UTHM Autopreneur Laboratory
Autopreneur Laboratory or "Makmal Usahawan Automotif" is owned by the Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
08/11/2022
Terima kasih En Faisal, staf UTHM atas pembelian minyak Glide hari ini. Minyak top selling kami MaxiGlide Premium 20W-50 (4L) beserta MonsterGlide Hyper F 15W-40 (7L) untuk kenderaan diesel menjadi pilihan untuk kenderaan En Faisal.
Hubungi Mzahar (Parit Raja) untuk tempahan.
https://wa.me/601163353567?text=GLIDE
https://wa.me/601163353567?text=GLIDE
https://wa.me/601163353567?text=GLIDE
04/08/2022
Terima kasih En Asrul, staf UTHM kerana membeli minyak Glide dari kami. Sekali beli terus ambil 2 botol, Glide 10W-30 (3L) dan Glide 20W-50 (4L).
Hubungi Mzahar (Parit Raja) untuk tempahan.
https://wa.me/601163353567?text=GLIDE
https://wa.me/601163353567?text=GLIDE
https://wa.me/601163353567?text=GLIDE
09/09/2021
ICE vs EV (update 2021)
Kenderaan guna petrol dan diesel akan pupus?
Ya. Kita dah lama dengar desas desus ni. Menurut analisis terkini, menjelang 2030, semua kenderaan baharu di Japan, UK, France, Germany dan China akan mula menggunakan tenaga elektrik. Dalam masa yang sama, penjualan kenderaan petrol dan diesel (Internal Combustion Engine ) akan dihadkan atau dihentikan terus. Bukan itu sahaja, menjelang 2040, penjualan kenderaan hybrid juga akan dihadkan.
Kenderaan elektrik (Electric Vehicle ) boleh dibahagi kepada beberapa kategori mengikut sumber kuasa:
1. Hybrid (HEV)
2. Battery (BEV)
3. Fuel Cell (FCEV)
Dalam pada itu, terdapat juga varian hybrid seperti:
1. Mild Hybrid (MHEV)
2. Full Hybrid (FHEV)
3. Plug-in Hybrid (PHEV)
Apa yang kita boleh lihat pada graf hasil kajian Nakanishi Research Institute (rujuk lampiran), adalah seperti berikut:
1. Penjualan kenderaan baharu dianggarkan akan meningkat sebanyak 25% dan 30% dalam masa 5 dan 10 tahun akan datang, kemudian malar pada jumlah 100 juta kenderaan setahun.
2. Penjualan ICE berjumlah 80 juta setahun pada 2015 mulai menurun sebanyak 10-30% setahun dan akan menjadi 10 juta setahun pada 2040.
3. Mulai 2025, penjualan EV (termasuk hybrid) akan meningkat; dan dijangkakan BEV akan mendominasi pasaran kenderaan baharu menjelang 2040 dengan pegangan sebanyak 46%.
OK. Itu yang tersurat. Jadi apa p**a yang tersirat?
1. Permintaan untuk tenaga dunia tetap bertambah.
2. Tenaga kimia (petroleum) yang dijual kepada pengguna akan berkurang dengan banyaknya.
3. Tenaga elektrik akan lebih meluas dijual di dalam sektor pengangkutan.
4. Tenaga elektrik boleh dijana menggunakan "mix strategy" iaitu dari pelbagai sumber tidak-boleh-baharu (gas, minyak, arang batu, nuklear, dsb) dan boleh-baharu (hydro, solar, angin, geothermal, dsb)
5. Kenderaan ICE akan mulai berkurang di atas darat, dan lama kelamaan akan digantikan dengan EV ataupun hybrid.
6. Pengangkutan laut masih belum terjejas dengan Electrification Strategy ini atas faktor ekonomi. Secara munasabahnya, tanker akan guna apa juga jenis bahanapi yang dibawanya; Oil tanker guna oil, gas tanker guna gas, etc.
7. Permintaan bateri untuk kenderaan akan meningkat dengan cepat. Ini termasuk permintaan bahan mentah untuk bateri seperti Lithium dan pelbagai logam lain.
Kembali kepada soalan adakah kenderaan guna petrol dan diesel akan pupus?
Jawapannya Ya. Realitinya, ia tidak akan berlaku di masa yang singkat. Ia juga tidak akan berlaku secara serentak di seluruh dunia. Ia akan bermula dengan negara² maju, kemudian negara² membangun, dan akhir sekali negara² dunia ketiga.
Bagi geng² peminat ICE & penyelidik ICE, yang mulai risau dengan permintaan dunia ni, saya mencadangkan 4 pilihan:
1. Stay ICE, fokus kpd negara² membangun, dan negara² dunia ketiga.
2. Stay ICE, fokus kpd hybrid
3. Stay ICE, fokus kpd enjin besar seperti trailer, kapal dsb.
4. Say no to ICE, pegi minum air panas 😂; beralih ke bidang berkaitan dengan EV.
What say you? 😁
-masfawzi-
9.9.2021
Autopreneur Lab UTHM
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 16:00 |
| Tuesday | 10:00 - 16:00 |
| Wednesday | 10:00 - 16:00 |
| Thursday | 10:00 - 16:00 |
| Sunday | 10:00 - 16:00 |