MY Mersing
MY Mersing
Page Rasmi Majlis Daerah Mersing
Perkhidmatan Untuk Rakyat
14/07/2026
Pulau Tinggi terendak cina,
Nampak dari Pulau Sibu,
Tuan pergi janganlah lama,
Tidak kuasa menanggung rindu.
Sedikit info berkaitan Pulau Tinggi, merupakan salah satu pulau yang terletak di daerah Mersing, Johor, kira-kira 37 km dari tanah besar. Pada zaman dahulu, pulau ini dikenali oleh pelayar asing sebagai "General's Hat Island" kerana bentuk puncak gunungnya menyerupai topi seorang jeneral.
Pulau ini telah lama didiami oleh komuniti nelayan Melayu yang bergantung kepada hasil laut sebagai sumber utama ekonomi. Kedudukannya di laluan pelayaran Laut China Selatan menjadikan Pulau Tinggi sebagai lokasi persinggahan kapal-kapal dagang sejak dahulu.
Kini, Pulau Tinggi terkenal sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan pantai berpasir putih, air laut yang jernih, terumbu karang yang indah serta aktiviti seperti menyelam skuba (scuba diving), snorkeling dan pendakian. Pulau ini juga merupakan sebahagian daripada kawasan Taman Laut Sultan Iskandar, yang melindungi ekosistem marin dan biodiversiti di perairan Johor.
Kredit gambar: Fahmi Abd Manaf
12/07/2026
Persediaan yang memakan masa berbulan-bulan lamanya, namun, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar berkat kerjasama daripada pelbagai pihak dan sokongan daripada penduduk Mersing.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Pejabat Pegawai Pengurus bagi Bahagian Pilihan Raya N.32 Endau termasuklah Penolong-Penolong Pegawai Pengurus, pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya serta semua pembantu dan petugas pilihan raya yang bertungkus-lumus di pusat-pusat mengundi sehingga proses pengiraan undi selesai.
Tidak terlupa juga, terima kasih kepada 'unsung hero' wira-wira di sebalik tabir dan juga kerjasama pelbagai agensi yang terlibat sepanjang persiapan PRN Johor ke-16
Tanpa semangat kerjasama dan dedikasi daripada semua yang hadir, sudah pasti Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16 bagi N.32 Endau tidak akan berjalan dengan lancar.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kerana menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti dan amanah.
11/07/2026
Akhirnya segala persoalan terjawab.....
Tahniah kepada yang pihak yang diberikan mandat untuk mentadbir selepas ini, anda membawa harapan dan impian kami semua, jadikannya ia kenyataan.
Antara momen yang berjaya dirakamkan sepanjang Hari Penjumlahan Rasmi Undi bagi N32 ENDAU sempena PRN Johor ke-16 yang berlangsung hari ini.
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang keluar mengundi pada hari ini, ada yang datang daripada jauh bagi melaksanakan kewajipan masing-masing.
Dan terima kasih juga kepada semua petugas sepanjang PRN Johor ke-16 yang bertungkus lumus memastikan perjalanan PRN kali ini berjalan lancar.
Diharapkan pada mereka yang bakal dipilih harini dan diberikan mandat untuk mentadbir dapat mendengar suara hati rakyat.
Berbaki 4 jam lagi sebelum sebelum proses undian ditutup, masih ada masa lagi untuk anda menentukan hala tuju kita.
Semuanya demi Mersing tercinta...
11/07/2026
Selamat menjalankan tugas kepada semua petugas-petugas SPR N32 Endau sempena PRN Johor ke-16.
Semoga semuanya berjalan lancar...
11/07/2026
Harinya telah tiba..
Tatkala hati terasa malas untuk keluar mengundi, lawanlah perasaan itu, kerana jika anda tidak mengundi bermakna anda membiarkan orang lain memilih untuk anda. Rugi, bukan?
Keluarlah sebentar, ia tidak mengambil masa yang lama.
Demi Mersing&Johor..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
Jalan Tun Drive Ismail
Mersing
86800
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |