TV Rumah Sihat

TV Rumah Sihat

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TV Rumah Sihat, Medical and health, Lot 2039, Rezab 8, Parit Jelutong, Parit Raja.

07/10/2025

Tak semua sakit kena ambil ubat, juga tak semua sakit tak perlu ambil ubat. Terbaik dapat nasihat dari Pengamal Perubatan untuk menentukan samada anda perlu ambil ubat atau tidak.

(Ini adalah siaran ulangan buat bacaan bagi yang mahu ambil manafaat)

Malah sakit yang sama tak semestinya ubatnya sama, kerana sistem tubuh kita sama, tapi tak serupa, serupa tapi tak sama.

Perlu ingat, menentukan ubat tak semudah kita membaca buku resepi, baca dan buat, tetapi memerlukan pengetahuan sains perubatan, kemahiran dianogsis, pengalaman lapangan yang spesifik dan beberapa kefahaman sokongan bagi menentukan faktor, gejala dan punca sesuatu sakit itu.

Maka amatlah kurang elok malah berbahaya jika kita mengambil ubat hanya berpandukan kepada testimoni yang di datangkan kepada kita melalui kenalan kita secara lansung mahupun media sosial.

07/10/2025

Antara kalam Guru kami yang terdahulu...

"Jangan berangan nak Sihat lah, jika Ilmu Fardhu Ain lansung tak ditekuni, kerana satu-satu jalan nak kembali pada Fitrah adalah balik pada usul kehidupan, usul kehidupan inilah yang namanya Ilmu Fardhu Ain"

Antara kalamnya lagi yang pernah ambo apungkan sebelum ini....

"Akan tiba satu masa nanti, sebahagian besar daripada orang Islam akan meninggal Ilmu Fardhu Ain kerana mereka ini terpesona dengan Ilmu keduniaan dan cara nak cari makan, sibuk dengan usaha untuk menjadi moden dan nampak maju. Maka ketahui pada ketika itu, manusia tidak akan ada masa yang cukup lagi untuk beramal, malah kalau beramal sekalipun hanya sekadar yang wajib-wajib, itupun kadang-kadang buat hanya ala kadar sahaja. Ketika itu hidup ini hanya dimamah usia, sedar-sedar hari dah senja dan usia dah tua, ketika ini kudrat pun dah tak ada."

Katanya lagi, "Namun begitu akan tiba satu masa nanti lagi teruk dan ketat keadaan nya, bilamana semua orang sibuk dengan Ilmu dunia ini nak kiamat, macam-macam akan berlegar dibibir orang awam tentang dahsyatnya kiamat ini, namun dalam dada mereka tiada lekatnya akan Ilmu Tauhid, Tasawuf dan Fiqh, malah kelaziman agama hanya semata-mata adat sahaja bukannya lagi ibadah. Maka ketahuilah pada ketika itu yang ada bukan lagi mereka yang mencari akhirat kerana ingin Redha Allah SWT dan Cinta akan Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW, sebaliknya sebahagian besar hanyalah difaktorkan semata-mata takutnya pada peristiwa yang bakal berlaku didepan mata mereka dan takut hilangnya akan nilai kehidupan semasa bukannya kerana berhajat atau rindunya untuk kembali ke akhirat sana. Maka ketahuilah kamu bahawa ketika ini hampir keseluruhan nilai adalah nyata semata-mata, tiada lagi gandaan nisbah keberkatan."

Allahu Akbar, ketika ambo mengambil akan nasihat ini, tiada apa-apa yang boleh dilihat ketika itu, namun kini semuanya telah nyata. Ramai dikalangan kita sibuk dan memberi masa untuk membaca, menelaah dan menyelidiki akan pelbagai bahan mengenai teori itu dan ini, strategi musuh serta kekuatan yang sedang diperlengkap oleh musuh-musuh kita dalam usaha untuk memusnahkan kita.

Namun begitu kurang usaha secara bersungguh-sungguh untuk memperbaiki Iman dan Amal-Amal kita, kurangnya penumpuan kepada ilmu asas dengan mempelajari dengan benar akan ilmu TAUHID, TAWAWUF dan FIQH. Maka yang hadir bukannya satu kekuatan, sebaliknya mewujudkan satu fenomena ketakutan, takut pada semua keadaan dan situasi, mengzahirkan suasana panik dan keliru dalam kehidupan, hampir sebahagian besar masa diperuntukkan untuk mencari silap siapa semua ini, hilangnya kesatuan yang konon-konon nya kerana ingin mencari sebuah kebenaran.

Buat semua yang membaca catatan ini, ingatlah POKOK tak akan tumbuh subur tanpa akar tunjang yang kukuh serta akar serabutnya. Begitulah juga kita semua, tanpa IMAN Yang Shahih dan Tanpa Amal Yang Soleh, kita akan runtuh...

Sekalipun kita mempunyai segala-gala pengetahuan tentang perancangan para musuh Allah SWT. Hakikatnya tak salah mengetahui akan rancangan dan segala bentuk usaha para musuh Allah SWT, namun tanpa ILMU ASAS, TAUHID, TASAWUF dan FIQH, kita tetap akan pincang, kita tidak akan ada upaya hakiki, sekalipun ada kebaikan, hanya dalam bentuk semangat semata-mata pada sebilangan kita, namun semangat tanpa jalan keluar berasaskan ILMU TAUHID, TASAWUF & FIQH yang benar dan kukuh akan menyebabkan kita buntu dan akhirnya semangat akan hilang dan yang tinggal hanyalah JUTAAN KETAKUTAN.

Dan jika ini berlaku, maka pintu kemenangan kepada para musuh Allah SWT telah kita buka seluas-kuasnya. Malah yang lebih dahsyat lagi kita akan merangka satu gerak kerja baru, strategi baru yang berasaskan KETAKUTAN semata-mata, bukannya lagi berdiri kita atas cara dan jalan yang telah dipandukan oleh Allah SWT dan dicontohkan kepada kita oleh Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW.

Wallahua'lam, sekadar peringatan buat diri ambo dan mana-mana yang ingin mengambil manafaatnya.

Jom sertai kami, Maulidur Rasul, kembali pada jalan Sunnah, Jalan Fitrah.

01/10/2025

Alhamdulillah, genap 15 tahun 28 Elemen Penjagaan Kehidupan dan Kesihatan ini, ditulis dalam satu buku untuk rujukan orang Awam yang berhajat kepada Sihat Sepanjang Hayat, sekalipun teruji dengan Sakit, mudah-mudahan tidak menderita...

13/02/2025

Bilamana dah banyak alat dan Ai bantu kita buat kerja, bermakna lebih banyak masa kita untuk sempurnakan amal khusus kita, atau sebaliknya...

Want your practice to be the top-listed Clinic in Parit Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Lot 2039, Rezab 8, Parit Jelutong
Parit Raja
86400

Opening Hours

Wednesday 09:00 - 04:30
Thursday 09:00 - 04:30
Friday 02:30 - 04:30
Saturday 09:00 - 04:30
Sunday 09:00 - 16:30