2nd PolyCC Malaysian Civil Defence Academic Challenge (MalCiDAC) 2026 yang membuka tirainya pada 2 Jun lalu telah menyaksikan Pertandingan Kawad Kaki dan Dapur Medan pada hari kedua.

Pertandingan berprestij ini berjaya menghimpunkan seramai 220 orang peserta daripada 11 pasukan kontinjen PolyCC (Politeknik dan Kolej Komuniti) Negeri dari seluruh Malaysia.

Antara negeri yang menghantar kontinjen masing-masing termasuklah Johor, Kelantan, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, dan Terengganu.

Sepanjang program berlangsung, para peserta akan diuji melalui pelbagai acara kompetitif yang menuntut ketahanan mental, fizikal, dan semangat berpasukan yang tinggi.

Antara acara utama yang dipertandingkan ialah:
β€’ Kawad Kaki
β€’ Dapur Medan
β€’ Civil Defence Skill Challenge (CDSC): Merangkumi slot Vehicle Extrication (menyelamat mangsa kemalangan jalan raya), Pengetahuan Umum (Q&A), Melawan Kebakaran, dan Kawad Usungan.

Bagi memperkasakan sahsiah diri peserta, program ini turut diserikan dengan pelbagai pengisian bermaklumat seperti Taklimat Kerjaya dan Taklimat Kenegaraan.

Selain itu, aktiviti rekreasi luar seperti merentas tasik dan berkayak turut dijalankan bagi membina kekuatan fizikal serta mengeratkan ukhuwah antara kontinjen.

Kemuncak program ini dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2026 nanti melalui Majlis Pentauliahan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA), yang bakal mengiktiraf komitmen dan pencapaian cemerlang para kadet.

Program ini dijangka mampu melahirkan pelapis anggota pertahanan awam yang berdisiplin tinggi, berkemahiran, dan sentiasa bersiap sedia berbakti kepada masyarakat dan negara.

βΈ»

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE! ✨

Facebook: politeknikmerlimaumelaka
Instagram: politeknikmerlimaumelaka
TikTok: politeknikmerlimaumelaka
YouTube: politeknikmerlimaumelaka

Want your university to be the top-listed University in Merlimau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Politeknik Merlimau Melaka, KM 2. 5, Jalan Merlimau-Jasin, Melaka
Merlimau
77300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00