Resepi Percuma
Belajar pelbagai jenis masakkan, roti&kek secara percuma�����������
22/06/2024
Kaswi Pandan Gedik 💃
Masa kukus kuih ni, MasyaAllah Harum bau pandan.. Bila mkn p**ak lembut tergedik2 je 🤭
Bahan - bahan
📌 1 1/2 cwn tepung gandum
📌 1 1/2 cwn tepung ubi
📌 1 cwn gula castor
📌 5 cwn air pandan
📌 1 sudu kecil air kapur
📌Sedikit garam
📌 Kelapa parut + sedikit garam (kukus 10 minit)
Cara-cara
1-Panaskan air dlm kukusan..kemudian dlm bekas lain, masak gula & air pandan hingga gula hancur..
2.kemudian dlm bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung ubi, sedikit garam.
3.Bila air pandan tadi dh suam masukkan ke dalam bekas tepung & bancuh hingga sebati..masukkan air kapur & kacau sebati..
4..masukkan bancuhan kuih ke dlm loyang saiz 8 inc.. Kukus kuih selama 30minit @ sehingga masak..
5. Setelah kuih masak biarkan sejukkan & boleh potong..
6.Gaul dgn kelapa & selamat makan 🤗
Tqvm.empunya resepi😘
22/06/2024
Musim raya mesti ramai buat nasi minyak nasi beriani. Tak ada acar ni macam tak lengkap rasanya. Ratah camtu je pun sedap. Masuk peti lagila best 😂 ..
Resepi :
Nenas 1 biji
Timun 2 (saya s**a timun jepun sebab kurang berair)
Bawang besar 1
Cili merah 2
Gula pasir 3 sudu makan
Cuka masakan 2@3 sudu makan (boleh guna limau)
Garam sikit
kredit: cahaya mata musa
22/06/2024
Assalamualaikum shbt Resepi Kuih Muih..harini akak try buat seri muka resepi dari perkongsian Pn Stcaldina Ismail..terima kasih sis sudi berkongsi ilmu..
Kuih seri muka(loyang saiz 8 x8)
Bahan2nya
(Lapisan bawah)
1 1/2 cawan beras pulut
1 cawan air
1/2 cawan santan
1 sudu teh garam
Sedikit minyak
2 helai daun pandan
(Rendam pulut selama 1-2 jam) kukus pulut 30 minit.
(Lapisan atas)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 sudu makan tepung kastard
1 cawan air pandan
1 1/2 cawan santan
1 biji telur
1/2 cawan gula
Sedikit garam
Pewarna hijau+kuning
Bancuh bahan2 di atas. Masak atas api hingga naik wap. Tuang bancuhan atas pulut yg telah dipadatkan.
Kukus 40 minit. Buka penutupnya dan kukus lagi selama 10 minit utk keringkan air di bahagian atas.
* sebenarnya banyak resepi dalam group BIKMM untuk kuih seri muka ni.
Terp**ang pada individu dan selera masing2 nak buat ikut resepi yg mana satu.
Selamat mencuba 🥰
Airtangan rahmahrosmin
Resepi asal Pn Stcaldina ismail
Kredit empunya resepi,
~* ✨Join group : Resepi Kek Mudah Dan Lazat
Like page : Resepi Puding, Kek, Dan Biskut Lazat
🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪
Admin nak cari geng mak-mak yang nak jual sambal, cookies dan snack RM 10. Tak perlu uruskan stok. FREE REGISTER.
💕 Picit Sini 👇🏻
www.wassap.my/60108223858/-NakJoinJualSambalCookiesSnack
*Terbuka untuk WANITA sahaja
25/01/2024
Meatball blackpaper sauce
mashed potato & coselaw.
simple2 je.tonite
Alhamdulillah
RESEPI sos blackpapper cara saya↓↓
1 biji bawang holland (potong dadu)
2 ulas bawang putih(di cincang halus)
2 sudu tepung gandum
3 sudu majerin
1 ketul kiub ayam
1 sudu lada hitam(tumbuk kasar2)
5 sudu makan sos lada hitam
2 sudu sos tiram
cara..
sediakan periuk
masukkan majerin
tumis bawang holland dan bwg putih
bila dh kekuningan,masukkan tepung gandum
gaul sebentar
masukkan air,kiub ayam. kacau jgn bagi berketul.guna whisk.masukkan sos lada hitam,sos tiram,lada hitam yg telah d tumbuk tadi,sesudu tepung jagung,kacau dgn api perlahan.biarkan merenih
untuk dapatkan kepekatan yg d kehendaki.
akhir skali rasa dan tmbh jika ada rasa yg kurang.siap.
RESEPI MASH POTATO
Bahan-bahan Resepi Kentang Putar:
8 biji kentang
susu segar/susu cair
sedikit butter,atau majerin lady choice (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam atau lada sulah ajishio
Cara-caranya
Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga empuk.
tos kan air sehingga benar2 kering.
masukkan kentang tadi ke dlm besen.
boleh lah di lenyek kentang tadi.masukkan 2 sudu butter,lada sulah ajishio..lenyek sehingga tiada ketul2..campur tuang skit2 susu cair
utk melemakkan lg rasa kentang td.tp jgn terlalu b*k.skit2 sambil di lenyekkan lg kentang tu hingga dapat texture yg halus.
Utk meatball
sepeket meatball apa2 jenama.
tapi saya s**a jenama Azmi.
kukus/rebus dulu kemudian baru saya grill atas pan bersama majerin.baru di hidangkan bersama kuah blackpapper.
25/01/2024
Nak makan dekat restoran macam mahal. Apa kata buat sendiri lagi puas hati. Boleh juga ajak keluarga sekali! Jom, cuba.
RESEPI NASI ARAB
Bahan untuk nasi:
2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ s**atan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi
pewarna kuning dan oren
Bahan yg disangai dan dikisar kering:
1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga
Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang
Caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.
Resepi Ayam:
( saya settlekan yg ni dulu, perap....kemudian baru masak nasi)
1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya
Bahan dikisar:
3 in halia
2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Caranya:
1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.
Resepi Salad:
1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)
Air Asam:
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
PT10220 Jalan 11/3D, TAMAN DESA MELATI PHASE 1 NILAI
Nilai
71800