PERKEP IPD Muar
Official Page of PERKEP IPD Muar
20/03/2026
07/03/2026
PROGRAM SINGGAH SAHUR IBU PEJABAT POLIS DAERAH MUAR TAHUN 2026
Muar, 07 Mac 2026 (Sabtu) - Program Singgah Sahur Ibu Pejabat Polis Daerah Muar bersama PERKEP IPD Muar telah diadakan di Balai Polis Muar, Pos PGA Parit Unas & Balai Polis Parit Jawa dengan diketuai oleh YDH ACP Raiz Mukhliz bin Azman Aziz, Ketua Polis Daerah Muar bersama YBhg. Puan Sahrahil binti Mohd Nor, Pengerusi PERKEP IPD Muar.
Program dimulakan dengan pemberian pek makanan sahur kepada petugas di Balai Polis Muar seterusnya ke Pos PGA Parit Unas dan berakhir dengan jamuan sahur di Balai Polis Parit Jawa.
Program Singgah Sahur ini dianjurkan bagi menyantuni anggota yang sedang menjalankan tugas pada waktu malam serta mengukuhkan hubungan antara kepimpinan daerah dengan warga kerja di lapangan.
Selain itu, program ini juga sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral kepada anggota yang bertugas pada waktu sahur terhadap dedikasi serta komitmen mereka dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Penglibatan PERKEP IPD Muar turut menambah nilai kepada program ini dengan mewujudkan suasana kebersamaan dan kekeluargaan dalam kalangan warga IPD Muar.
Turut serta dalam program ini adalah YDH Supt. Muhammad Aidil Roneh bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar serta YBhg. Puan Noliza binti Mohd Salleh, Naib Pengerusi PERKEP Daerah Muar, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, AJK PERKEP IPD Muar dan Ahli PERKEP IPD Muar.
'KeluargaBahagiaPasukanSejahtera'
03/03/2026
PROGRAM TADARUS AL-QURAN PERKEP IPD MUAR
Muar, 03 Mac 2026 (Selasa) - Bertempat di Dewan Perumahan PDRM Parit Perupok IPD Muar, telah diadakan Program Tadarus Al-Quran PERKEP IPD Muar yang disertai seramai 61 orang melibatkan barisan AJK, Biro dan Ahli PERKEP IPD Muar.
Tadarus ini dipimpin oleh Puan Nurul Aini binti Ghazali dari Cawangan Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Muar. Bacaan tadarus dimulakan dengan bacaan Al Fatihah dan seterusnya bacaan Juzuk 6. Program diakhiri dengan doa selamat dan doa penutup serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini, diharapkan bacaan tadarus yang diadakan ini dapat menggalakkan amalan membaca Al- Quran dikalangan ahli PERKEP IPD Muar. Ia juga boleh mengeratkan hubungan ukhwah sesama Pegawai, Anggota, Pegawai Awam dan PERKEP di IPD Muar.
'KeluargaBahagiaPasukanSejahtera'
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Jalan Meriam
Muar
84000