Idham Tyre And Services

Idham Tyre And Services

Share

KEDAI TAYAR IDHAM TAYRE & SERVICES Harga boleh di runding mengikut bajet anda

06/09/2021

ENJIN kereta terdiri daripada banyak komponen dalaman yang sentiasa bergerak sebaik saja dihidupkan sama ada secara memulas kunci tradisional atau menekal punat tekan-mula (push-start).

Apabila dihidupkan, proses pembakaran yang berlaku melibatkan campuran udara dan bahan api (petrol/diesel) dan kemudian menggerakkan banyak komponen dalaman enjin bagi membolehkan roda diputarkan untuk kereta itu bergerak.

Pergerakan itu p**a mesti selari penggunaan minyak enjin supaya komponen dalaman tidak saling bergesel, dan kekal optimum dalam sebarang pemanduan asalkan berada dalam julat halaju disarankan. Minyak enjin berfungsi sebagai lapisan filem pelindung yang menyadur komponen logam enjin bergerak

Inilah sebab kenapa minyak enjin mempunyai label tahap kelikatan tertentu seperti 0W-20 hingga paling likat seperti 20W-50 (makin tinggi makin likat).

Kebiasaannya, kereta baharu disarankan menggunakan minyak enjin dengan tahap kelikatan rendah, seperti minyak enjin 5W-30. Namun bagi kereta berusia, pemilik disarankan menggunakan minyak enjin lebih likat seperti 10W-40.

Kenapa agaknya?

Sebabnya, komponen kereta berusia mengalami perubahan celahan dalam binaan komponen enjin kerana berlaku banyak pergerakan sepanjang pemanduan. Jadi ada binaan komponen dalaman enjin sudah menjadi longgar. Perubahan binaan komponen itu membuatkan minyak enjin tidak cukup kental atau likat untuk naik ke atas dan menyadur komponen dalaman enjin, sekali gus menjejaskan operasi enjin.

Minyak enjin lebih likat memiliki kemampuan lebih baik untuk melindungi komponen dalaman kereta yang sudah berusia berbanding minyak enjin berkelikatan rendah.

Justeru, bagi kenderaan yang mencapai usia 10 tahun ke atas, anda disarankan menukar minyak enjin sedia ada kepada jenis berkelikatan tinggi. Ini kerana celahan komponen dalaman enjin tidak lagi serapat ketika dalam kondisi baharu dulu, sekali gus memerlukan minyak enjin lebih likat bagi menjaga kelinciran enjin.

SUMBER : pandulaju.com.my

Photos from Idham Tyre And Services's post 23/06/2021

Minyak engine LUBREX bukan biasa2 yee..
Ianya datang bersama NANO PLUS!!
nak tau apa tu NANO PLUS cuba pakai dulu..

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Mersing?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Mersing