Kampung Budiman Meru

Kampung Budiman Meru

Share

Pohon nyiur di tepi laut, Dimakan kumbang pucuknya layu, Kepada KOMUNITI kita berpaut, KOMUNITI tumbang hilanglah taut.

25/02/2026

🕋 PROGRAM INSENTIF HAJI MUASSASAH SELANGOR 1447/2026 – DUN MERU

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) meneruskan komitmen membantu bakal jemaah haji dengan pemberian insentif tunai sebanyak RM1,500 bagi tahun 2026. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan dan memudahkan persiapan jemaah ke Tanah Suci.

📌 Maklumat Penting:
• Jumlah Bantuan: RM1,500 seorang
• Jumlah Penerima: 6,000 orang seluruh Selangor

📄 Syarat Kelayakan:
• Warganegara Malaysia
• Bermastautin di Selangor
• Mempunyai surat tawaran haji muassasah daripada Lembaga Tabung Haji

📜 Dokumen Yang Diperlukan :

• Salinan bercetak jadual penerbangan Haji Muasassah Tahun 2026 yang tertera kod MUAS
• Salinan semak tempat mengundi
• Salinan kad pengenalan

📍 Cara Permohonan:
Permohonan boleh dibuat melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru. Sila hubungi atau kunjungi pejabat kami untuk mendapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut. 

📞 Hubungi Kami:
Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru
Telefon: ⁨019-491 9101⁩

📅 Tarikh Tutup Permohonan: 15 Julai 2026

Jangan lepaskan peluang ini. Bantu kami menyebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga dan sahabat yang terpilih menunaikan haji tahun ini. 

18/02/2026

JPKK menyediakan Printing Services untuk warga Kampung Budiman dan sekitarnya.

*Waktu Operasi* :

Isnin - Jumaat
9.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari
Sabtu - Ahad (Cuti)

*Perkhidmatan* :
1)Print Dokumen
2)Photostap

Tekan link dibawah utk hantar dokumen PDF utk print👇🏻👇🏻

https://wa.me/60108335528

Photos from Kampung Budiman Meru's post 09/02/2026

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, JPKK Kampung Budiman telah menerima Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor 2025 Peringkat Daerah Petaling.

Tahniah kepada semua AJK dan warga kampung. Terima kasih atas kerjasama dan usaha semua. Ini kejayaan kita bersama!

Semua yang kita buat selama ni, melalui program gotong-royong, menjaga kebersihan, program kemasyarakatan, malah aktiviti penduduk.. semuanya datang dari semangat kebersamaan dan kasih sesama jiran.

Anugerah ini bukan milik individu, tapi milik seluruh warga Kampung Budiman.
Bila kita bersatu, kampung kita boleh pergi jauh.

Semoga kampung kita terus maju, harmoni dan jadi contoh terbaik untuk komuniti lain.

Photos from Kampung Budiman Meru's post 25/01/2026

Bertempat di Pejabat JPKK Kampung Budiman telah diadakan satu Program
OSCAR (Ops Cegah & Rondaan - Polis
Bertemu Penduduk)

Bersama Balai Polis Bukit Jelutong.

Pertemuan empat mata antara para Pegawai Polis Balai Bukit Jelutong, Ketua Kampung Budiman, Tok Imran, Nazir Masjid Al-Falah Kampung Budiman, AJK JPKK Kampung Budiman serta penduduk kampung berjalan dengan lancar.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Meru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kampung Budiman
Meru
41050