APM PAPAR
PENGGERAK GELOMBANG KESUKARELAAN - Sertailah Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia. Untuk Maklumat La
01/06/2026
Selamat Ulang Tahun Kelahiran, diucapkan kepada LTM (PA) NORDAYANI.
Semoga dengan bertambahnya usia, bertambah juga keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap langkah kehidupan. Didoakan agar sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan hati serta dipermudahkan segala urusan.Semoga segala impian, harapan dan cita-cita yang diusahakan dipermakbulkan serta membuahkan kejayaan yang berterusan.
Selamat menyambut ulang tahun. Semoga hari-hari yang mendatang dipenuhi kegembiraan, keberkatan dan kenangan yang indah bersama insan tersayang.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin 🤍
Ikhlas daripada seluruh warga kerja
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Daerah Papar
29/05/2026
YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional kepada semua rakyat Malaysia yang bergelar wartawan di seluruh negara.
Hari Wartawan Nasional yang disambut pada tanggal 29 Mei setiap tahun merupakan detik yang amat bermakna bagi menghargai peranan serta sumbangan besar yang telah diberikan oleh semua pengamal media di negara ini khususnya para wartawan.
Terima kasih diucapkan kepada semua wartawan yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, menjunjung etika kewartawanan dan komitmen yang telah ditunjukkan dalam menyampaikan maklumat yang tepat, sahih dan berintegriti serta memastikan suara rakyat sentiasa didengari. Sumbangan anda dalam membangunkan masyarakat dan negara sangat dihargai.
Semoga semangat juang para wartawan terus membara dalam mendukung aspirasi Kerajaan MADANI. Peranan anda dalam memastikan rakyat memperoleh maklumat yang sahih dan tepat adalah kunci utama dalam pembentukan masyarakat yang berpengetahuan dan bertanggungjawab. Teruskan perjuangan ini dengan penuh kebanggaan kerana anda adalah nadi kepada kemajuan dan ketelusan negara.
Jabatan Perdana Menteri
**
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Jalan Papar/Beaufort
Papar
89600