SM Sains Muar

SM Sains Muar

Share

Sekolah Berasrama Penuh, KPM Sekolah ini ditubuhkan pada 31 Mei 1983 di kawasan seluas 42 ekar. Pada 1990 sekolah ini mempunyai tingkatan IV dan V sahaja.

Photos from SM Sains Muar's post 10/04/2026

MALAM TAUTAN KASIH 2026

Tarikh: 3/4/2026

Satu malam penuh ukhuwah, gelak tawa, dan kenangan indah bersama warga SM Sains Muar.
Semoga tautan kasih ini terus mekar, mengeratkan silaturahim dan menyemai semangat kebersamaan. 💫

Photos from SM Sains Muar's post 16/03/2026

PENYERAHAN BAKUL KASIH RAMADHAN

Tarikh: 16/3/2026

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung majlis Penyerahan Bakul Kasih Ramadhan kepada para Pekerja Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) serta Pengawal Keselamatan di SM Sains Muar.

Sumbangan ini merupakan tanda penghargaan dan keprihatinan warga sekolah terhadap jasa dan pengorbanan mereka yang sentiasa memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat dan kondusif untuk semua.

Semoga sumbangan kecil ini dapat menceriakan mereka dalam menyambut bulan yang penuh keberkatan ini. Diharapkan juga ia dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga SM Sains Muar.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan ini diberkati dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Photos from SM Sains Muar's post 16/03/2026

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN
BUBUR LAMBUK PERDANA

Tarikh: 12/03/2026

Ramadhan bulan keberkatan,
Rezeki yang ada dikongsi bersama rakan dan taulan.

Alhamdulillah, gotong royong memasak bubur lambuk perdana bersama warga SAMURA berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dari segi tenaga, duit dan sebagainya. Semoga Allah menganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran🤲🏻.

Photos from SM Sains Muar's post 11/03/2026

MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN

Tarikh: 27/2/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan SM Sains Muar sebagai tanda permulaan program-program penghayatan Ramadhan di sekolah.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita semua meningkatkan keimanan, memperbanyakkan amal ibadah serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan Ramadhan dengan hati yang ikhlas dan penuh keinsafan. 🌙

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


SM Sains Muar, Tanjung Agas, Tangkak
Muar
84900