AM3 Global

AM3 Global

Share

Udang Putih segar dari kolam. Sedia terima tempahan dalam dan luar Johor

24/07/2023

RESEPI LONTONG

🍴Kuah Lontong

Bahan A [blend] πŸ‘‡
* Bawang merah 7 ulas
* Serai 2 batang
* Lengkuas (hiris nipis)
* Halia (hiris nipis)
* Udang kering 2sb
* Ikan bilis segenggam
* Buah keras 1 biji
* Kunyit hidup besar ibu jari

Bahan B πŸ‘‡
* udang segar
* kobis
* kacang panjang
* carrot
* kentang
* soohun & fucuk
* bahan perasa
* santan kotak

Cara-cara πŸ‘‡

1. Blend hancur bahan A

2. Kemudian satukan dalam periuk bersama santan & air

3. Didihkan dan masuk sayuran yang keras dahulu seperti kentang & carrot

4. Perasakan dan masukkan baki sayuran yang lain bersama udang. Dah agak lembut sayur tu boleh tutup api

🍴Sambal bilis
Bahan-bahan πŸ‘‡
* bawang besar 3 biji
* bwg besar 1 biji (dimayang)
* cili kering kisar 3 senduk nasi
* daun pandan
* ikan bilis 2 genggam
* air asam jawa
* garam dan gula

Cara-cara πŸ‘‡

1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dah siap blend dan mayang bersama daun pandan

2. Bila warna agak kekuningan, masukkan cili blend, gula dan air asam

3. Tumis sampai bertukar warna

4. Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam dan gula

🍴Bahan Lain πŸ‘‡
* nasi impit
* telur rebus

SELAMAT MENCUBA πŸ‘
Credit: Nurul Aminah llias Mina

11/06/2023

Udang Sambal Manis Pedas Menambat Selera Gituu.

Nie menu yang simple dan cepat masak, kak ya suke masak guna bahan ape yang ade kat umah. Tak payah pening kepala kan. Hehehe

Jom kita tengok bahan-bahannya

400gm udang sederhana besar
1 senduk cili kisar
1 senduk sos cili
1 senduk sos tomato
1 biji bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris je)
1 batang serai (tumbuk skit)
3 helai daun limau
1 inchi halia
1 cubit garam (tak letak pun takpe)

Cara masak

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan daun limau hingga naik bau
2. Masuk cili kisar, masak hingga pecah minyak
3. Masukkan sos cili dan sos tomato. kacau rata.
4. Masukkan udang . Kacau rata dan siap untuk dihidangkan.
*udang goreng sekejap ye sebelum masukkan dalam sambal tu.

Siap untuk dihidangkan bersama nasi panasπŸ˜‹

*tips nak rase nye just nice kena guna nisbah yang sama. Cth guna sudu, semua bahan guna sudu yang sama.

*tips untuk dapatkan rase lebih padu letak kan secubit garam ye.

Resepi simple dari FB Leha Yusuf

Photos from AM3 Global's post 05/05/2023

Resepi Kuah Rojak Buah Sedap 😍😍😍

BAHAN-BAHAN :

Satu botol (kecil) kicap manis (saya guna cap kipas udang)
Satu botol (kecil) sos cili (saya guna cap maggi/life)
1/2 keping (kecil) belacan madu
1 senduk cili boh
10 tangkai cili padi (boleh tambah jika nak lebih pedas)
1 ketul gula kabung
1/2 paket gula batu
1 cawan gula pasir bancuhan tepung jagung secukupnya (saya bubuh 1-2 sudu besar) bijan dan kacang tanah tumbuk untuk hiasan

CARA-CARA :

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali (kecuali tepung jagung,
bijan dan kacang tumbuk)

Masak sehingga mendidih dan kuah agak pekat Masukkan bancuhan tepung jagung Tutup api dan biarkan sejuk

Hiris buah-buahan tempatan seperti jambu, mangga, betik muda, sengkuang, nenas, dan timun.
Curahkan kuah ke atas buah-buahan tadi Taburkan bijan dan kacang tumbuk di atasnya Sedia dinikmati!
Siap.

Haaa… lepas ni dah boleh buat dah.
Mesti janji buat tau, penat ai taip satu-satu dengan penuh keikhlasan ni.

kredit resepi bertulis : http://nusaybahanuwar.com/homemade-kuah-rojak-yang-super-sedap-dan-ohsem/

Gambar tidak dapat dikenalpasti owner, sila pm admin jika ada gambar kepunyaan anda untuk kami berikan kredit 😊

like & share

02/05/2023

Jom try buat ☺️

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share resepi Char Kuay Teow.resepi ni dah banyak kali saya buat untuk makan sendiri,untuk open house pun boleh tapi kena masak satu-satu hidangan la ye baru sedap,makan panas-panas.

RESEPI CHAR KUAY TEOW
(Resepi untuk 4~ 5 orang makan.kalau nak banyak gandakan s**atan.

bahan kuah kicap:(boleh sediakan awal)
1 liter air
6 ulas bawang putih(ditumbuk)
1 kiub ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
garam
caranya:
satukan semua bahan kecuali garam.Didihkan 20~ 25 minit.
dah siap baru letak garam.
biar kuah rasa masin sikit.

bahan pes cili :(boleh sediakan awal)
100 gm cili kering(bersihkan)
1 genggam udang kering
1 labu bawang putih
minyak masak secukupnya
caranya:kisar semua bahan,tumis sampai garing dan pecah minyak.siap.boleh simpan.

Minyak bawang putih:(tak ada dalam gambar-kalau tak buat pun tak apa)
kisar 1 labu bawang putih dan rendam dalam minyak.(agak-agak secawan)

Bahan-bahan lain:
Udang yang dah dibersihkan
tauge,kucai
kuay teow halus
telur

cara-cara memasak char kuay teow:

1)panaskan 1 sudu minyak bawang putih.
2)goreng udang sebentar(ikut s**a berapa ekor nak).boleh juga letak isi kerang kalau ada.bila udang dah masak.
3)masukkan 1 sudu makan pes cili.
kacau.
4)masukkan 1 senduk kuah kicap char kuay teow(ikut s**a banyak mana kuah yang kita nak).Dah mendidih.
5)terus masukkan tauge,kucai & kuay teow.kacau-kacau sekejap aje jangan lama sangat nanti kuah kering.
6)Pecahkan telur,tutup api dan terus kacau laju-laju.siap.

Nota:-
1)setiap kali buat set char kuay teow ni masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin,manis,pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama,lain jenama lain rasanya.adjust rasa dalam kuah kicap tu.tambah apa yang kurang.bila dah ok yang pertama tu barulah senang nak masak yang seterusnya.

2)Udang ikut s**a nak kopek atau tak.kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.

Selamat mencuba..

Kredit: EnazKitchen

Want your business to be the top-listed Business in Mersing?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


No. 2, Tingkat 1, Jalan Mersing Kanan 1, Taman Mersing Kanan
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00