Mayyababy Muar

Mayyababy Muar

Share

Mayyababy cream

Photos from Mayyababy Muar's post 21/06/2021
Photos from Mayyababy Muar's post 23/02/2021

Jika anak terjatuh dan terhantuk kepala ada beberapa perkara yang ibubapa perlu periksa pada anak. Mohon ingat perkara-perkara ini dengan baik.

1. Lebam/lebam: Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.

2. Luka: Cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.

3. Retak: jika ada nampak keganjilan dalam bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.

4. Menangis tak henti: Kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.

5. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.

6. Pengsan: Bawa jumpa doktor.

7. Muntah: Muntah-muntah ini boleh disebabkan kerana tekanan dalam otak meningkat. Bawa jumpa doktor.

8. Sawan: Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dll. Salah satu simptom ini berlaku, jumpa doktor.

23/02/2021

Mak-mak pasti risau jika anak kecil kita demam panas bukan? Dalam musim Covid19 ini, lagilah kita nak mengelak. Tetapi jika anak meningkat suhu, jangan khuatir. 🤚🏻

Ini mungkin tips yang kalian boleh guna.

1. Lap dan basahkan badan anak kalian dengan lebih kerap. Bila Reni ke hospital satu waktu dulu, doktor pasti menyuruh mandikan anak di bilik air yang disedikan sebelum mengambil suhu.

2. Ini tips orang tua yang sentiasa diamalkan. Lap menggunakan air asam.

3. Basahkan badan anak dengan menggunakan perahan air daun bunga raya. Yang ini agak rare, tetapi boleh dicuba kerana itu petua orang-orang tua terdahulu.

4. Pastikan anak tidur. Buat mereka selesa sehingga tertidur kerana tidur yang cukup membantu anak-anak lekas sihat.

5. Boleh berikan anak panadol syrup dan jika ada ubat yang dimasukkan ke dalam dubur, biasanya membantu memulihkan kesihatan anak.

Jika setelah beberapa hari masih belum kebah, bawa anak segera ke klinik atau hospital berdekatan. Usah beramai-ramai dalam situasi Covid19 sekarang ye!

Please be extra careful on our health ye Mayya-angels sekalian! ❤️✨

23/02/2021

Azalinya, sedari kita kecil, dan membawa ke besar, banyak benar pilihan produk penjagaan bayi yang kita boleh pilih di farmasi dan sebagainya.

Dari bedak, ke lotion, sabun basuh baju untuk bayi, dan pelbagai lagi. Dan kita pilih ikut apa yang kita rasa semuanya sesuai untuk siapa-siapa sahaja yang memerlukan.

Bila saya sendiri dah mempunyai keluarga dan anak, dan melihat banyaknya masalah ibubapa diluar sana dalam nak memilih produk untuk bayi dan anak-anak yang mempunyai masalah kulit, baru saya tahu ada kekosongan yang perlu saya isi.

1. Produk Mayyababy menggunakan bahan-bahan yang terjamin kualiti menggunakan bahan yang terbaik dan selamat untuk anak-anak bermula newborn sehingga dewasa.

2. Mempunyai tanda logo HALAL, tarikh luput dan no siri untuk setiap botol produk Mayyababy.

3. Diiktiraf oleh majalah Pa & Ma sebagai pilihan PERTAMA ibubapa diluar sana.

4. Sesuai untuk anak-anak yang mengalami hidung berair, berkahak, kulit sensitif, anak yang meragam tak selesa, untuk yang mengalami perut tak selesa dan kena gigitan serangga.
5. Telah melalui lab test dan proses RND yang lama dan panjang sebelum saya yakin produk ini sesuai untuk dipasarkan kepada ramai orang.

Dan untuk pengetahun semua, sebelum pandemik melanda, beberapa syarikat diluar dari Malaysia telah pun berminat untuk membawa Mayyababy ke negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan negara Asia yang lain kerana yakin produk Mayyababy sangat berkualiti.
Alhamdulillah Mayya Baby telah menembusi Pasaran Brunei dan Singapura.
InsyaAllah, doakan Mayyababy akan terus berkembang dan seterusnya membantu ibubapa diluar mendapat rangkaian produk bayi yang terbaik dan selamat.

Yang berminat untuk mencuba kehebatan produk-produk penjagaan Mayya Baby boleh hubungi sye cepat. 😉

23/02/2021

6 hari sapu Mayya Baby Cream pada kulit baby bermasalah, terus kulit baby jadi gebu cantik tidak berkerak lagi. Sebelum ni kulit baby kering dan berkerak, hanya dengan sapuan Baby Cream je kulit beransur pulih.

Jom cuba Mayya Baby Cream sekarang!

23/02/2021

Alhamdulillah, dalam masa seminggu je sapu Mayya Baby Cream, eczema pada anak puan ni dah pulih. Merah-merah pada kulit terus hilang. Terima kasih kerana jadikan Mayya Baby Cream sebagai pilihan.

Hanya yang terbaik dari Mayya Baby.

Want your business to be the top-listed Shop in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Muar