PASTI Khalid Al Walid

PASTI Khalid Al Walid

Share

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Photos from PASTI Khalid Al Walid's post 09/05/2026

Latihan berpusat minggu akhir sebelum ke Hab Pendidikan Tinggi, Pagoh untuk perlawanan ke peringkat PASTI Negeri Johor pada 9 & 10 Mei 2026 bermula hari ini.

Adik Muhammad Adam dari PASTI Khalid Al-Walid telah terpilih mewakili PASTI Kawasan Mersing untuk ke peringkat Negeri. Tahniah! Adik Adam 💪🏻

Photos from PASTI Khalid Al Walid's post 25/04/2026

Latihan akhir bola sepak bola jaring anak-anak PASTI Khalid Al-Walid sebelum berentap ke peringkat kawasan Mersing di padang SRITI An-Nur, Semanyir Endau.

Photos from PASTI Khalid Al Walid's post 19/04/2026

Alhamdulillah, guru² PASTI Khalid Al-Walid, cawangan Tenggaroh berpeluang hadir bagi meraikan program hari ini Sambutan Hari Raya & Hari Guru PASTI, SRITI, SMITI Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) Tahun 2026.

Tahniah & Syabas diucapkan kepada Tokoh Guru Lama Berkhidmat Cikgu Rapiah binti Daud dari PASTI Semaloi & Tokoh Guru Kawasan Cikgu Fauziah binti Haron.

18/04/2026

Tahniah & Syabas diucapkan kepada seorang guru dari PASTI Khalid Al-Walid iaitu Cikgu Faizatul Wahidah Binti Amaludin Wahidah Amaludin menerima Anugerah Tokoh Guru Harapan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Kawasan Mersing..

In Sha Allah, keep hamasah & Istiqomah buat semua guru-guru, untuk terus melangkah mendidik anak-anak pasti ke arah melahirkan insan soleh pintar.

#
-Walid #
#

17/04/2026

Ziarah Hari Raya & Marhaban Anak-anak Pasti Khalid Al-Walid...

25/02/2026

INFAQ Tabung Pembangunan PASTI Khalid-Al Walid, Tenggaroh

Untuk makluman semua, tahun lepas Pihak BOMBA Mersing telah melawat PASTI Khalid Al-Walid, Pegawai BOMBA tersebut telah mengetengahkan beberapa isu berkaitan dengan keselamatan di kawasan PASTI dan perlu penambahbaikan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran di premis ini.

ANGGARAN KOS YANG DIPERLUKAN: RM1,930

Antara kerja-kerja penambahbaikkan yang perlu dibuat:

1.Memasang sistem pencegahan kebakaran Demco Heat Detector (Alat Mengesan suhu panas)
2.Memasang sistem pencegahan kebakaran bagi set of Emergency Light 10 LED
3.Memasang sistem pencegahan kebakaran bagi set of Keluar Sign (Everbright LED Man Running)
4.Kos penyambungan pendawaian elektrik

Dengan ini Pengurusan PASTI Khalid Al-Walid membuka tabung infaq sumbangan bersempena bulan Ramadan Kareem.

Sumbangan boleh disalurkan ke:
✅Maybank : PASTI KAWASAN MERSING
✅No. Akaun : 551098532150
✅Rujukan : Infaq PASTI Tenggaroh

Jazakumullahu khairan kathira.
Semoga dimurahkan rezeki dan diselamatkan kita daripada azab neraka ya. Aamiiin.

Firman Allah swt:

لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu mahu nafkahkan, sesungguhnya ALLAH mengetahuiNya" [Surah Aali Imran 92]

18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak dari Pasti Khalid Al-Walid Tenggaroh

Photos from PASTI Khalid Al Walid's post 17/02/2026

Pemberian kurma Ajwa kepada anak² Pasti Khalid Al-Walid, Tenggaroh sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan. Semoga Ramadan kali ini kita bersama dpt tingkatkan amal ibadah kita kepada Allah s.w.t.

30/01/2026

Sambutan Hari Al-Quds Pasti Khalid Al-Walid, 30 Januari 2026,Jumaat.

Antara aktiviti yang dilaksanakan Solat Hajat berjemaah, berdoa, aktiviti kreativiti & Penceritaan bergambar.

#
#
#
#

Photos from PASTI Khalid Al Walid's post 15/01/2026

Hari Pertama Persekolahan
PASTI Khalid Al-Walid_12 Januari 2026

Jom saksikan lagi gambar- gambar telatah anak-anak di hari pertama persekolahan...

-Walid

Photos from PASTI Khalid Al Walid's post 07/01/2026

Alhamdulillah, selesai sudah sesi Pendaftaran Murid & Pembayaran Yuran bagi persekolahan 2026.

Terima kasih buat semua ibu ayah PASTI Khalid Al Walid banyak memberi kerjasama sepanjang sesi pendaftaran pagi tadi..

#
#

Want your school to be the top-listed School/college in Mersing?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


No. 425, Jalan Mawar, Felda Tenggaroh 2
Mersing
86810

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 13:00