Nor Johariah Johari

Nor Johariah Johari

Share

Kepakaran kami bantu anda menjana pendapatan pasif dengan memberi khidmat runding cara kewangan

28/09/2023

Bila sebut Rasulullah… tergambar sifat baginda yang sangat indah, akhlak baginda yang sangat mulia. Subhanallah.

Bila dengar kisah baginda, mengalir air mata kerinduan. Ya Allah betapa rindunya kita kepada baginda Rasulullah

Kita ingin mencintai baginda Rasulullah tetapi cinta itu juga perlukan ilmu.

Kita perlu tahu apa yang Rasulullah s**a buat, apa yang Rasulullah larang. Bagaimana Rasulullah menjalani hidupnya seharian. Apa yang Rasulullah perjuangkan?

Kita kata kita cinta kepada Rasul?..Apa buktinya?

“Saad bin Abi Waqas menjadi perisai Rasulullah biarpun badannya dihujani puluhan panah”… Asalkan Rasulullah selamat.

“Ali bin Abi Talib menggantikan tempat tidur Rasullullah di saat hijrahnya ke Madinah biarpun dia tahu di luar sana ada orang yang akan membunuhnya”… Asalkan Rasulullah selamat.

“Abu Bakar sanggup menutup lubang binatang berbisa di Gua Hira’ hinggakan menitis air matanya di p**i Rasulullah kerana kesakitan”… Asalkan Rasulullah selamat.

“Di saat semua gembira ketika khutbah terakhir Rasulullah, namun Abu Bakar menangis kerana tugas Rasulullah telah selesai”… Rasulullah akan meninggalkan mereka.

“Umar Al-Khattab yang kuat, berani dan gagah, pengsan saat mendengar Rasulullah wafat”… Rasulullah telah tiada di sisi mereka.

“Bilal bin Rabah tidak mampu melaungkan azan selepas kewafatan Rasulullah kerana teringatkan Rasullullah”… Aku hanya melaungkan azan untuk Rasulullah.

Kita? Semestinya kita tak mampu untuk menjadi sehebat para sahabat tetapi jika kita mencintai Rasullullah ikutilah ajarannya (Islam) dan sunahnya

“Demi sesungguhnya, pada diri Rasullullah SAW ada contoh yg baik bg kamu, iaitu org yg mgharapkan (keredhaan) Allah dan (kebahagiaan) hari akhirat serta banyak berzikir mgingati Allah”
-surah al ahzab ayat 21-

Salam Maulidur Rasul buat semua
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم❤️🌹

11/08/2022

Stat the day dengan penuh semangat...
Jatuh lagi.. bangun lagi.. jatuh lagi bangun lagi

11/08/2022

Assalamualaikum.. pagi
ingin tambah income jom sertai kami sebagai Perunding Takaful Ikhlas

Pencarian bermula

Want your business to be the top-listed Finance Company in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


NO A3, MEDAN NIAGA MARA
Parit Raja