KRT Tebing Tembah

KRT Tebing Tembah

Share

Page KRT Kampung Tebing Tembah, Paka, Dungun, Terengganu.

Photos from KRT Tebing Tembah's post 15/04/2026

PROGRAM SENTUHAN ASNAF ACIS

Tarikh : 12 April 2026 (Ahad)
Masa : 8.00pagi - 12.30tghari
Tempat : Dewan Aspirasi UITM Dungun

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Asnaf yang turut diserikan dengan Forum bertajuk “Kesedaran Kewangan Islam dalam Masyarakat”.

Program ini bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan, malah memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pengurusan kewangan berlandaskan syariah.

Semoga segala usaha ini memberi manfaat kepada semua dan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Barakallahu fiikum 🤲

KRT Tebing Tembah Pejabat Perpaduan Kuala Terengganu Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu Perpaduan Daerah Dungun Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pejabat Perpaduan Negara Daerah Dungun Kementerian Perpaduan Negara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Photos from KRT Tebing Tembah's post 05/04/2026

Ziarah Kasih KRT Tebing Tembah

Tarikh : 5 April 2026
Jam : 5 petang

Alhamdulillah, sebentar tadi wakil AJK KRT Tebing Tembah berkesempatan menziarahi salah seorang AJK yang baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata.

Semoga ibu dan bayi sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan anak yang solehah.

Terima kasih atas layanan yang diberikan.
Moga ziarah ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.. Barakallahu fiikum 💙

KRT Tebing Tembah Pejabat Perpaduan Negara Daerah Dungun Perpaduan Daerah Dungun Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu Pejabat Perpaduan Kuala Terengganu Kementerian Perpaduan Negara Iza Aju

Photos from KRT Tebing Tembah's post 26/03/2026

📌 LAPORAN PROGRAM IFTAR PERDANA
Tarikh : 14 Mac 2026
Hari : Sabtu
Masa : 6.30 Petang

Alhamdulillah, walaupun sedikit terlewat berkongsi, program Iftar Perdana Masjid Nurul Hidayah bersama KRT Tebing Tembah yang telah berlangsung baru-baru ini berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Program ini berjaya menghimpunkan penduduk setempat dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan, di samping mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia. Pelbagai juadah disediakan dan dikongsi bersama, menambahkan lagi kemeriahan majlis.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi asbab mengeratkan lagi silaturrahim dalam komuniti.

Barakallahu fiikum ❤️

KRT Tebing Tembah Perpaduan Daerah Dungun Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pejabat Perpaduan Kuala Terengganu Pejabat Perpaduan Negara Daerah Dungun Kementerian Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu

Photos from KRT Tebing Tembah's post 28/02/2026

MAJLIS BERBUKA PUASA KRT ZON PAKA

Tarikh : 28 Februari 2026 (Sabtu)
Tempat : Restoran Aliff Tom Yam 3, Jalan Besar Paka

Telah berlangsung majlis berbuka puasa bagi KRT Zon Paka bertempat di Restoran Aliff Tom Yam 3 Paka dengan majlis di sempurnakan oleh Timbalan Pegawai Perpaduan daerah Dungun merangkap Pegawai KRT Zon Paka Puan Norhijah Binti Mustafa diiringi pengerusi Zon Paka Haji Ali Bin Mohamad dan Semua wakil KRT Zon Paka.

Majlis di mulakan Pada Jam 1830H dengan kehadiran wakil KRT Kampung dan seterusnya kata2 aluan Pengerusi Zon Paka merangkap Pengerusi Telaga Mas kemudian majlis diserikan ucapan Timbalan Pegawai Perpaduan daerah Dungun disertakan Bacaan Tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh bendahari KRT Zon Paka Haji Zamri Bin Aziz seterusnya majlis berbuka puasa..

Alhamdulillah, Semoga ukhuwah antara KRT terus erat dan diberkati Allah SWT.

Dilampirkan gambar sepanjang program berlangsung.

KRT Tebing Tembah Pejabat Perpaduan Kuala Terengganu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Perpaduan Daerah Dungun Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu Jailani Seman Jai

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Paka?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kampung Tebing Tembah
Paka
23100