PERAK TV

PERAK TV

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PERAK TV, TV Channel, Persiaran Meru Raya 1, 30020 Ipoh, Negeri Perak, Meru.

Photos from PERAK TV's post 27/11/2025

BELGIUM BANTEI MALAYSIA DI IPOH!

Malaysia menjadi mangsa ketajaman Belgium selepas tunduk 1–9 dalam aksi Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh petang semalam.

Belgium turun dengan barisan serangan terbaik mereka, termasuk bintang dunia dan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 serta juara dunia 2018, Tom Boon, yang menjadi nadi utama jentera serangan mereka.

Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia ketinggalan 1–6 sebelum Belgium terus menambah tekanan pada babak kedua dengan tiga lagi jaringan untuk melengkapkan kemenangan 9–1.

Kekalahan ini sekali gus menutup peluang Malaysia untuk mara ke pentas final. Selepas ini, skuad negara akan berdepan Korea pada hari Sabtu, jam 6.00 petang, bagi memburu tiket ke perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Want your business to be the top-listed Media Company in Meru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Persiaran Meru Raya 1, 30020 Ipoh, Negeri Perak
Meru
30020