SRITI Tahfiz Al-Azhar Sri Gading

SRITI Tahfiz Al-Azhar Sri Gading

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRITI Tahfiz Al-Azhar Sri Gading, School, No 32, Jalan Universiti 4, Taman Universiti, Parit Raja.

Photos from SRITI Tahfiz Al-Azhar Sri Gading's post 28/04/2026

KEJAYAAN MILIK KITA! 🏆

​Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. SRITI Tahfiz Al-Azhar telah berjaya merangkul Tempat Ke-4 Terbaik Keseluruhan dalam Kejohanan MAIS Negeri Johor 2026 yang berlangsung pada Sabtu lalu (25 April) di Hub Education Pagoh.

​Bersaing dengan 17 kawasan seluruh Johor bukanlah satu tugas mudah, namun semangat juang anak-anak didik kita akhirnya membuahkan hasil yang cukup manis.

​Senarai Pemenang:

🥇 Johan Pidato BM (L): Ammar Firdaus

🥇 Johan Hafazan Tahap 1 (P): Aisyah Umairah

🥉 Ketiga Tilawah Al-Quran (P): Shafia Amani

🥉 Ketiga Kalam Jamaie: Murid Perempuan

⭐ Konduktor Terbaik: Muhayra Azra

​Terima kasih kepada para guru, ibu bapa, dan semua yang terlibat menyokong di belakang tabir. Kecemerlangan ini adalah hasil usaha bersama!

Photos from SRITI Tahfiz Al-Azhar Sri Gading's post 23/04/2026

Gema Dakwah, Gilapan Bakat: Selesainya Mahrajan Amal ISLAMI STAA 2026 🌙✨

​Tirai Mahrajan Amal ISLAMI SRITI Tahfiz Al-Azhar Sri Gading bagi edisi 2026 telah pun dilabuhkan secara rasminya. Kenangan pada 16 & 17 Mac lalu terakam indah dengan seribu satu cerita perjuangan para pelajar.

​Dari bait-bait Pidato yang penuh inspirasi, kemerduan alunan Tilawah dan Hafazan, hinggalah kepada ketegasan syarahan dalam Bahasa Arab dan Khutbah—setiap detik adalah bukti kesungguhan anak-anak didik kita dalam memburu kecemerlangan.

​Tahniah diucapkan kepada barisan juara yang bakal menggalas amanah membawa nama sekolah ke peringkat seterusnya. Buat yang belum berjaya, langkah kalian di atas pentas sudah cukup membuktikan bahawa kalian adalah pemenang di hati kami.

​Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, dan jawatankuasa yang menjayakan program ini. Jumpa lagi di mahrajan amal islami sriti akan datang!

16/04/2026

Assalamualaikum wbt
📢 INFAQ KONTINJEN MAHRAJAN AMAL ISLAMI (MAIS) PERINGKAT NEGERI 2026 📢
Alhamdulillah seramai 38 orang anak didik SRITI Tahfiz Al-Azhar Sri Gading akan membawa cabaran sekolah ke peringkat negeri pada 25 April 2026 di HAB Pendidikan Tinggi Pagoh!

Sehubungan itu, kami memohon sumbangan ikhlas tuan/puan bagi mencukupkan dana RM4,000 untuk menampung kos pengangkutan, makan minum, dan pembekalan peserta sepanjang kejohanan ini.

Mari bersama-sama menyokong bakat muda ini dalam acara Hafazan, Tilawah, Nasyid, Pidato, dan pelbagai lagi!

Sumbangan boleh disalurkan di:
🏦 Bank Muamalat: 01070000864714
👤 Penama: SRITI ALAZHAR SRI GADING
Reference:maisnegeri

Jazakallahu Khairan Kathira atas sokongan dan sumbangan anda.

Want your school to be the top-listed School/college in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No 32, Jalan Universiti 4, Taman Universiti
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 07:45 - 17:15
Tuesday 07:45 - 17:15
Wednesday 07:45 - 17:15
Thursday 07:45 - 17:15
Friday 07:45 - 12:00