DOSM FC
dosm
WE ARE THE CHAMPIONS!!!!!! 🔥🏆
TODAY 13 SEPTEMBER 2025
TARIKH KERAMAT YANG AKAN DIUKIR DALAM SEJARAH DOSM HQ.
Keputusan Penuh:
DOSM HQ 0 – 0 DOSM UTARA
Sepakan Penalti: 4 – 3
Akhirnya… selesai sudah perlawanan akhir yang ditunggu-tunggu. Bukan sekadar perlawanan, tetapi medan perjuangan, pentas maruah, dan gelanggang impian. Dalam debaran yang menggigit jiwa, impian untuk bergelar juara hampir terkubur. Namun, seperti “pahlawan terakhir yang tidak gentar menentang badai,” sepakan penentu yang diambil oleh Kapten Pasukan menjadi noktah kemenangan yang menggegar jiwa. DOSM HQ kini bergelar JUARA BOLA SEPAK SUKAN STATISTIK KEBANGSAAN 2025!
Syabas dan tahniah kepada semua pemain yang telah memberikan 110% komitmen, dari titik peluh di padang, wang ringgit yang dikorbankan, masa yang dicuri dari keluarga, hingga tenaga yang dicurahkan tanpa jemu. Anda bukan sekadar bermain bola, anda semua menulis sejarah.
Tidak dilupakan, kejayaan ini adalah hadiah buat sahabat kita yang tidak dapat bersama kerana kecederaan dan penggantungan. “Walau jasad tidak di padang, semangatmu tetap berlari bersama kami.”
Akhir kata, saya mewakili seluruh pasukan dan pengurusan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kejohanan. Semoga ukhwah yang terjalin terus kukuh seperti akar yang mencengkam bumi.
Play as a team HQ!!! Boleh.. Boleh.. Boleh.. Anda Buat, Anda Dapat!
Throwback game last week!!!
Ribuan terima kasih di atas jemputan tersebut. Beberapa wakil pemain dari DOSM FC telah menyertai untuk pasukan Kementerian Ekonomi selaku tuan rumah. Tahun ni kita amik balik kejuaraan tersebut, setelah gagal pada 2 tahun lepas.
12/06/2025
Minggu ini kita sambung lagi dgn perlawanan persahabatan dgn keadaan cuaca yg panas terik. Pertembungan bersama antara Dosm fc vs Kementerian Ekonomi demi mengeratkan silaturahim bersama. keputusan perlawanan berpihak kepada pasukan Dosm fc.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain yg hadir pd petang ini dan sentiasa memberi komitmen yg tggi kpd pasukan serta mengekalkan tempoh permainan seperti biasa. Well done guys see you soon next game 👍👍💪💪
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Muar