Anak-anak Muar

Anak-anak Muar

Share

Menyediakan berita dan informasi berkaitan hal ehwal semasa, pelancongan, hiburan dan sejarah di dal

30/05/2026

🔥 ASSALAMUALAIKUM GENG DURIAN OREN! 🔥
Malam ni jangan lupa masuk LIVE TikTok kita sebab tengah berlangsung CONTEST TOP VIEWER 😱🥳
🎁 3 TOP VIEWER TERATAS akan bawa pulang:
🥭 10 KG DURIAN SEORANG! 🥭
Musim bulan 6 nanti kita bagi terus kepada pemenang 🔥
✅ Masuk live ✅ Stay dalam live ✅ Support & interact ✅ Rebut peluang jadi Top Viewer
Jangan lepaskan peluang sebab hadiah kali ni memang padu! 😍
📲 JOIN LIVE SEKARANG:
👉 https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-96mTlqqmeSj
🔥 Siapa support paling kuat, siapa ada peluang paling cerah bawa balik durian bulan 6 nanti! 🥭💯

27/05/2026

Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 3 Pakej 1 di Sungai Muar, Mukim Pogoh menunjukkan perkembangan yang sangat positif apabila pelaksanaannya kini berada jauh lebih awal daripada jadual asal iaitu sebanyak 157 hari.

Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa projek tersebut telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 38.84 peratus berbanding sasaran asal yang hanya 19.98 peratus setakat ini.

Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuhkan usaha mengurangkan risiko banjir serta menjamin kesejahteraan rakyat di Johor secara menyeluruh.

Beliau berkata, selepas kejadian banjir besar yang melanda Johor pada Mac 2023, Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera melaksanakan projek-projek RTB bernilai lebih RM600 juta di seluruh negeri bagi menghadapi ancaman banjir dan perubahan cuaca yang semakin mencabar.

Katanya lagi, setiap projek dipantau secara teliti bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan baik, telus serta benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.

Dr Zaliha berkata demikian selepas mengadakan lawatan meninjau perkembangan projek RTB di Mukim Pogoh, Sekijang baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan menerusi Belanjawan 2026 turut menyediakan peruntukan sebanyak RM2.9 bilion untuk melaksanakan 43 projek RTB berkeutamaan tinggi di seluruh negara.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) berkata, antara projek baharu yang turut diberi perhatian ialah RTB Sungai Chaah di Segamat yang dijangka mampu memberikan perlindungan lebih baik kepada penduduk di Parlimen Sekijang serta kawasan berhampiran.

Want your business to be the top-listed Media Company in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Muar