SP Battery Papar

SP Battery Papar

Share

Kami adalah pakar menyelesaikan masalah bateri kereta anda. Bateri kering&Bateri basah kualiti import

Photos from SP Battery Papar's post 14/08/2023

Sampai berkarat dan patah⁉️
Hati-hati bila cuci kereta !
Silap-silap gaya, lain yang terjadi!
Suatu hari seorang pelanggan datang ke premis kami membawa kereta jenis Proton Saga FLX ingin menukar Bateri dari SP Battery Papar pelanggan berkongsi pengalaman kereta ada masalah bergegar terutama ketika menghidupkan enjin di pagi hari.
Setelah menghantar kereta ke mekanik membuat pemeriksaan, didapati ada masalah pada coil plug. Coil plug sudah rosak dan reput sehingga tecabut dan patah. Bagaimana ini boleh terjadi?
Sebab pertama adalah faktor barang lama yang mana coil plug sudah terlalu lama digunakan dan sudah sampai masa untuk diganti dengan yang baru.
Sebab yang kedua, berkemungkinan coil plug menjadi reput akibat dari pembasuhan kereta yang kurang cermat.
Air basuhan kereta telah masuk ke kawasan coil plug tanpa pemantauan yang rapi. Situasi ini menyebabkan coil plug terkesan dan menjadi reput.
Kepada anda yang mahu mencuci kereta tu sila berhati-hati. Kalau boleh, ambil sedikit masa untuk periksa semula dan lap tempat-tempat tertentu agar ia betul-betul bersih dan kering.
Takut ada air yang bertakung dan terkena alatan yang tak sepatutnya.
Kereta beliau telah menggantikan coil plug dan plug dengan yang baru. Setelah selesai pembaikian, kereta kembali baik dan tidak bergegar lagi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. 🫰🏻
Terima kasih Warga Papar, sentiasa support dan mempercayai team SP Battery PaparπŸ₯°

Jika anda mengalami masalah battery atau berkaitan masalah kenderaan boleh hubungi service centre SP Battery Papar
𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏𝐏 :
0️⃣1️⃣1️⃣2️⃣7️⃣7️⃣5️⃣0️⃣1️⃣2️⃣1️⃣
https://wa.me/601127750121
buat pesanan dan technician kami teeeeerrruusss πŸš™πŸ’¨ ke lokasi anda.

Photos from SP Battery Papar's post 04/02/2023

Betul ka bila tukar timing belt, wajib tukar water pump⁉️
Seorang pelanggan datang ke premis kami membawa kereta jenis Proton Pesona untuk berkongsi pengalaman. Timing belt kereta dia sudah lama mencapai tempoh penggantian iaitu 100,000 KM.
Beliau ada meminta pendapat SMARTPOWER BATTERY PAPAR dan bertanya berkenaan keperluan menukar water pump sekaligus apabila menukar timing belt?
Sebenarnya ini adalah soalan yang biasa ditanyakan oleh pelanggan. Kami cuba berikan jawapan terbaik dan selebihnya pelanggan nilaikan sendiri.
Secara teknikal, kami sarankan agar pelanggan tukar juga water pump semasa menukar timing belt. Ini kerana kedua komponen ini berkait rapat dan mempunyai tempoh hayat yang lebih kurang sama.
Tindakan ini juga untuk mengurangkan risiko pembaziran kerana, apabila water pump bocor dan perlu diganti, kos upah pembaikian adalah sama dengan upah ketika membuka timing belt.
Sebaiknya keluarkan sekali sahaja kos upah untuk dua pembaikian. Itu lebih jimat.
Untuk lebih praktikal, kita sarankan juga untuk lakukan pengggantian secara kombo iatu timing belt, water pump dan thermostat yang saling berkait dan dengan pembaikian ini lebih menjamin kelancaran kereta.
Apa pun kami hanya memberi cadangan dan keputusan adalah bergantung kepada kemampuan dan situasi kewangan semasa pelanggan
Semoga perkongsian ini bermanfaat. 🫰🏻
Terima kasih Warga Papar, sentiasa support dan mempercayai team SP Battery PaparπŸ₯°

Jika anda mengalami masalah battery atau berkaitan masalah kenderaan boleh hubungi service centre SP Battery Papar
𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏𝐏 :
0️⃣1️⃣1️⃣2️⃣7️⃣7️⃣5️⃣0️⃣1️⃣2️⃣1️⃣
https://wa.me/601127750121
buat pesanan dan technician kami teeeeerrruusss πŸš™πŸ’¨ ke lokasi anda.

Photos from SP Battery Papar's post 08/12/2022

Sudah terlambat bah⁉️
Kami ingin kongsikan kereta jenis Proton Waja milik pelanggan tidak dapat bergerak langsung. Kerosakan bukan sikit-sikit! Sampai timing putus terbarai!
Ini semua gara-gara membiarkan kerosakan kecil terlalu lama hingga mengakibatkan kerosakan yang teruk!
Kereta ini mengalami kerosakan pada water pump bearing. Bearing telah pecah sehingga mengakibatkan alternator belt terbelit pada main pulley dan akhirnya timing belt putus!
Kerosakan ini memberi kesan pada valve sehingga enjin terpaksa dilakukan top overhaul. Untuk ini pastinya memerlukan kos yang tinggi dan memakan masa yang agak lama.
Sepatutnya, kerosakan seperti ini dapat dielakkan sekiranya kita sentiasa peka dengan situasi kereta kita. Bearing yang rosak kebiasaanya akan mengeluarkan bunyi bising.
Dalam situasi kereta yang sudah memberi tanda awal kerosakan, sepatutnya kita segera bertindak dengan menghantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan. Cegah awal lebih baik, bagi mengelakkan risiko kerosakan lebih teruk dengan kos yang lebih besar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. 🫰🏻
Terima kasih Warga Papar, sentiasa support dan mempercayai team SP Battery PaparπŸ₯°

Jika anda mengalami masalah battery atau berkaitan masalah kenderaan boleh hubungi service centre SP Battery Papar
𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏𝐏 :
0️⃣1️⃣1️⃣2️⃣7️⃣7️⃣5️⃣0️⃣1️⃣2️⃣1️⃣
https://wa.me/601127750121
buat pesanan dan technician kami teeeeerrruusss πŸš™πŸ’¨ ke lokasi anda.

24/10/2022

Selamat menyambut hari Deepavali buat mereka yang beragama Hindu.

Semoga perayaan Deepavali tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan bersama ahli keluarga tercinta.

Jika anda mengalami masalah battery atau berkaitan masalah kenderaan boleh hubungi service centre SP Battery Papar
𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏𝐏 :
0️⃣1️⃣1️⃣2️⃣7️⃣7️⃣5️⃣0️⃣1️⃣2️⃣1️⃣
https://wa.me/601127750121
buat pesanan dan technician kami teeeeerrruusss πŸš™πŸ’¨ ke lokasi anda.

Photos from SP Battery Papar's post 15/09/2022

Berkabus putih⁉️
Dalam post kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda tanda aircond kereta tidak sejuk bagi memudahkan anda memeriksa, mengenal pasti kerosakan.
Ada pelanggan kongsikan pengalaman mereka mengadu bahawa aircond keretanya jenis Perodua Axia tidak sejuk serta berlakunya kabus putih yang keluar pada aircond.
Apabila menghantar membuat pemeriksaan didapati bahawa cooling coil keretanya bocor. Ia berlaku kerana apabila sentiasa guna kereta, mereka tak pernah langsung tukar minyak compressor aircond.
Gas tersebut akan dialirkan melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta. Blower yang ditugaskan untuk menyejukkan akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk.
Tips Penjagaan Cooling Coil.
1) Sentiasa jaga kondisi cabin filter sebaiknya sebulan sekali.
2) Sentiasa bersihkan habuk dan kotoran yang ada didalam ruang kenderaan.
3) Sentiasa menggunakan setting kitaran angin ruangan dalam (ventilation in setting)
4) Sentiasa peka untuk minyak compressor.
Kos untuk cooloing coil agaklah tinggi anggaran RM280 - RM1274, Harga bergantung pada model kereta. Harga juga bergantung kepada parts tersebut sama ada Original ataupun Local.
Ramai yang bertanya kenapa kos untuk tukar cooling coil tinggi, kedudukan cooling coil berada di dalam dashboard kereta dan cara pembukaannya mangambil masa yang lama. Dan sebab itulah kos untuk tukar cooling coil tinggi.
Sebagai peringatan awal untuk semua apabila berlakunya tanda-tanda seperti diatas, cepat-cepat pergi ke bengkel untuk membuat pemeriksaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat ya!🫰🏻

Terima kasih Warga Papar, sentiasa support dan mempercayai team SP Battery PaparπŸ₯°

Jika anda mengalami masalah battery atau berkaitan masalah kenderaan boleh hubungi service centre SP Battery Papar
𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏𝐏 :
0️⃣1️⃣1️⃣2️⃣7️⃣7️⃣5️⃣0️⃣1️⃣2️⃣1️⃣
https://wa.me/601127750121
buat pesanan dan technician kami teeeeerrruusss πŸš™πŸ’¨ ke lokasi anda.

21/08/2022

‼️Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara-perkara penting ini. Kalau ada yang tertinggal, tolong tambahkan agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua.*

1. Minyak hitam – Mengikut paras had dan jenis minyak

2. Oil filter – Tukar semasa menukar minyak hitam

3. Spark plug – Tukar setiap 30,000 kilometer

4. Bateri – Tambah air setiap kali servis

5. Belting – Tukar setiap 80,000 kilometer. Tak perlu tukar water pump jika tiada masalah bearing kasar atau bocor. Jimat duit, jimat belanja. Kita kan orang susah

6. Clutch plate – Mengikut keadaan

7. Fuel filter – Tukar setiap 30,000 kilometer

8. Air filter – Tukar setiap 30,000 kilometer

9. Gear oil – Tukar setiap 20,000 kilometer

10. Brake fluid – Mengikut keadaan

11. Brake pad – Mengikut keadaan

12. Power steering fluid

13. Radiotr coolant – Tukar setiap 40,000 kilometer

14. Wiper – Tukar setiap 30,000 kilometer

15. Air conditioner – Servis filter dan suis dibuka 1/2

16. Tyre – Pam pada setiap bulan

17. Radio – Memastikan ditutup pada setiap enjin dimatikan

18. Radiator – Pastikan dibersih menggunakan air paip

19. Fan radiator + aircond – Pastikan kipas hidup bila temp 1/2

20. Lamp bulb – Periksa lampu setiap hujung minggu

21. Steering alignment – servis setiap 20,000 kilometer

22. Power window – Check setiap suis power window

23. Beli kereta mahal-mahal kalau membelok tak reti bagi signal, sila pergi meninggal

24. Angin spare tyre dan spanar buka tayar serta jack pastikan sentiasa ada

25. Kalau park kereta di tengah panas, pastikan lubang angin aircond itu menggunakan udara luar agar haba panas dalam kereta mudah bebas

26. Untuk kereta-kereta injection, pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning sudah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkan begitu

27. Sentiasa rajin check fan belt dan pastikannya berada dalam keadaan baik

28. Untuk pengguna kereta auto, pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan. Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak

29. Jangan main tambah minyak hitam jika enjin sudah mempunyai penyakit makan minyak hitam

30. Untuk enjin jenis yang guna kaburator, pastikan pump padel minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup. Jenis enjin yang menggunakan kaburator memang susah sikit nak hidupkan enjin. Nak senang hidupkan enjin, pump padel minyak sekali sahaja sebelum hidupkan enjin. Kebaikannya, starter motor tahan lama.

31. Enjin yang susah hiduplah punca starter cepat rosak

32. Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk bengkel untuk servis, minta tolong abang-abang pomen periksa kereta anda dari A to Z agar anda mudah tahu kalau ada masalah lain yang timbul atau perlu ditukar.

πŸ‘†πŸ»πŸ‘†πŸ»πŸ‘†πŸ»palan2 baca. Good info tu pasal kereta.

Semoga perkongsian ini bermanfaat ya!🫰🏻

Terima kasih Warga Papar, sentiasa support dan mempercayai team SP Battery PaparπŸ₯°

Jika anda mengalami masalah battery atau berkaitan masalah kenderaan boleh hubungi service centre SP Battery Papar
𝐖𝐇𝐀𝐓𝐒𝐀𝐏𝐏 :
0️⃣1️⃣1️⃣2️⃣7️⃣7️⃣5️⃣0️⃣1️⃣2️⃣1️⃣
https://wa.me/601127750121
buat pesanan dan technician kami teeeeerrruusss πŸš™πŸ’¨ ke lokasi anda.

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Papar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lot No60, Taman Okk Hj Mahali
Papar
89608

Opening Hours

Monday 08:30 - 19:00
Tuesday 08:30 - 19:00
Wednesday 08:30 - 19:00
Thursday 08:30 - 19:00
Friday 08:30 - 19:00
Saturday 08:30 - 19:00
Sunday 08:30 - 19:00