Beg Tarik Beg Sandang
Mengembaralah demi mencari ilmu, pengalaman dan keseronokan. Perkongsian tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dalam dan luar negara.
14/05/2026
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ditubuhkan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dan mempelajari tentang kepentingan ekonomi, perbankan Islam serta sejarah dan sistem kewangan.
Terdapat enam galeri tetap dengan pelbagai tema iaitu Galeri Kanak-Kanak, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik dan Galeri Seni. Galeri-galeri ini menyelami ekonomi Malaysia, peranan Bank Negara Malaysia di dalam pembangunan ekonomi serta landskap kewangan negara sejak zaman pra-kemerdekaan sehingga kini.
Selain pameran terdapat juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti mencuba cabaran permainan berbelanja RM1 juta!
Muzium ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Selasa hingga Ahad (tutup Isnin). Masuk adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.
Jangan lepaskan peluang membawa anak-anak ke sini semasa cuti sekolah nanti!
26/04/2026
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra diwujudkan sebagai memperingati dan mengenang jasa dan sumbangan bakti Tunku sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957-1970).
Memorial ini mempamerkan semua warisan berkaitan dengan Tunku yang terdiri daripada pelbagai bahan seperti dokumen, gambar, hadiah, keratan akhbar dan barangan peribadi.
Kesemua bahan yang dipamerkan berdasarkan kepada tema-tema tertentu antaranya ialah Tunku dan Kemerdekaan, Falsafah/Konsep Tunku serta Biografi Tunku.
Memorial ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Selasa hingga Ahad kecuali Isnin. Masuk adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.
26/04/2026
Raikan keindahan, irama dan warna-warni warisan budaya Malaysia dalam satu persembahan istimewa di Persembahan Kebudayaan MaTiC pada setiap minggu jam 3 petang di Auditorium Mini MaTiC Kuala Lumpur.
Masuk adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Mersing