Jawatankuasa Pemilihan MPP UTHM
Facebook ini adalah akaun rasmi JPMPPUTHM dan akaun ini akan digunakan untuk mengemaskini segala perkara terkini mengenai Pilihanraya Kampus UTHM.
01/02/2026
|| POSTER INFOGRAFIK PELAKSANAAN AKTA UNIVERSITI KOLEJ UNIVERITI 1971 (AKTA 30) (AUKU) ||
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.
Berikut merupakan penekanan bagi Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971):
1) AUKU merupakan rangka perundangan utama bagi penubuhan, penyelenggaraan & pentadbiran UA serta perkara-perkara berkaitan dengannya.
2) Akta ini telah melalui pindaan sebanyak lapan (8) kali melibatkan pelbagai skop seperti penambahbaikan tatakelola sehingga pengurusan aktiviti & tatatertib pelajar.
3) Pindaan terkini telah diwartakan pada 27 Jun 2024 melibatkan enam (6) peruntukan utama di bawah Agenda Pemerkasaan Mahasiswa meliputi:
i) Jawatankuasa tatatertib pelajar
ii) Pengurusan kewangan persatuan
ii)Tempoh pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
4) Pindaan AUKU tersebut merupakan antara langkah progresif yang dilaksanakan Kerajaan untuk membugar budaya berorganisasi & menyegarkan gerakan pelajar sesuai dengan keupayaan mereka untuk mengurus kedewasaan & kematangan diri.
Sekian, terima kasih.
“SISWA PENCETUS INTEGRITI”
JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2025/2026
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
01/02/2026
|| SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR ||
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.
JPMPP UTHM mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Akhir kepada seluruh warga mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Semoga segala usaha, pengorbanan dan ulang kaji yang telah dilakukan membuahkan hasil yang cemerlang.
Hadapilah peperiksaan ini dengan penuh keyakinan, kejujuran dan disiplin sebagai cerminan nilai integriti seorang mahasiswa.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan.
"SISWA PENCETUS INTEGRITI"
JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2025/2026
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
13/11/2025
|| SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ||
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Siswa Pencetus Integriti.
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) 2025/2026 telah mencatat sejarah baharu dengan peratusan keluar mengundi tertinggi sejak penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) UTHM. Lebih bermakna, kejayaan ini turut memenuhi dan melebihi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh Naib Canselor UTHM, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP).
JPMPP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama penuh sepanjang proses ini, termasuk Yang Berhormat Prof. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali Naib Canselor UTHM serta Yang Berbahagia Ts. Dr. Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq Timbalan Naib Canselor UTHM di atas sokongan yang diberikan dan kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terlibat, Dekan-dekan Fakulti serta Penasihat Akademik, warga kerja Universiti, barisan ahli dan sekretariat JPMPP, calon-calon yang bertanding, dan seluruh mahasiswa/i UTHM yang telah melaksanakan tanggungjawab anda sebagai pengundi.
Kejayaan ini membuktikan kesedaran dan komitmen mahasiswa/i terhadap amalan demokrasi di kampus. Semoga semangat ini terus kekal untuk masa akan datang.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua.
“SISWA PENCETUS INTEGRITI”
JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2025/2026
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
11/11/2025
|| SENARAI CALON YANG TERPILIH SEBAGAI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2025/2026 ||
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, dan Salam
Siswa Pencetus Integriti.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua calon yang terpilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM Sesi 2025/2026.
Laksanakan amanah anda sebagai MPP dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
Sekian, terima kasih.
"SISWA PENCETUS INTEGRITI"
/26
JAWATANKUASA PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR SESI 2025/2026
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
Parit Raja
86400