Nasi Ketagih Parit Raja
Menjual set nasi istimewa nasi utama nasi kuning. gabungan nasi kandar + nasi ganja tapi orang jawa punya air tangan. 🤭❤️ habis awal tutup awal. 🫰
19/02/2026
Nasi Ketagih Parit Raja on di bazar rmdn tmn u parit raja, bermula puasa kedua. Boleh juga oder awal untuk munjung. 🥰
017-723 4406
Alhamdulillah penutup oder bufet majlis kahwin sebelum niaga Nasi Ketagih Parit Raja di bazar ramadan tmn u p**a bulan puasa ni, hari puasa yang kedua. Bersedia untuk oder munjung juga.
*kiosk di tmn u kami off sampai raya seminggu.
01/01/2026
Penutup 2025 dan pembuka 2026. Alhamdulillah 🤲, rezeki tu Allah beri dalam pelbagai cara kepada setiap hamba-Nya.
Apabila terbinanya kiosk di beberapa tempat sekitar Batu Pahat, membawa erti ; peniaga buka khemah di tepi jalan juga akan mengalami pengurangan sekali gus, 'larangan' akan dikuatkuasa sama ada cepat atau lambat.
Setelah kami bertawakal, merisau sesama sendiri, "entah kita ni dapat kiosk tak kan?" "Kalau tak dapat macam mana kan, kita nak niaga kat mana?"
Kami ikut langkah demi langkah, walau kepastiannya belum tentu. Dengan banyak persaingan dan jumlah peniaga yang banyak, hanya 10 kiosk yang disediakan di tempat kami.
Alhamdulillah, kami berjaya.
Walau sedih nak tinggalkan tapak asal yang dah lama kami mencari rezeki, situ jugalah pelanggan kenal Nasi Ketagih Parit Raja.
Walau belum tentu nasib atau rezeki kami di kiosk kelak, tapi kami yakin masih ada pelanggan akan setia mencari kami.
Walau orang awam cakap macam2 tentang kiosk, dan ada juga mulut2 bercakap berkenaan 'kroni' dalam pemilihan, tapi kami tahu kiosk ni antara usaha untuk membantu kami peniaga tepi jalan.
Walau kami tahu berebut peniaga2 baru akan berniaga di tapak lama kami, sementara arahan sepenuhnya.
Walau kami risaukan juga kawan2 sama berniaga kami, insya-Allah ada jalan dan bantuan daripada pihak berlesen.
Itulah adat berniaga, rezeki kami dan kebergantungan kami terhadap Allah, sangat tinggi dan memupuk sikap sabar dan tawakal. Selain daripada usaha yang tak pernah putus.
29/12/2025
Sedangkan nak cari pekerja di kedai makan pun susah dan bertukar ganti, inikan pekerjaan di bawah khemah macam kami.
Lama mana pun pekerja tu dah bekerja dengan kami, jika bukan rezeki, kami kena 'move on' walau sedih.
Kami tak hirau tanggapan orang, kata2 orang, fikiran orang. "Laaaa kenapa pekerjanya berhenti?" Kami jawab, "Tak apa, dia nak cari pengalaman tempat lain yang lebih baik."
Macam mana pun, perniagaan kena diteruskan. Isunya bukan nak beritahu, bila ada pekerja ; baru nampak hebat perniagaan. Tidak!
Tapi pekerja diperlukan untuk lancarkan perniagaan, supaya pelanggan puas hati. Bukan ada sesetengah tanggapan peniaga, biar 'sidai' pelanggan supaya orang nampak jualan kita laku. Biar lambat2 layan pelanggan, supaya lagi ramai yang beratur. Jangan!
Pekerja boleh datang dan pergi,
pekerja boleh tiba2 saja berhenti tanpa kata terakhir,
TAK APA. ☺️
Kami tetap anggap pekerja punca kami maju,
Kami tetap anggap dia boleh berhenti kerja, bukan menghentikan hubungan yang pernah ada.
Ini bukan isu, "berniaga tepi jalan pun nak pekerja bagai."
Ini bukan pasal, "pekerja berhenti, ada yang tak kena la tu."
Tapi ini tentang,
"Kami perlukan pekerja untuk perniagaan kami jadi lebih lancar."
Jadi jangan pelik kalau nampak kami laki bini bekerja semula di bawah khemah... 🫣 Doakan ya, kami dapat pekerja yang boleh bekerja. 🤲
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Parit Raja
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 16:00 |
| Thursday | 09:00 - 16:00 |
| Friday | 09:00 - 16:00 |
| Saturday | 09:00 - 16:00 |
| Sunday | 09:00 - 16:00 |