SK Bukit Kuari
Sekolah ditubuhkan pada 1 Januari 1946 yang terletak di Parit Raja. Setakat Julai 2021 mempunyai 182 orang murid dan 21 orang guru dan kakitangan sokongan.
24/02/2026
Pada 27 Januari yang lalu, Unit HEM dengan kerjasama PSS SK Bukit Kuari telah melaksanakan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SKBK 2026. Penyerahan Watikah Pemimpin Muda ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, SLB (Student Leaders Board), Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2026.
Tahniah kepada semua Pemimpin Muda yang telah dilantik. Diharapkan semua Pemimpin Muda 2026 dapat menunjukkan sahsiah yang baik, memikul tanggungjawab dengan amanah serta menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Terima kasih juga kepada AJK dan semua warga sekolah yang membantu menjayakan program pada ini.
28/01/2026
🏫 Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan
📅Tarikh : 16 Januari 2026
📌Tempat : Smart Hall , SK Bukit Kuari
03/11/2025
Pada 30 dan 31 Oktober yang lalu, SK Bukit Kuari telah menganjurkan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Generasi Madani yang bertempat di Pusat Minda Emas (PuMas), Tanjung Laboh. Alhamdulillah, seramai 74 orang murid tahap 2 telah mengambil bahagian dengan jayanya.
Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang dua hari satu malam di bawah bimbingan 6 fasilitator berpengalaman dari PuMas.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang perkhemahan ini memberi manfaat kepada semua peserta.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kampung Parit Kuari Parit Raja
Parit Raja
86400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |