XMRSM Muor
Open to all former students of MRSM Muar
28/04/2026
πππππππ ππππ β ππππππ ππππ : πππππππππππ πππππππ & πππππ
ππππππ
27 April 2026 β ANSARA Muar telah mengadakan pertemuan strategik bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membincangkan agenda pembangunan wakaf serta pengukuhan jaringan ukhuwah alumni.
Mesyuarat ini dihadiri oleh:
β’ Dr. Azmi Amat Murjan, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA
β’ Puan Nur Azlin Ismail, Ketua Unit Wakaf MARA Madani
β’ β En Muhammad Afnan Afif Roslan, Penolong Pengarah, Unit Penyelaras MARA
β’ En Kamarul Zaki Kalip @ Khalid, Ketua Cawangan ANSARA Muar
β’ En Radzie Ieskandaar Masiman, Setiausaha ANSARA Muar
Antara topik utama yang dibincangkan:
1. Rancangan menaiktaraf Surau An-Nur MRSM Muar
2. Usaha merapatkan ukhuwah antara ANSARA Muar
3. Pengenalpastian tokoh-tokoh ANSARA Muar
4. Kempen Wakaf MARA Madani di kalangan alumni
5. Sambutan 46 tahun MRSM Muar
Pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama lebih erat dalam memperkukuh ekosistem wakaf yang mampan, di samping memperluas manfaat kepada alumni MRSM Muar dan masyarakat setempat.
23/04/2026
ππππππππππ ππππ ππππππ ππππ ππππβππππ πππππππππππ ππππππππ ππππππππππ
ANSARA Muar dengan ini mengumumkan pelantikan barisan Exco bagi sesi 2026β2028.
Seramai 14 orang Exco telah dilantik merangkumi portfolio utama yang akan memperkukuh gerak kerja organisasi serta memastikan agenda ANSARA Muar lebih tersusun, progresif dan berimpak tinggi.
Pelantikan ini mengekalkan struktur teras organisasi sambil memberi penekanan kepada aspek kebajikan, jalinan strategik, pembangunan maktab, serta pengukuhan media dan penjenamaan. Portfolio khusus seperti Ansaranita dan Ansara Muda turut diperkukuh bagi memastikan keterlibatan menyeluruh semua lapisan alumni.
Semoga pelantikan ini memperkukuh peranan ANSARA Muar sebagai wadah penyatuan alumni serta pemangkin pembangunan komuniti dan negara.
Sekiranya ada yang berminat untuk turut serta membantu barisan Exco dalam melaksanakan agenda organisasi, bolehlah menghubungi Exco Jalinan Strategik/Alumni 2 Saudara Mohd Fadli bin Rashid di talian 011-2122 4154.
15/03/2026
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA) Cawangan Muar 2025 telah berlangsung dengan jayanya di IL Sains Ibnu Hayyan MRSM Muar, dan dihadiri oleh kira-kira 61 ahli.
MAT 2025 kali ini turut menyaksikan pemilihan barisan Jawatankuasa Tertinggi ANSARA Muar bagi sesi 2026β2028, melibatkan empat jawatan utama iaitu Ketua Cawangan, Timbalan Ketua Cawangan, Bendahari dan Timbalan Setiausaha. Jawatan Setiausaha p**a dilantik oleh Ketua Cawangan yang baru.
Keputusan rasmi pemilihan adalah seperti berikut:
Ketua Cawangan: Encik Kamarul Zaki bin Kalip @ Khalid (SPM 1998)
Timbalan Ketua Cawangan: Encik Ahmad Luthfi bin Musa (SPM 1999)
Bendahari: Encik Zamzuri bin Ibrahim (SPM 1991)
Setiausaha: Encik Radzie Ieskandaar bin Masiman (SPM 1998)
Timbalan Setiausaha: Puan Nur Fathiha binti Mohd Sumery (SPM 2009)
ANSARA Muar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan baharu yang telah dipilih. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, keikhlasan, dan semangat berpasukan demi memastikan kelangsungan kecemerlangan ANSARA Muar.
Penghargaan yang tidak terhingga turut diberikan kepada kepimpinan sesi 2024β2026 atas segala usaha, komitmen dan pengorbanan mereka dalam mengemudi organisasi. Sumbangan yang telah dicurahkan menjadi asas kukuh kepada kesinambungan perjuangan ANSARA Muar.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Ahli Jawatankuasa MAT 2025 yang telah bertungkus-lumus menjayakan penganjuran kali ini. Semangat kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan menjadi bukti kekuatan persaudaraan dalam kalangan warga ANSARA Muar.
Tidak dilupakan, penghargaan kepada semua ahli ANSARA Muar yang hadir dan memberikan sokongan padu sepanjang MAT 2025 berlangsung. Kehadiran anda mencerminkan rasa tanggungjawab bersama dalam menentukan hala tuju organisasi serta memperkukuh semangat kebersamaan.
Dengan semangat baharu yang dibawa oleh kepimpinan kali ini, diharapkan ANSARA Muar terus berkembang sebagai wadah penyatuan bekas pelajar MRSM Muar. Semoga setiap ahli dapat terus menyumbang tenaga, masa, dan idea demi memperkukuh legasi serta mengangkat martabat persaudaraan yang telah lama terjalin.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
MRSM Muar
Muar
84200