Public Gold Star
Dealer Public Gold. Nak tau detail meh wasap www.wasap.my/60197187531/publicgold
https://publicgoldofficial.com/umikalsomismail/cara-bermula
29/03/2026
Siapa yang baru nak mulakan tabungan emas, sedangkan bajet duit ada cuma ngam-ngam dapat beli 100g, sepatutnya dia tak sesuai beli 100g.
Belian pertama tu sepatutnya beli dalam saja 20g - 30g dulu. Bukan selonggok 100g.
Prinsipnya, beli sikit-sikit dalam jangka panjang. InsyaAllah kita akan dapat harga purata yang rendah.
Mulakan dulu untuk dapatkan benchmark harga, lepas tu fokus tambah ilmu.
Lepas tu baru tambah lagi tabungan sikit-sikit, seiring bertambahnya ilmu.
Yang kedua, beli emas sepatutnya guna duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Bukan duit yang nak pakai dalam masa terdekat.
Maksudnya, kalau harga jatuh dalam jangka pendek, kita tak kisah pun. Sebab memang duit tu nak simpan untuk jangka panjang.
Bukan saja kalau harga emas jatuh... Malah kalau harga naik mencanak sekalipun kita memang tak akan jual. Kecuali dalam 3 keadaan saja.
Bukan saja-saja jual hanya semata-mata harga emas naik.
Penyimpan emas berilmu, tak akan jual emas kecuali untuk tujuan tambah kekayaan dan hal yang sangat penting saja.
22/10/2025
𝐊𝐞𝐤𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐞𝐦𝐚𝐬
Apabila simpan emas hakikatnya kekayaan ada di tangan kita sendiri.
Apapun yang berlaku pada ekonomi ataupun politik semasa, selagi kita memiliki emas, kekayaan itu memang berada di tangan kita. Nilai emas berdiri dengan sendirinya tanpa perlu jaminan oleh sesiapa pun.
Berbeza kalau kita simpan duit kertas. Nilai duit kertas bukan pada kertasnya. Bayangkan duit kertas RM100 kalau dipotong dua, adakah ia masih bernilai? Jawapannya tidak! Nilainya boleh menjadi kosong dan tidak bernilai sebagaimana duit syiling RM1 satu ketika dahulu yang tidak lagi laku pada hari ini.
Nilai duit kertas bergantung kepada jaminan sesebuah kerajaan selagi mana ekonomi dan politik sesebuah kerajaan itu dalam keadaan yang baik dan stabil. Jadi, sebanyak mana kita menyimpan duit, hakikatnya kekayaan kita sebenarnya tidak berada di tangan kita. Duit kertas tidak mampu untuk menyimpan nilai sebagaimana kita menyimpan emas yang mana nilainya dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya sendiri.
Nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, dibawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇
https://www.publicgoldofficial.com/umikalsomismail
Bimbingan saya adalah PERCUMA.
Umi Kalsom Ismail II
PG039507
/s25
- Posting 2
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Muar
84000