BALAI POLIS MUAR
Selamat datang ke laman facebook BALAI POLIS MUAR. Muar Bandar Maharani Bandar Diraja, Johor Darul Ta'zim
Bantulah kami untuk membantu anda
31/05/2026
Selamat Bertukar ke tempat baru
01/04/2026
“Tentang Kami”
“ Balai Bergerak ni macam bas ekspres—bezanya kami bukan hantar penumpang ke destinasi, tapi hantar rasa selamat ke setiap lokasi.”
“Kalau bas lain angkut penumpang, Balai Bergerak p**a angkut ketenangan… penjenayah je yang tak berani ‘naik’ sekali.”
“Bas kami tak jual tiket, tapi kehadiran kami cukup ‘bayar’ rasa risau orang awam.”
“Balai Bergerak ni ibarat bas ronda—bezanya, setiap berhenti bukan tunggu orang naik, tapi bagi penjenayah turun ‘niat’.”
“Orang tunggu bas sebab nak pergi kerja, orang nampak Balai Bergerak terus rasa lega—itu ‘destinasi’ sebenar kami.”
Itu lah tentang Kami .
Tlg Lah 👍 post ni like ❤️
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Maaf Zahir & Batin ✨
Semoga lebaran ini membawa seribu makna dan kebahagiaan buat kita semua.
Berhati- hati di jalan raya , ingat lah org tersayang
17/03/2026
Ketua Polis Balai Muar Baru Turun Padang Bersama Masyarakat
Muar, 17 Mac 2026 – Ketua Polis Balai Muar, Insp. Jeffri bin Joni, bersama anggota balai telah turun padang mengadakan program Cegah Jenayah Community Policing dan Meet & Greet di kawasan Uptown Bandar Muar malam tadi.
Program ini bertujuan mendekatkan polis dengan masyarakat, meningkatkan kesedaran tentang langkah pencegahan jenayah, terutamanya menjelang musim perayaan, serta memberi rasa selamat kepada pengunjung.
Orang awam turut diperkenalkan dengan aplikasi Volunteer Smartphone, yang berguna untuk menyalurkan maklumat atau mendapatkan bantuan semasa kecemasan.
Program berjalan lancar tanpa sebarang isu, dan pihak polis berharap inisiatif seperti ini akan diteruskan di lokasi lain bagi memperkukuh hubungan dengan komuniti.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Muar
84000