Dapur Ber5
Pengedar kudapan kampung hasil IKS dan produk makanan pilihan yang lebih sihat.
14/06/2026
Lama tak update page. Kami masih menerima tempahan masakan macam biasa, alhamdulillah. βΊοΈ
Namun, setiap Khamis akan berikan khidmat untuk dan insyaallah kami akan masakkan lauk mengikut bajet yang ada untuk 80 orang makan. Lebih kurang 50 orang pelajar madrasah dan 30 orang jemaah surau. Jika ada yang infak barangan masakan, maka berkuranglah modal belian barang masakan.
Selalunya tidak lebih RM150 untuk lauk (sama ada ayam dan sayur 2 jenis menu atau disekalikan). Minggu lepas kami masak menu tomyam (2 dalam 1 tanpa menu sayuran cuma digantikan dengan sambal belacan).
Sedia maklum menu ini menggunakan kos yang agak tinggi. Setiap minggu menjadi cabaran untuk mencukupkan belanjawan yang ada. Biiznillah dipermudahkan segalanya. π
17/05/2026
Kombo 3 RM40 tak termasuk cas penghantaran.
Pick up di Taman Parit Raja.
07/04/2026
Semua ini adalah barangan kering untuk kegunaan pelajar madrasah banat (perempuan) selama 2 minggu.
Kalau aku kaya....mungkinlah RM500 untuk 2 minggu atau RM1k sebulan sangatlah mudah untukku bayarkan. Namun, khidmatku buat masa ini cuma sekadar sebagai tukang beli bahan-bahannya sahaja yang termampu.
Rakan sekolah Nad yang menguruskan khidmat memasak bagi para pelajar terbabit dan kami sekadar pemudahcara mengurangkan masanya untuk keluar membeli.
Kami doakan moga yang terlibat memberikan khidmat dengan ikhlas, mudah-mudahan mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W dan kita dikumpulkan bersama dalam syurga kelak. Biiznillah. π€²π» Ampunkan dosa-dosa kami atas kekurangan kami Ya Allah, moga suatu hari nanti kami dapat membantu dan memberi khidmat yang lebih lagi hendaknya. π
07/04/2026
Maaf sebab masih tak dapat nak sediakan lagi musim raya ni. π
Terima kasih sebab sudi ulang beli. Insyaallah kalau ada stok lauk sejuk beku lepas ni kami maklumkan. πΉ
07/04/2026
Semalam tempahan buffet bihun goreng (tak sempat ambil gambar π
) dengan sambal tumis ikan bilis. Terima kasih banyak atas kepercayaan. π₯°
Ada hari yang memang tak sempat ambil gambar, slot tempahan alhamdulillah ada yang dah booking. Kalau nak selit, boleh PM awal.
07/04/2026
Terima kasih atas tempahan 25 pek bihun goreng Singapore.
RM3.50/pek.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Kiosk No. 3, ATM UTHM
Parit Raja
86400
Opening Hours
| Monday | 11:00 - 16:00 |
| Tuesday | 11:00 - 16:00 |
| Wednesday | 11:00 - 16:00 |
| Sunday | 11:00 - 16:00 |