NFS Beuty
Amalkan gaya hidup SIHAT
Kehidupan yg baik ialah CARA hidup yg SIHAT
MENCEGAH lebih baik dari MERAWAT �
07/05/2021
Hakikat hidup adakalanya menuntut untuk bersusah payah dahulu untuk mendapatkan bahagia.
Itulah lumrah kehidupan ..
Kerana, untuk mendapatkan syurga Allah bukanlah mudah.
Sabarlah hati, tenanglah jiwa.
Andai lemah kerana manusia, Bangkitlah kerana Allah.
Tahukah kamu?
Biarpun pedih, sabar itu penyembuhnya.
Walaupun pahit, redha adalah penawarnya.
Moga kamu sentiasa tenang mengharungi setiap ujian yang menimpa.
Anggap saja ni adalah satu jalan untuk kamu lebih faham erti kehidupan.
Anggap saja ini adalah satu jalan untuk kamu mengambil pengajaran.
Anggap saja ini adalah satu jalan untuk Tuhan mengurniakan kamu kekuatan.
Allah beri kamu kecewa supaya satu hari nanti kamu mampu bantu orang yang dikecewa.
Allah beri kamu kecewa supaya kamu belajar p**a untuk tidak mengecewakan orang lain.
Kadangkala kecewa itu perlu ada untuk menyedarkan diri bahawa ada yang perlu diubah.
Kadangkala kecewa itu perlu ada untuk perbaiki diri.
Hidup ini adalah tentang menerima hakikat sesuatu keadaan itu tidak akan kekal selamanya.
Saat manusia membuat kamu terluka, sedarlah ada Allah yang sentiasa memberimu bahagia.
Berdoalah kepada-Nya ..
Mohonlah hati yang kuat dan tabah.
Semoga sengsara menjadi mudah.
Semoga lelah menjadi hikmah.
"..Ya Allah, jika hari ini aku kecewa tolong sedarkanku bahawa aturanMu lebih indah dari impian ku"
Biarlah orang lain tidak tahu kesusahan hidupmu.
Bila ujian sangat sukar datang menguji diri.
Ingatlah bahawa Allah sedang mendidik kita tentang erti sabar dan bersangka baik pada setiap aturan-Nya.
Alhamdulillah ♥️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the place of worship
Telephone
Address
Parit Raja