FTK UTHM
Faculty of Engineering Technology (FTK) in Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) was established on July 2012.
09/06/2026
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗟𝗠𝗨 (𝗞𝗧𝗣): 𝗗𝗘𝗠𝗢𝗡𝗦𝗧𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗗𝗨𝗞 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗩𝗢𝗞𝗔𝗦𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗔𝗚𝗢𝗛
9 Jun 2026 - Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima kunjungan daripada delegasi Kolej Vokasional Pagoh sempena 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 (𝗞𝗧𝗣): 𝗗𝗲𝗺𝗼𝗻𝘀𝘁𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗧𝗩𝗘𝗧 yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di FTK, UTHM. Terima Kasih kepada 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗼𝗿 𝗗𝗿 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗠𝘂𝘁𝗮𝗹𝗶𝗯 𝗯𝗶𝗻 𝗟𝗲𝗺𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗣𝗿𝗼𝘃𝗼𝘀𝘁, UTHM Kampus Cawangan Pagoh, kerana turut meraikan kehadiran pihak Kolej Vokasional Pagoh.
Program ini telah dihadiri oleh 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗩𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗣𝗮𝗴𝗼𝗵, 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗡𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗦𝗵𝗮𝗺𝘀𝘂𝗹 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝘇𝗺𝗶 bersama para pensyarah dan pelajar KV Pagoh. Turut hadir ialah 𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗧𝘀. 𝗗𝗿. 𝗡𝗼𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗿𝘀𝗶, 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗸𝗮𝗻 (𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻, 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗯𝗶𝘁𝗮𝗻), serta staf Fakulti Teknologi Kejuruteraan yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Antara pengisian utama program ialah sesi pembentangan pengenalan yang melibatkan:
🔹 Sesi Pembentangan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), UTHM
yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Noraini binti Marsi
🔹 Sesi Pengenalan Kolej Vokasional Pagoh
yang disampaikan oleh Encik Nik Mohd Shamsul bin Azmi
Perbincangan turut dihadiri oleh Dr. Shahidah binti Md.Nor, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) berkongsi berkaitan fasiliti yang terdapat di FoodTech yang berkaitan dengan program KV Pagoh iaitu Program Seni Kulinari dan Program Bakeri dan Pastri.
🔹 Sesi Demonstrasi Pembangunan Inovasi Produk TVET
yang memberi peluang kepada peserta untuk melihat aplikasi teknologi dan inovasi secara langsung melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman
Seterusnya, program diteruskan dengan sesi demonstrasi berfokus yang dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu:
🔹 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗼𝘀𝗺𝗲𝘁𝗶𝗸
Penceramah:
a) Prof. Ts. Dr. Angzass Sari binti Mohd Kassim
b) Prof. Madya Ts. Dr. Noor Akhmazillah binti Mohd Fauzi
c) Ts. Dr. Siti Aishah binti Mansur
d) Ts. Dr. Nor Faizah binti Razali
e) Ts. Dr. Aliff Hisyam bin A Razak
Fasilitator:
f)Ts. Noor Aminadia binti Baharuddin
g)Puan Nur Farrah Ain binti SM Bakri
🔹 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗲𝗻𝗶 𝗕𝗶𝗻𝗮 𝗟𝗮𝗻𝗱𝘀𝗸𝗮𝗽
Penceramah:
a) Ir. Ts. Dr. Mohamad Hairi bin Osman
b) Ts. Dr. Wan Amizah binti Wan Jusoh
c) Ts. Mohd Fahm bin Abdul Rahman
d) Ts. Syed Mohd Fareed bin Syed Zin
Fasilitator:
e)Puan Nadia binti Kasim
f)Puan Faeqatul Nabila binti Zubir
🔹 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻
(𝗦𝗲𝗻𝘀𝗼𝗿 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻)
Penceramah:
(a) Ts. Dr. Muhammad Rusydi bin Muhammad Razif (sensor penanaman)
Fasilitator: Encik Muhammad Haziq Azwan bin Reduan
(𝗡𝗼𝗻𝘄𝗼𝘃𝗲𝗻 𝗣𝗼𝗹𝘆𝘁𝗲𝘅 - 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻)
Penceramah:
Prof. Madya Ts. Dr. Noraini binti Marsi
Fasilitator:
(a) Encik Ahmad Yazid bin Buang
(b) Tc. Mohd Sahrill bin Wagiman
Setiap kumpulan telah mengikuti aktiviti demonstrasi secara hands-on di lokasi dan makmal yang telah ditetapkan, sekali gus memberi pendedahan kepada peserta terhadap pembangunan produk inovatif serta aplikasi sebenar dalam bidang TVET.
Melalui program ini, diharapkan hubungan kerjasama antara UTHM dan Kolej Vokasional Pagoh dapat terus diperkukuhkan melalui perkongsian ilmu, pemindahan teknologi dan pembangunan inovasi. Inisiatif sebegini juga diharap dapat menyemai budaya penyelidikan, inovasi dan keusahawanan dalam kalangan pelajar serta tenaga pengajar bagi melahirkan modal insan TVET yang berdaya saing dan berimpak tinggi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Telephone
Website
Address
Jalan Panchor
Muar
84600
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 17:00 |
| Sunday | 08:30 - 17:00 |