Kelab Sukan & Rekreasi RUWAS MIRI

Kelab Sukan & Rekreasi RUWAS MIRI

Share

Kelab Sukan Rekreasi RUWAS Miri ditubuhkan pada 30 Oktober 2017.

Photos from Kelab Sukan & Rekreasi RUWAS MIRI's post 01/05/2026

Majlis Perpisahan Jurutera, Encik Deddy Effendy Wen telah diadakan pada 30 April 2026 sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas sumbangan beliau sepanjang tujuh tahun tempoh perkhidmatannya. Majlis ini menjadi platform untuk rakan sekerja dan pihak pengurusan mengenang dedikasi, komitmen, serta pencapaian cemerlang beliau dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Majlis ini telah dihadiri oleh Jurutera Air Bahagian Miri serta Penolong Jurutera Air Bahagian Miri (Operasi & Pembangunan). Di samping ucapan penghargaan dan perkongsian kenangan manis sepanjang perkhidmatan beliau, majlis ini turut mencerminkan hubungan kerja yang erat, semangat berpasukan, serta nilai kekeluargaan yang kukuh dalam JBALB Bahagian Miri.

Bagi pihak JBALB Bahagian Miri, perpisahan ini bukanlah satu pengakhiran, sebaliknya menjadi titik permulaan baharu buat Encik Deddy Effendy Wen untuk terus melangkah maju dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Semoga segala jasa dan bakti beliau akan sentiasa dikenang, dan semoga beliau terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Photos from Kelab Sukan & Rekreasi RUWAS MIRI's post 30/04/2026

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Agensi Kerajaan di Wisma Pelita Tunku, Miri 2026

Pada hari Selasa, 28 April 2026, Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Agensi Kerajaan telah diadakan dengan meriahnya di Wisma Pelita Tunku, Miri. Majlis tahunan ini dianjurkan sebagai simbol perpaduan dan keharmonian antara agensi-agensi kerajaan di Bahagian Miri.

Pada tahun ini, Jabatan Tanah dan Ukur telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah penganjuran dengan kerjasama Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta WPT Management Corporation.

Pelbagai juadah makanan dan minuman yang enak telah disediakan untuk santapan para tetamu jemputan yang hadir, sekali gus menambahkan kemeriahan suasana sambutan.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di samping memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan agensi kerajaan. Seperti kebiasaan, sesi bergambar turut diadakan bagi merakam detik-detik kenangan yang bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri ini. Terima kasih atas segala sumbangan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan.

Photos from Kelab Sukan & Rekreasi RUWAS MIRI's post 08/03/2026

Majlis Iftar & Solidariti Insani JBALB Bahagian Miri telah diadakan di Mega Hotel pada 06 Mac 2026 (Jumaat) dengan penuh kemeriahan dan suasana penuh keberkatan sempena bulan Ramadan yang mulia.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Ts. Ahmad Salihin Bin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak yang sudi meluangkan masa bersama warga kerja JBALB Bahagian Miri bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian tazkirah Ramadan oleh Ustaz Rohaizat bin Rejab dari Penjara Pusat Miri yang menyampaikan tazkirah bertajuk “Redha dan Bangkit”. Tazkirah tersebut memberi peringatan serta motivasi kepada semua yang hadir agar sentiasa bersabar, redha dengan ujian kehidupan serta bangkit menghadapi cabaran dengan penuh keimanan dan ketabahan.

Selain itu, Pengarah JBALB Sarawak turut menyampaikan Sumbangan Solidariti Insani kepada beberapa kakitangan JBALB Bahagian Miri yang sedang menghadapi kesusahan. Sumbangan ini diharap dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka serta memberi sokongan moral khususnya dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja JBALB, malah menyemai nilai keprihatinan, kasih sayang dan semangat kebersamaan dalam membantu mereka yang memerlukan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memupuk semangat solidariti dan kebajikan dalam kalangan warga JBALB.

Selain dari itu,wakil dari JBALB Miri menghantar bantuan sumbangan makanan asas kepada warga kerja JBALB Marudi.

Want your business to be the top-listed Event/venue in Miri?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Miri
98000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00