PKMD MUAR
WISMA KEBAJIKAN, JALAN OTHMAN, 84000 , MUAR , JOHOR
26/02/2026
LAPORAN BERGAMBAR
OPERASI BAZAR RAMADAN 2026
๐
Tarikh: 25 Februari 2026
๐ Masa: 4.30 Petang โ 8.00 Malam
๐ฎโโ๏ธ Penganjur: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar
๐ Jenis Operasi: Berkala
๐ค Agensi Terlibat: Tiada
๐ Lokasi Operasi:
* Tapak Bazar Pekan Baru Parit Yusof
* Tapak Bazar Parit Jawa
๐ฏ Tujuan Operasi
Operasi berkala dilaksanakan bagi tujuan pemantauan dan pengesanan aktiviti pengemisan serta gelandangan di kawasan tumpuan awam sepanjang Bazar Ramadan.
โ
Tindakan
Tiada tindakan diambil, keadaan adalah terkawal dan berada dalam pemantauan pihak JKM.
Disediakan Oleh:
Bahagian Penguatkuasa Pejabat Kebajikan Daerah Muar
JOHOR
Khairin-Nisa Ismail
26/02/2026
LAPORAN BERGAMBAR
OPERASI BAZAR RAMADAN 2026
๐
Tarikh: 25 Februari 2026
๐ Masa: 4.30 Petang โ 8.00 Malam
๐ฎโโ๏ธ Penganjur: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar
๐ Jenis Operasi: Berkala
๐ค Agensi Terlibat: Tiada
๐ Lokasi Operasi:
* Tapak Bazar Ramadhan Kg Kenangan, Bakri Muar.
๐ฏ Tujuan Operasi
Operasi berkala dilaksanakan bagi tujuan pemantauan dan pengesanan aktiviti pengemisan serta gelandangan di kawasan tumpuan awam sepanjang Bazar Ramadan.
โ
Tindakan
Tiada tindakan diambil, keadaan adalah terkawal dan berada dalam pemantauan pihak JKM.
Disediakan Oleh:
Bahagian Penguatkuasa Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar
JOHOR
06/12/2025
TikTok ยท PKMD MUAR Check out PKMD MUARโs video.
15/05/2025
15 Mei 2025 | Khamis
LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI JOHOR KE PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH MUAR
Pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar amat berbesar hati menerima kunjungan YBrs. Tuan Haji Ahmad bin Hashim, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor.
Lawatan beliau bermula pada jam 9.00 pagi dengan melihat kaunter perkhidmatan PKMD Muar serta ruang kerja pegawai dibahagian operasi dan juga pengurusan pentadbiran. Beliau turut berkesempatan berbual dengan beberapa orang klien yang sedang mendapatkan perkhidmatan jabatan.
Taklimat perkhidmatan PKMD Muar telah disampaikan oleh Puan Noor Azliza binti Ismail, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Muar yang turut disertai oleh semua kakitangan. Usai taklimat, Tuan Pengarah telah memberikan beberapa teguran serta cadangan penambahbaikan kepada semua kakitangan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan jabatan dapat dilaksanakan dengan baik serta memberi manfaat khususnya kepada klien jabatan.
Sesi lawatan berakhir pada jam 11.00.
Terima kasih Tuan
Khairin-Nisa Ismail
JKM Negeri Johor - JKMNJ
25/04/2025
24 April 2025 | Khamis
MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN KHAS RAYA AIDILFITRI YAB MENTERI BESAR JOHOR KEPADA KAKITANGAN JKM NEGERI JOHOR 2025
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar amat bersyukur atas sumbangan Bantuan Khas Raya Aildilfitri yang diberikan kepada kakitangan jabatan.
Majlis penyerahan yang berlangsung di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar telah disempurnakan oleh EXCO Angkat Daerah Muar, YB Ir Ts Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pasir selaku wakil kepada YAB Menteri Besar Johor.
Seramai 38 orang kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar telah menerima sumbangan diwakili oleh setiap ketua unit.
Terima kasih kerajaan Negeri Johor
Terima kasih YAB Menteri Besar Johor
Terima kasih YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor
Onn Hafiz Ghazi
Khairin-Nisa Ismail
JKM Negeri Johor - JKMNJ
25/02/2025
25 Februari 2025 | Selasa | Muar
Majlis Perjumpaan Pegawai Daerah Muar bersama Kakitangan Awam Daerah Muar dan Pelancaran Kempen Muar Bebas Jenayah Siber
Pelancaran kempen disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Zainal bin Eran, Pegawai Daerah Muar.
Bacaan ikrar penjawat awam turut disempurnakan diketuai oleh YBrs Tuan Haji Norrizam bin Muhammad, YDP Majlis Perbandaran Muar manakala ikrar kakitangan berkenaan Akta Rahsia Rasmi 1972 diketuai oleh YBrs. Encik Hisam bin Said, Pentadbir Tanah Muar.
Pegawai daerah Muar dan Pentadbir Tanah Muar telah menandatangani perakuan penjawat awam berkenaan Akta Rahsia Rasmi 1972 sebagai simbolik mewakili semua kakitangan awam daerah Muar.
Sijil Penghargaan Agensi Terbaik Daerah Muar 2024 turut disampaikan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar dan beberapa agensi lain.
Khairin-Nisa Ismail
JKM Negeri Johor - JKMNJ
Jabatan Kebajikan Masyarakat
24/02/2025
24 Februari 2025 | Isnin
Lawatan Penyerahan Kurniaan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi bulan Februari 2025
Kurniaan disampaikan oleh YBrs Tn Haji Zainal bin Eran, Pegawai Daerah Muar. Turut bersama adalah wakil Majlis Agama Islam Daerah Muar, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar, penghulu dan ketua kampung.
Lawatan kali ini melibatkan mukim Air Hitam, mukim Jorak/Pagoh dan mukim Jorak/Panchor.
Khairin-Nisa Ismail
JKM Negeri Johor - JKMNJ
24/02/2025
21 Februari 2025 | Jumaat
Mesyuarat Pengurusan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar Bil.4 Tahun 2024
Mesyuarat diadakan bagi membentangkan pencapaian setiap unit dalam perkhidmatan jabatan peringkat daerah bagi tahun 2024 serta membincangkan perancangan program serta aktiviti bagi tahun 2025.
JKM Negeri Johor - JKMNJ
18/02/2025
18 Februari 2025 | Selasa
Lawatan Home Visit Yayasan Tengku Laksamana Johor ke rumah 5 orang pesakit kanser di sekitar Daerah Muar.
Lawatan turut disertai oleh Pejabat Daerah Muar, Majlis Agama Islam Johor Daerah Muar dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar.
JKM melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar telah menyerahkan Borang Permohonan Bantuan Kewangan Bulanan kepada pesakit kanser/waris bagi pertimbangan bantuan yang layak dan bersesuaian dengan keperluan semasa pesakit serta keluarga.
Lawatan berakhir pada jam 12.30 tengahari
Khairin-Nisa Ismail
JKM Negeri Johor - JKMNJ
07/02/2025
7 Februari 2025 | Jumaat
PKMD Muar - Sesi perbincangan berkaitan projek Economic Empowerment Programme (EPP) PDK bersama PDK Lenga dan PDK Nur Zaharah Muar ini membincangkan hala tuju dan perancangan PDK bagi menyediakan program-program penjanaan ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada pelatih PDK
JKM Negeri Johor - JKMNJ
Khairin-Nisa Ismail
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
WISMA KEBAJIKAN, Jalan OTHMAN
Muar
84000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |