BALAI POLIS PANCHOR
BALAI POLIS PANCHOR ADALAH DI BAWAH PENTADBIRAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH MUAR, JOHOR.
01/06/2026
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada YDH DCP Hoo Chuan Huat, Pemangku Ketua Polis Johor bersama isteri YBhg Puan Saw See Na, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor serta seluruh warga Polis Kontinjen Johor.
31/05/2026
🌾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌾
, Balai Polis Panchor mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat yang meraikannya, khususnya warga Sabah dan Sarawak. Semoga sambutan yang diraikan menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan perpaduan serta menyemai semangat hormat-menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan kepercayaan.
✨ Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan ✨
✨ Gayu Guru, Gerai Nyamai ✨
26/05/2026
🌙✨ 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔 ✨🌙
- Warga Balai Polis Panchor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai pengorbanan, keikhlasan serta mengeratkan silaturahim sesama kita.
🕌 Maaf Zahir dan Batin 🕌
24/05/2026
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐏𝐢𝐚𝐥𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2025/2026. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan perkembangan sukan bola sepak tanah air serta menjadi inspirasi kepada generasi muda dalam mencapai kecemerlangan.
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧.
21/05/2026
𝐑𝐎𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐌𝐍𝐈𝐏𝐑𝐄𝐒𝐄𝐍𝐂𝐄, 𝐂𝐎𝐌𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐘 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐈𝐍𝐆, 𝐌𝐄𝐄𝐓 & 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐓 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐇𝐎𝐑
19/05/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐓𝐊𝐏𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝟏𝟏𝟕 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐏𝐃 𝐌𝐔𝐀𝐑
, 19 Mei 2026 – Balai Polis Panchor telah menerima Lawatan dan Pemeriksaan Balai di bawah PTKPN Bahagian A117 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar yang diketuai oleh Asisten Superintendan Polis (ASP) Ammar Bin Tumiran, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (KBSJKD) Muar selaku Ketua Pemeriksa bersama pegawai dan anggota pasukan pemeriksa. Lawatan dan pemeriksaan ini bertujuan memastikan pengurusan dan pentadbiran balai dilaksanakan dengan cekap dan berkesan selain meningkatkan tahap prestasi, disiplin serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat.
18/05/2026
𝐅𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐇𝐎𝐑
, 18 Mei 2026 – Anggota Balai Polis Panchor telah melaksanakan fitik bagi menceriakan kawasan balai serta memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa bersih, kemas, selamat dan kondusif untuk anggota serta orang awam yang hadir mendapatkan perkhidmatan polis. Program ini turut bertujuan memupuk semangat kerjasama, disiplin dan budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga balai.
17/05/2026
𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐋𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐇𝐄𝐀𝐋𝐓𝐇 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐄𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐔𝐈𝐀𝐌) 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐆𝐎𝐇
, 16 Mei 2026 – Balai Polis Panchor telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan lalulintas sempena program Mental Health Awareness Fun Run anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh di kawasan Bandar Universiti Pagoh. Penugasan diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Panchor, Sarjan Mohd Rizal bin Mat Nasir bersama anggota BALAI POLIS PANCHOR dan anggota BALAI POLIS PAGOH bagi menjaga kelancaran lalulintas, keselamatan peserta, pengguna jalan raya serta memastikan program berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal. Kerjasama baik daripada pihak penganjur, peserta dan pengguna jalan raya telah membantu melancarkan sepanjang penugasan dijalankan.
16/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔
, 16 Mei 2026 - Warga Balai Polis Panchor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik di Malaysia atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi dalam mendidik anak bangsa.Guru bukan sekadar penyampai ilmu malah insan yang membentuk akhlak, menyemai nilai murni dan mencorakkan masa depan negara.
𝑺𝒆𝒎𝒐𝒈𝒂 𝒔𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝒈𝒖𝒓𝒖 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔 𝒅𝒊𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒌𝒖𝒂𝒕𝒂𝒏, 𝒌𝒆𝒔𝒊𝒉𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌 𝒈𝒆𝒏𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒘𝒂𝒓𝒊𝒔 𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂.
“𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐁𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚, 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
KM 29, Jalan Abd Rahman, Panchor
Muar
84500