SK Surati
� SURATIAN THE BEST �
� PAPAR SMART � Sekolah ini telah dibuka pada 12 Jun 2000. Bangunan SK Surati mula beroperasi pada 3 Januari 2001.
12/06/2026
Pada hari ini, warga sekolah telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih sebagai tanda penghargaan kepada tiga orang guru yang akan meneruskan perkhidmatan di sekolah baharu.
Majlis ini diadakan sebagai ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di sekolah ini. Kehadiran, dedikasi serta semangat yang ditunjukkan dalam mendidik anak-anak murid dan memajukan sekolah sentiasa menjadi kenangan yang amat bermakna buat seluruh warga sekolah.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala bakti yang telah diberikan. Semoga pengalaman dan kejayaan yang ditempa di sini akan menjadi bekalan berharga untuk terus melakar kecemerlangan di tempat baharu.
Kami mendoakan agar ketiga-tiga guru sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dalam mendidik dan berbakti kepada masyarakat.
Jasamu dikenang, budimu disanjung. Selamat maju jaya dan semoga ikatan silaturahim yang terjalin akan terus kekal mekar walau dipisahkan oleh jarak dan tempat bertugas.
16/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
Kg Surati
Papar
89600
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 16:00 |
| Tuesday | 07:00 - 16:00 |
| Wednesday | 07:00 - 16:00 |
| Thursday | 07:00 - 16:00 |
| Friday | 07:00 - 16:00 |