My Sanna Tea

My Sanna Tea

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from My Sanna Tea, Health/Beauty, Parit Kassim, Jalan Temenggong Ahmad, Muar.

06/03/2021

بِسْــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Seumur Hidup Rasulullah SAW Hanya 2 Kali Sakit, Apakah Rahsianya??

Mengapa Rasulullah SAW jarang sakit?
Pertanyaan ini menarik untuk dikemukakan. Seperti apa gaya hidup sihat Baginda SAW?

Secara lahiriah,
Rasulullah SAW jarang sakit karena mampu mencegah hal-hal yang berpotensi mendatangkan penyakit. Dikatakan, selama hidupnya Rasulullah SAW hanya sakit dua kali.

Sakit pertama Rasulullah SAW
iaitu setelah menerima wahyu pertama, ketika itu Baginda mengalami demam hebat.
Kemudian,
sewaktu menjelang beliau wafat. Saat itu Baginda mengalami sakit tenat, hingga akhirnya Baginda SAW wafat.

Hal ini memperjelas gambaran bahawa Baginda SAW memiliki fisik sihat dan daya tahan luar biasa. Ini adalah disebabkan Rasulullah SAW sebenarnya sangat menekankan aspek pencegahan daripada pengobatan. Jika kita telaah Alquran dan Sunah, maka kita akan menemukan sekian banyak petunjuk yang mengarah pada upaya pencegahan. Hal ini menunjukan betapa Rasulullah sangat peduli terhadap kesihatan.

Di dalam Shahih Bukhari saja tak kurang dari 80 hadith yang membicarakan hal ini. Belum lagi yang tersebar luas dalam kitab Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Tirmidzi, Baihaqi, Ahmad, dsb...

Ada beberapa kebiasaan positif yang membuat Rasulullah SAW selalu tampil fit dan jarang sakit...

Pertama sekali, Baginda SAW selektif terhadap makanan. Tidak ada makanan yang masuk ke mulut Baginda, kecuali makanan tersebut memenuhi syarat halal dan thayyib (baik).

Keduanya, Baginda SAW menggariskan kapasiti perut dibahagi kepada 3 bahagian, iaitu 1/3 untuk makanan (zat padat), 1/3 untuk minuman (zat cair), dan 1/3 lagi untuk udara (gas).

Disabdakan :
"Anak Adam tidak memenuhkan suatu tempat yang lebih jelek dari perutnya. Cukuplah bagi mereka beberapa suap yang dapat memfungsikan tubuhnya. Kalau tidak ditemukan jalan lain, maka (ia dapat mengisi perutnya) dengan sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiganya lagi untuk pernafasan.”
(HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Ketiganya, Baginda SAW istiqamah melakukan puasa Sunat di luar puasa Ramadan. Kerana itu, kita disunatkan mengamal beberapa puasa Sunah yang beliau anjurkan, seperti Isnin-Khamis setiap minggu, Ayyamul Bidh (puasa putih) 13, 14, 15 setiap bulan, puasa Nabi Daud selang satu hari, puasa enam hari di bulan Syawal, dsb...

Rasullah SAW adalah ma**sia teladan yang membawa integriti Islam dengan menyentuh seluruh aspek kehidupan. Teladan baginda ini berkaitan dengan pelbagai perkara termasuklah sesuatu yang mungkin kelihatan remeh iaitu pemakanan.

Kebanyakan ma**sia mendapat penyakit disebabkan oleh corak / pola pemakanan yang salah dan kurang pengetahuan mengenai pemakanan sihat.

TAHUKAH ANDA??
90% PENYAKIT BERPUNCA ADALAH DARI PERUT/USUS

Sabda Rasulullah SAW:
“Sumber dari pada penyakit adalah perut. Perut adalah kilang penyakit dan berpuasa itu adalah ubat”
[HR. Muslim]

Hal ini dibukti oleh para saintis :

🔹 “Parasit hidup membiak pada sistem perut yang kotor”
[Dr. Robert Gray USA]

🔹 “Penyebab segala penyakit adalah berpunca dari makanan yang kita makan mengandungi racun/toksid (e.g.pesticide/ hormon/ formalin/ pengawet) Toksin/racun ini menyebabkan rosaknya sel tisu sehingga terjangkiti bakteria”
[Dr. Henry B Beley. USA]

🔹 “Cuci usus akan menghilangkan sembelit, rasa lesu, penyakit lemah pencernaan, sakit sendi, sakit pinggang, peru kembung, kencing manis dan lain-lain”
[Dr. Norman Walker, Dsc, Phd. USA]

Sejarah Teh Sanna :

Tahukah anda sejak beribu tahun dahulu dan sehingga kini kaum lelaki dan wanita Arab mengamalkan meminum teh dari daun Sanna untuk tujuan kesihatan dan melangsingkan badan. Selain itu, Teh daun sanna ini juga membantu mengempiskan perut.

Senna Mecca atau daun Jati Cina (nama saintifik: Cassia Angustifolia) merupakan daun herba yang mempunyai nilai-nilai perubatan yang tinggi bagi masyrakat Arab sejak kurun ke-9. Sanna digunakan untuk mencuci system usus kecil dan besar dari kotoran dan lemak, serta membuang toksin dalam perut melalui sistem pelawasan. Kegunaan Sanna telah dicatat didalam kitab perubatan Ayurveda dan perubatan tradisional Cina memanggilnya sebagai “Fan Xie Yie”. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Sanna antara herba perubatan terpenting yang sangat berkesan dan selamat untuk sistem kesihatan.

Variasi nama Sanna mengikut negara :

Arab : Senna Mecca.
Mesir : Senna Alexandrina.
Chinese : Fan Xie Yie
Latin : Cassia Obovata.
Melayu : Jati Cina.
Hindi : Sennai.

Senna, Cassia angustifolia, dikenali dengan nama Senna Mesir. Merupakan spesies dari keluarga Leguminaceae, senna adalah tumbuhan yang renek dan telah digunakan selama berabad-abad lamanya di Timur dan Barat sebagai pencahar. Herba sanna diperkenalkan oleh doktor Arab yang berkhidmat dengan khalifah di Baghdad pada kurun ke-9 masihi. Herba ini merupakan herba terpenting dalam perubatan Yunani, perubatan traditional Cina dan perubatan traditional India (Ayurvedic). Masyarakat Afrika Utara dan juga barat daya Asia menggunakan Sanna sebagai herba pelawasan (laxative) bagi mencuci usus perut. Selain itu, daun Sanna boleh digunakan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, kurap dan juga jerawat.

Herba sanna berdaftar secara rasmi di British Pharmacopoeia (merupakan buku rasmi dalam bidang farmasi yang mengandungi penggunaan dan tatacara/guna herba) dan United States Pharmacopoeia. Tambahan, herba ini adalah salah satu daripada herba yang diluluskan oleh “Food and Drug Administration” Amerika sebagai dan menjadi herba yang paling banyak digunakan di Amerika terutama dalam “minuman pelangsing”, “minuman kurus” dan “minuman untuk detoksifikasi”. Di Jerman, daun dan buah Senna merupakan ubat standard, di German Pharmacopoeia dan diterima di Commission E monographs.

*Tamadun Islam – Perubatan Islam*

Dari Abdullah bin Amru, Rasulullah ﷺ bersabda :
عَلَيْكُمْ بِالسَّنَى وَالسَّنُّوتِ فَإِنَّ فِيهِمَا شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا السَّامَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا السَّامُ قَالَ الْمَوْتُ
Maksudnya :
"Hendaknya kalian menggunakan pohon sanaa (sejenis pohon yang di gunakan untuk ubat) dan sanuut (madu atau sari buah yang kental), kerana keduanya mengandung penawar dari semua penyakit, kecuali As Saam." Beliau ditanya, "Wahai Rasulullah, apakah As Saam itu?" beliau menjawab: "Kematian."
[HR Ibnu Majah no.3448, disahihkan oleh Syeikh al-Albani]

Dari Asma binti Umais r.a. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :
سَأَلَهَا بِمَ تَسْتَمْشِينَ قَالَتْ بِالشُّبْرُمِ قَالَ حَارٌّ جَارٌّ قَالَتْ ثُمَّ اسْتَمْشَيْتُ بِالسَّنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّ شَيْئًا كَانَ فِيهِ شِفَاءٌ مِنْ الْمَوْتِ لَكَانَ فِي السَّنَا
Maksudnya :
"Dengan ubat apakah engkau merawat sakit perut ?" Asma' menjawab, "Dengan Syubrum." Beliau bersabda: "Sungguh itu ubat yang sangat panas." Asma' berkata; Setelah itu akau meminum as-sanaa, lantas Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika ada ubat yang dapat mencegah dari kematian tentu itu adalah as-sanaa."
[HR. Tirmidzi no.2007. Imam Tirmidzi berkata hadith ini hasan gharib. Syeikh al-Albani p**a dalam takhrij sunan Tirmidzi menilai hadith ini dhaif].

Rasulullah ﷺ bersabda :
“Seandainya ada ubat penawar kematian itulah Sanna, sesuatu yang lembut dan menyenangkan”
[HR Assayuti]

Rasulullah ﷺ bersabda :
“Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.”
[HR Ahmad]

Rasulullah ﷺ bersabda
“Perut ma**sia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan”
[Riwayat Ad-Dailami]

Manakala Imam Al-Ghazali RA dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din menegaskan bahawa:
"Perut itu pada hakikatnya adalah sumber segala nafsu syahwat dan tempat tumbuhnya segala penyakit dan bencana."

Teh Sanna atau Sanna Makkah adalah minuman yang mengandungi nilai-nilai perubatan tinggi.

Tamadun India – Perubatan Ayurvedic :

Herba ini dikenali dengan nama “Swarnapatri” dalam bahasa Sanskrit. Senna digunakan sebagai salah satu herba pelawasan yang paling efektif dan berkesan. Herba ini juga digunakan sebagai pembersih darah, melegakan sembelit dan merawat penyakit kulit.

Tamadun Cina – Perubatan Traditional Cina :

Herba ini dikenali dengan nama “Fan Xie Yie”. Sanna banyak ditanam dikawasan Guandong, Guanxi dan Yunnan. Digunakan untuk merawat sembelit, mengurangkan pengump**an haba dalam usus besar dan membaiki penghadaman.

Khasiat Teh Sanna :

• Mengempiskan Perut.
• Melangsingkan Badan.
• Membuang Lemak.
• Mencuci Kerak Usus.
• Membunuh virus dalam badan (Antibiotics)
• Merawat Sembelit
• Merawat Gastrik.
• Merawat Kencing Manis.
• Membersih Darah Kotor.
• Membuang Toksin.
• Mengatasi Masalah Gout.
• Mengurangkan Kolesterol.
• Mengawal Tekanan Darah.
• Melancar Peredaran Darah
• Menambahkan susu badan
• Melancarkan haid wanita

Kelebihan Teh Sanna :

• Masalah sembelit akan hilang
• Pembuangan air besar lancar, tidak memulas seperti sesetengah produk detox lain.
• Badan akan rasa ringan, berat badan makin berkurangan
• Bersifat antibiotics serta boleh membunuh virus didalam badan
• Badan mudah berpeluh kerana itu adalah proses pembuangan toksin dan air berlebihan dalam badan
• Membersihkan kerak usus anda.
• Menghapuskan cacing-cacing dalam perut anda
• Daun senna dapat membersihkan kotoran dan sisa-sisa kotoran, lemak serta racun dalam badan melalui pembuangan air besar.
• Berkhasiat dalam meningkatkan metabolisma dalam membantu proses pembuangan kotoran dalam tubuh terutamanya perut.
• Sangat baik untuk mengatasi sembelit.
• Mampu mengatasi buasir yang membengkak pada bahagian a**s.
• Untuk mengubati cacing keremi pada anak-anak atau dewasa.
• Melunturkan atau mencairkan lemak dalam tubuh dan mengurangkan kolesterol.
• Melangsingkan badan kerana lemak dilarutkan dan dibuang ketika buang air besar dan air kecil dan juga ketika berpeluh.
• Membersihkn usus agar dapat menyerap zat makanan dengan baik.
• Memudahkan badan untuk berpeluh bagi proses membuang toksin dalam badan.
• Daun senna ini tidak menyebabkan perut pedih atau memulas seperti produk detox lain, pembuangan air besar berlaku seperti biasa.

Healing Crysis :

Setiap pengambilan apa pun herba akan ada Healing Crysis bukannya Side Effect. Healing Crysis bermaksud ketidakselesaan dalam proses penyembuhan, bukannya Kesan Sampingan.

Antara Healing Crysis pengambilannya adalah jika usus perut bermasalah anda akan mengalami cirit birit, namun tidak semua orang begitu. Ianya tergantung tahap kesihatan sesaorang. Ini hanya adalah kesan di awal pengambilan yang bersifat sementara sahaja semasa proses mencuci dan menyingkirkan toksin, lemak, kolestrol dsb didalam perut atau pada dinding usus kecil & besar.

Sesungguhnya berusaha menjaga kesihatan dan merawat sakit untuk kesembuhan adalah dituntut. Apapun segala kesembuhan adalah dengan izin Allah ﷻ Yang Maha Pemberi Bekas (kesembuhan) إِنْ شَاءَ اللّهُ

Selamat mencuba cuci usus perut/usus dengan meminum "Teh Sanna"

ﻭَﺍللَّهُ تَعَالَىﺃﻋﻠَﻢ ﺑِﺎﻟﺼَّﻮَﺍﺏ

ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

اَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنَ ٱلشَّيْطَانِ ٱلرَّجِيْمِ،
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيْمِ،
ٱلْحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِيْنَ، حَمْدًا يُوَافِىْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ، يَارَبَّنَا لَكَ ٱلْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
“Tuhanku, aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahwa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.”
اَللهُمَّ اِنَّا أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu "Al-'Afiyah" di Dunia dan di Akhirat"
اللَّهُمَّ اشْفِ مَرْضَانَا وَعَافِ مُبْتَلَانَا
“Ya Allah! Sembuhlah orang sakit di kalangan kami. Afiatkanlah orang yang diuji di kalangan kami"
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ
سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ
وَالحَمدُ للهِ رَبِّ العَلَمِينَ
اَللّهُمَّ ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ‎🤲

سِیۡرُوۡا عَلىَ بَارَكَةِ اللَّهِ
"Berjalanlah diatas keberkatan Allah"

31/07/2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🕋 *سَلاَمْ عِيْدُ اْلأضْحَى* 🕌
🙋🏻‍♂️ *معاف ظاهير دان باتين*🤝

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
مِنَّا وَ مِنْكُمْ تَقَبَّلْ يَا كَرِيْمِ
"Mudah-mudahan Allah menerima amal ibadah kami dan kalian, terimalah Ya Yang Maha Mulia".
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ
وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
اَللّهُمَّ َآمِيْن يَا مُجِيبَ السَّائِلِينَ🤲

سِیۡرُوۡا عَلىَ بَارَكَةِ اللَّهِ
"Berjalanlah diatas keberkatan Allah"

{ MY SANNA TEA }

Photos from My Sanna Tea's post 25/11/2019

T.kaseh Tn Johan sudi mencuba Teh Sanna.
Semoga Tn sekeluarga dianugerah kesihatan yg baik.

Siapa berminat Teh Sanna,
Bolehlah dapatkan dari kami.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Parit Kassim, Jalan Temenggong Ahmad
Muar