SMK Three Rivers

SMK Three Rivers

Share

Mind, Body, Spirit

Strong Roots, Great Futures, Win-Win Three Rivers!

08/06/2026

Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Komunikasi yang baik, didikan yang penuh kasih sayang dan penghargaan terhadap setiap usaha yang dilakukan anak-anak mampu membentuk keyakinan diri serta kesejahteraan emosi mereka.

Jom jadi ibu bapa yang terbaik dengan mengamalkan gaya keibubapaan yang positif.

Photos from SMK Three Rivers's post 08/06/2026

Selamat berjuang dan semoga berjaya di Kejohanan Sepak Takraw MSSB Mukah 2026 yang berlangsung di SMK Belawai. Diharapkan pasukan sekolah dapat mempamerkan aksi terbaik, bersemangat juang tinggi sepanjang kejohanan.

Senarai murid terlibat :
Lelaki 18 Tahun
• Steanly Liban Anak Mahsuri (5D)
• Jefrysen Jaban Anak Mujah (5C)
• Hendrick Anak Gasah (5B)
• Alexson Sanyah Anak Rengia (5A)
• Fedrick Jenging Ibrahim (4D) 

Lelaki 15 Tahun
• Patrick Rhiot Anak Christopher (3B)
• Joelly Ata Anak Rody (2F)
• Morisson Armbhing Anak Agustine (2C)
• Bernard Digat Anak W***y Rengga (1C)
• Jeffson Wenney (1A) 

07/06/2026

🎒📚 SUDAHKAH ANAK ANDA BERSEDIA UNTUK KE SEKOLAH ESOK?

Selepas dua minggu bercuti, esok bermulalah kembali rutin persekolahan.

Malam ini adalah masa terbaik untuk ibu bapa dan anak-anak membuat persiapan terakhir.

✅ Uniform sekolah sudah digosok?
✅ Buku dan alat tulis sudah lengkap?
✅ Kerja sekolah sudah disiapkan?
✅ Botol air dan bekal sudah disediakan?
✅ Anak sudah tidur awal?

Persediaan yang baik bukan sahaja membantu anak hadir ke sekolah dengan lebih yakin, malah mengurangkan tekanan dan kekal fokus sepanjang sesi pembelajaran.

Kadangkala kejayaan anak di sekolah bermula dengan perkara-perkara kecil yang dilakukan pada malam sebelumnya.

Mari luangkan beberapa minit malam ini untuk memastikan anak-anak benar-benar bersedia menghadapi hari persekolahan esok.

📖 Persediaan hari ini, kejayaan esok hari.

03/06/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT USTAZAH ROSENANI BINTI AHMAD

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, seluruh warga SMK Three Rivers merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah Rosenani Binti Ahmad atas segala jasa, pengorbanan, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di sekolah ini. Ustazah Rosenani akan berpindah stesen ke SMK St Patrick berkuatkuasa 08 Jun 2026.

Sesungguhnya, kehadiran ustazah bukan sekadar sebagai seorang pendidik, malah sebagai pembimbing, pembentuk akhlak dan insan yang sentiasa menyemai nilai-nilai murni dalam diri setiap murid. Kelembutan tutur kata, keikhlasan mendidik serta kesungguhan dalam melaksanakan amanah telah meninggalkan kesan yang mendalam dan menjadi inspirasi kepada warga sekolah.

Setiap ilmu yang disampaikan, setiap nasihat yang diberikan dan setiap usaha yang dicurahkan dalam membentuk generasi berakhlak akan terus terpahat sebagai legasi yang amat bermakna buat keluarga besar SMK Three Rivers. Jasa ustazah tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dikenang dengan penuh rasa syukur serta penghormatan.

Walaupun perpisahan ini hadir atas tuntutan perkhidmatan, hubungan silaturahim yang terjalin akan terus mekar. Kami mendoakan agar ustazah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus melakar kecemerlangan di tempat baharu.

Selamat maju jaya di SMK St. Patrick. Semoga setiap langkah dipenuhi keberkatan, setiap usaha membuahkan kejayaan dan setiap pengorbanan dibalas dengan ganjaran yang terbaik di sisi-Nya.

"Perginya seorang guru bukan bererti hilangnya jasa, kerana ilmu yang ditinggalkan akan terus hidup dalam jiwa dan kehidupan anak-anak didiknya."

Ikhlas daripada :
Pengetua, YDP PIBG, Barisan Guru, AKP serta seluruh warga SMK Three Rivers.

Want your school to be the top-listed School/college in Mukah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Haji Mohd Fauzi
Mukah
96400